Jalan-Jalan Cari Makan di Bangi
7:00 PTG
Belek-belek isi telefon bimbit, nak buang gambar yang menimbun memenuhi ruang! Buat berat saja! Tiba-tiba terpandang gambar-gambar semasa menghadiri majlis konvokesyen Abang Farid pada 28-31 Oktober 2017 lepas. Sayang pula nak buang (gambar tak berapa berkualiti), dan akhirnya Amie putuskan untuk abadikan gambar makan-makan bersama anak-anak di sini (walaupun ada yang tak berapa jelas). Sekarang ini bukan senang nak mengumpulkan seisi keluarga pada satu masa! Amie kategorikan entri kali ini dalam label Jalan-Jalan Cari Makan. Sebenarnya sebelum ini Abang Farid selalu bercerita tentang tempat makan yang murah dan sedap di sekitar Bandar Baru Bangi, sesuailah dengan bajetnya sebagai seorang pelajar.
Setelah kami check in di Hotel Puri Pujangga sekitar pukul 4 petang, Abang Farid terus membawa kami makan di Musyaty Tomyam. Tempat makan ini letaknya di kawasan perumahan. Memandangkan perut sangatlah lapar, jadi kami terus ikut sahaja cadangan Abang Farid.
Amie letakkan juga harga supaya senang dijadikan rujukan atau anggaran bajet bagi sesiapa yang belum atau akan datang ke Bangi terutama kepada ibu bapa atau keluarga yang hantar anak mendaftar di UKM, atau mengunjungi mereka atau juga sesiapa yang datang untuk menghadiri majlis konvokesyen seperti kami.
Amie letakkan juga harga supaya senang dijadikan rujukan atau anggaran bajet bagi sesiapa yang belum atau akan datang ke Bangi terutama kepada ibu bapa atau keluarga yang hantar anak mendaftar di UKM, atau mengunjungi mereka atau juga sesiapa yang datang untuk menghadiri majlis konvokesyen seperti kami.
Memang benarlah seperti yang selalu diceritakan Abang Farid. Harga makanan di sini murah, dan kuantitinya pun banyak! Tak perlu menunggu agak lama untuk menanti hidangan tiba ke meja! Fairuz pesan nasi ayam, dan memang besarlah ayamnya, bahagian dada hingga ke sayap. Harganya RM6 sahaja.
Farid pula memesan nasi goreng kampung! Penuh sepinggan!
Ini pesanan Firdaus, nasi goreng ayam.
Nasi Goreng USA ini Encik Suami punya.
Nampak berselera betul Abang Farid makan!
Amie pula, teringin makan nasi lemak! Sepinggan nasi lemak dengan lauk ayam goreng ini hanya RM5.00.
Senja hampir menjelma ketika kami meninggalkan Musyaty Tomyam. Dengan pesan makanan dan minuman jus buah-buahan, Encik Suami hanya membayar sebanyak RM38.00 sahaja.
Nampaknya sepanjang kami berada di Bangi, Abang Farid menjadi pemandu kami sepenuh masa, dari mengambil kami di KLIA sehinggalah hari terakhir kami pulang!
Sebelah malamnya pula, dalam perjalanan menuju ke KLIA2 untuk menjemput Fuad, kami singgah dahulu di Restoran Sate Kajang Hj. Samuri. Menunya masih seperti dahulu juga, ada sambal untuk dicampur dalam kuah kacang jika ingin lebih pedas. Ada nasi himpit. Dan harga satu cucuk sate daging dan ayam ialah 98 sen.
Malam itu kami berlima menikmati sate serta segelas jus tembikai setiap seorang! Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke KLIA2 tapi singgah di beberapa tempat seperti GIANT dan pasaraya lain. Ada sesuatu yang Amie ingin cari. Oleh kerana penerbangan Fuad dari Labuan ditunda, jadi kami pun melambat-lambatkan perjalanan ke KLIA2, memandangkan Fuad tiba pada tengahmalam. Akhirnya Fuad selamat tiba sebelum pukul 12 malam, dan kami kembali ke Hotel Puri Pujangga hampir pukul 1 malam!
Keesokan paginya, seawal pukul 6:20 pagi, kami bersarapan di restoran Puri Pujangga kerana sebelum pukul 7:30 pagi kami perlu berada di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.
Alhamdulillah, Abang Farid dapat menamatkan pengajian untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains dan akan menghadiri majlis konvokesyen pada Sidang Cancelor pada hari pertama.
Terima kasih buat Bonda yang sanggup datang dari kampung bersama kakak, dan juga anak buah untuk sama-sama meraikan hari bersejarah Abang Farid. Majlis selesai pada pukul 2 petang, dan pada ketika itu teringat anak-anak di hotel, Fuad, Fairuz dan Firdaus yang belum makan! Memandangkan keadaan penuh sesak, jadi kami tidak benarkan Fuad membawa keluar Firdaus! Firdaus sedang nakal! Tak boleh dibawa berjalan, dia akan meluru laju apabila terpandang benda-benda yang disukainya! Kami bimbang Fuad tidak dapat mengawal budak kecil itu!
Syukurlah anak buah dan Bonda serta kakak membawa makanan, dan kami berehat seetika di hotel untuk solat dan melepas lelah. Bolehlah anak-anak yang sedang kelaparan itu mengisi perut!
Keadaan masih sesak di sekitar UKM, jadi kami putuskan untuk mencari tempat makan di luar. Di mana sahajalah, yang penting dapat mengisi perut yang lapar. Maklum sahajalah, dengan kebanjiran pengunjung ke UKM termasuk ibu bapa dan keluarga graduan, sudah tentu kawasan di sekitar (restoran atau kedai makan) juga penuh sesak! Apa yang penting, ada tempat letak kereta! Akhirnya sekali lagi kami singgah di Restoran Sate Kajang Hj. Samuri!
Sate pun satelah! Sementara menunggu pesanan nasi ayam, kami layan selera dengan sate dahulu.
Kemudian masing-masing menjamu selera dengan hidangan yang dipesan. Selepas itu Bonda pulang ke kampung, dan kami kembali ke Hotel Puri Pujangga. Kononnya esok pagi kami akan keluar bergambar di perkarangan Dewan Canselor Tun Abdul Razak!
Sebelah malamnya pula, Abang Farid beli ayam goreng Uncle Jack. Yang ini Amie tak tahu berapa harganya.
Ada pula nasi sekepal dalam kotak!
Keesokan paginya, 29 Oktober 2017 kami sekeluarga ke studio untuk mengambil gambar kenangan.
Gambar belum sampai lagi ke tangan kami.
Selepas itu Abang Farid bawa kami makan di Restoran Manggey. Nasi Manggey merupakan salah satu makanan yang selalu Abang Farid sebut. Katanya, selain harganya murah rasanya juga sedap! Kami pun layan saja permintaan Abang Farid untuk makan tengahari di sini. Ketika itu para pelanggan kelihatan berbaris menanti giliran untuk membeli nasi. Amie pun ikut berbaris sama. Sebungkus nasi manggey berharga RM5.00. Lauknya pun ringkas, ada ayam goreng kecil-kecil seperti ayam goreng Nasi Kak Wook, sambal dan juga gulai (kari) berisi ayam dan juga sayur-sayuran.
Amie juga ambil kesempatan untuk merasa Air Kelapa Baldi! Rupanya air kelapa bubuh dalam baldi kecil! Harganya RM3.50 sen sebaldi! Memang kembung gelembung perut menyedut air kelapa sebaldi!
Warung Kita, dengan Nasi Manggey dan Air Kelapa Baldi kelihatan penuh dengan pelanggan pada tengahari itu. Ditambah pula dengan guruh berdentum, dan tiba-tiba hujan lebat! Memang sedaplah makan nasi kukus panas di situ sementara menanti hujan teduh!
Sebelah malamnya pula, Abang Farid membawa kami makan Western Dalam Dulang. Huurrrmmm... kami ikutkan sahajalah selera dan kehendak anak-anak. Memang Abang Farid asyik sebut banyak jenis makanan dalam sedulang, apa lagi adik-adiknya pun tak mahu lepaskan peluang untuk merasai hidangan tersebut!
Setiap segelas jus buah-buahan ini berharga RM4.48 sen.
Spaghetti Bolognese (RM13:40).
Inilah antara hidangan yang anak-anak pesan.
Farid kongsi Western Dalam Dulang - Chicken. Macam-macam ada di dalamnya, dengan harga RM26.50 sen.
Fairuz berminat dengan Sizzling Chicken. (RM 12.50 sen).
Amie memang mencari Sizzling Lamb. (RM14.30).
Fish & Chip, Encik Suami punya. (RM13.49).
Hari terakhir kami di Bangi, setelah 3 malam menginap di Hotel Puri Pujangga, kami akan bertolak pulang ke kampung, menziarahi Bonda dan bermalam di sana sebelum terbang balik ke LD. Sebelum itu, sekali lagi kami beri peluang anak-anak menjamu selera di Sushi King, Bangi Gateway.
Memang faham sangat, anak-anak meminati sushi!
Ambillah sahaja mana-mana sushi yang digemari, tapi ingat jangan sampai terlalu kenyang sehingga tidak dapat menghabiskan makanan lain yang dipesan!
Makanan panas yang dipesan belum tiba, tapi sudah 16 piring sushi bersusun atas meja!
Beginilah cara Firdaus makan sushi!
Diletaknya udang goreng ke tepi, dia bubuh kicap manis atas nasi dan terus suap ke mulut!
Berselera betul!
Sedap kot sampai menjilat jempol!
Hidangan panas pun tiba ke meja!
Amie pesan dua set takoyaki. Bila toleh sebelah, masha Allah... Firdaus cucuk takoyaki dalam mangkuk yang satu lagi guna chopstick!
Bujang-bujang kami dah tak boleh angkat muka!
Masing-masing konsentrasi menikmati hidangan kegemaran!
Terakhir, Firdaus nak makan puding!
Firdaus menghabiskan dia bekas cottage cheese pudding!
Nampaknya anak-anak berjaya menghabiskan 25 piring sushi!
Dan juga hidangan lain yang dipesan. Kesemuanya berjumlah RM205.04sen.
Dan juga hidangan lain yang dipesan. Kesemuanya berjumlah RM205.04sen.
Tapi... mata tu asyik memandang conveyor belt sushi!
Macam tak puas makan sushi jew.... he he he biarlah sushi go round!
Lain kali kita makan sushi lagi ye anak-anak.
6 comments
Alhamdulillah tahniah Abg farid :)
BalasPadamSeronoklah k.Amie, jadi queen. Hero2 semua keliling he he... Makin comel nampak firdaus tu k.Amie.
Seronoknya, Amie! Tahniah, anak dah graduate. PH dulu pun from UKM Fakulti Sains Hayat. Kalau tak silap masa kovo, gown PH pun warna purple. Tapi PH jarang ke Bangi. Selalunya ke Kajang makan KFC hah..hah..
BalasPadamPuan Hazel,
BalasPadamterima kasih, he he hee tak de kawan.
PH,
terima kasih, sesekali ronda UKM, luas kawasannya. Best rupanya di Bandar Baru Bangi ni.
Really excited reading all posts.
BalasPadamU wrote it with soul.
"tahniah anak dah grad...anak saya pun di ukm KL..baru thn 3"
BalasPadamBest kan jalan2 cari makan dgn famili,ank2 dah besar susah nak dpt kumpul semua,masing2 ada jer hal sendiri...sesekali ada peluang tu seronok sgt kan.."
Faz,
BalasPadamterima kasih, saya cooking with my heart and soul, menulis kenangan makan dengan anak-anak pun dengan soul juga he heeee...
Pia,
Terima kasih, Alhamdulillah, moga anak Pia terus berjaya dalam menuntut ilmu. Tahun 2017 ni, waktu raya puasa baru dapat berkumpul anak-beranak, itu pun ketika balik kampung sebab farid balik ke rumah neneknya, dan keduanya pada hari konvonya.