Asam Padeh Ikan (Bumbu Khas Minang)
10:00 PTG
Lewat petang, Encik Suami sampai ke rumah.
Dari luar pintu, dipanggil nama kita berkali-kali. Macam riang saja bunyi suaranya. Rupanya di tangannya menjinjing ikan! Oh! Terima kasih bawa pulang ikan! Sayangnya Amie tak tahu apa nama ikan yang dibeli, tapi katanya ikan putih walaupun sebenarnya tak ada rupa ikan putih!
Seperti biasa, makan malam sudah semestinya sebelum pukul 6 petang, atau sebelum waktu Maghrib!
Tidaklah susah sangat nak masak sebab ikan yang dibeli sudah dipotong-potong, dan hanya perlu bilas dengan air bersih sahaja. Terlebih senang pula nak mengolahnya, sebab Amie gunakan bumbu masak khas Minang untuk masakan asam pedas.
Taraaa...
Asam Padeh Ikan sudah siap untuk dihidangkan!
Amie hanya gunakan Bumbu Masak Khas Minang, yang juga boleh digunakan untuk masak asam pedas daging. Fairuz kata, aromanya satu rumah! Samalah seperti ketika Amie masak Gulai Ayam Minang tempohari!
Amie rasa, jika ikutkan sahaja arahan memasak seperti yang tertera di belakang paket, mungkin rasanya agak masin dan pada masa akan datang (ada lagi paket-paket bumbu yang belum digunakan, Amie akan gunakan separuh sahaja pes yang ada. Mengikut arahan masakan asam pedas ini, jika gunakan ikan boleh tambah 2 gelas air, tapi Amie tambah lagi 2 gelas. Jadinya, 4 gelas dan Amie tambahkan lagi sedikit gula serta perencah satu sudu kecil Maggi Cukup Rasa.
Untuk resepi Asam Padeh Ikan dengan menggunakan bahan yang disediakan sendiri, di sini Amie berikan pautan dari blog masakan Indonesia. Ia akan jadi bahan rujukan Amie pada masa akan datang sekiranya Amie ingin memasak asam pedas cara Minang, dan juga buat rujukan rakan pengunjung yang berminat. ASAM PADEH IKAN TONGKOL - SARI BUNDA MASAKAN PADANG, dan satu lagi blog link di sini : ASAM PADEH TONGKOL PADANG
dan di sini : Resep dan Cara Membuat Asam Padeh Ikan Tongkol Khas Padang yang Enak, Lezat dan Nikmat .
Selamat mencuba!
3 comments
wah asam pedas ikan deh lapeh sudah siap....mesti sedap ni
BalasPadamMesti sedap ni..
BalasPadamBest!
Notie,
BalasPadamha ha haaa..iyeeerr asam padeh ikan den lapeh!
adda,
ramuan masakan dari Bukit Tinggi memang menggoda selera!