Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
9:02 PG
Selasa, 17 Oktober 2017 - sebaik sahaja meninggalkan daerah Danau Maninjau, van terus bergerak ke rumah makan. Nampaknya perut pun sudah berlagu keroncong! Dan Pak Herman memberhentikan van di hadapan Rumah Makan Eni. Rumah Makan Eni kelihatan sungguh menarik dengan dinding bentuk anyaman dan suasana lapang dan santai di dalamnya.
Seperti dua hari sebelumnya, kami masih dihidangkan dengan masakan Padang dan setiap kali itulah kami dapati ada sahaja lauk-pauk yang berbeza. Bagaimanapun, kali ketiga memanglah kami sudah mula pandai! Pandai mencari lauk kegemaran, terutamanya jering! Maklumlah, tidak pernah makan gulai (?) jering di Malaya atau di Borneo....hiks!
Rakam gambar mana yang sempat saja.
Gulai ayam nih.
Ayam goreng berlado.
Ini dia gulai jering yang jadi rebutan!
Sambal ijo yang tak pernah tidak ada dalam setiap hidangan!
Kerepek ubi pedas.
Ikan goreng nan seekor yang dihulur ke sana ke mari!
Gulai daging.
Yang ini kobau!
Dah pandai makan kobau ko!
Tempe pun ado.
Hati?
Ikan goreng dengan sambal ijo.
Adeeehhh...kesian kawan-kawan! Amie dera ambil gambar dulu sebelum makan!
Kamsiah, Zana, Jusna & Warite... dah tak boleh angkat mata pandang kamera hihihiiiii! Bilalah nak makan ni...kata Akmi! Kawan punya pasal nak tangkap gambar, sabar sajalah ha ha haaaa!
Wokey... baca doa makan, dan terus cuci tangan!
Lepas makan, barulah wajah kembali berseri. Apa tidaknya! Tentulah perut sudah kenyang! Kali ini tak sempat nak kira berapa pinggan lauk-pauk! Yang penting, licin, dan tak membazir!
Bila dongak ke dinding, jam sudah menunjukkan pukul 3.23 petang! Wei....! 4.23 petang waktu Malaya tu! Patutlah rasa lapar sungguh! Memang perut betul-betul kosong!
Selepas menunaikan solat jamak qasar, kami pun berangkat menuju ke van.
Makan sudah, solat pun sudah. Ceria saja.
Jom teruskan perjalanan dengan melayan pemandangan desa.
Sawah bendang luas terbentang!
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62 812-6784-9399Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
0 comments