Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau

3:09 PTG

Selesai menunaikan solat Subuh, lebih kurang pukul 5 pagi, kami bergegas turun ke lobi membawa beg masing-masing. Sarapan pagi sudah menunggu.


 Kami mengalas perut seadanya.

Masa untuk meninggal Hotel Bunda sudah tiba. Pak Herman datang tepat pada waktunya untuk membawa kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau.

 Suasana di lapangan terbang pada pagi 19 Oktober 2017 masih lengang. 


Terima kasih sekalung budi buat Pak Herman yang telah mengurus percutian kami selama 5 hari 4 malam di Bukit Tinggi dan Padang. Salah silap kami baik dari segi tutur bicara, tingkahlaku yang kurang menyenangkan jika ada, mohon maafkan. Kami doakan Pak Herman sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, tahap kecekalan yang tinggi dan dedikasi dalam mengurus tetamu Pak Herman yang datang berkunjung ke Bukit Tinggi. Kami membawa pulang nama baik Bukit Tinggi dan Padang atas khidmat cemerlang Pak Herman. Kami ceritakan yang baik-baik tentang percutian kami kepada rakan-rakan dan semoga ramai yang berminat untuk menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi.

Wajah-wajah ceria di pagi hari (tak cukup tidur sebab semalaman berborak.....hiks) sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau. Hati gembira kerana hasrat menghabiskan percutian telah terlaksana dengan sempurna. Jam di belakang menunjukkan angka 7.38 pagi! Sebentar lagi kami akan terbang.

 Kapal terbang mula bergerak mencari landasannya.

 Selamat tinggal Bukit Tinggi. Selamat tinggal Kota Padang.
Ada umur panjang kita jumpa lagi!

Ketika ini semua rakan telah terlelap. Apabila memandang ke luar tingkap, kelihatan tumpukan awan tebal menutupi sebahagian lembah! Gunung apakah itu yang berada di balik awan? Mungkinkah itu Gunung Marapi yang berpuncak dua seperti yang dikatakan Pak Herman itu? Atau Gunung Singgalang?

Matahari belum keluar sepenuhnya dari tempat peraduannya! Bayang-bayang gelap masih mengelilingi lembah nan subur, dengan kehijauan saujana mata memandang! Selamat mencari rezeki wahai penduduk Bukit Tinggi! Selamat membanting tulang mengerjakan sawah ladang. Semoga hasil penat lelah akan sentiasa mendapat berkat di penghujungnya!

Gunung Marapi dan Gunung Singgalang semakin jauh ditinggalkan. Terlihat sebahagian tasik @ danau! Entah Danau Maninjau atau Danau Toba!

Sebenarnya mata memang tidak dapat menahan rasa kantuk! Entah selat apa di atas itu! Selat Melakakah? Dan akhirnya terlelap jua bermimpiberamai-ramai mengejar ayam terlepas dari reban! Ahhhh.... Ayam Den Lapeh!

Baru tersengguk dua tiga kali, pengumuman mengejutkan lena! Sudah sampai KLIA rupanya!
Selesai mengambil bagasi, kami menuju ke Quizinn by Rasa. 
Tidak sabar rasanya untuk membuka bungkusan lamang baluo yang dibekalkan oleh Pak Herman. Ketika lamang baluo bertukar tangan di Padang, masih terasa hangatnya daun pisang yang baru dipanggang!

Terima kasih sekali lagi buat Pak Herman dan isteri yangmembekalkan perjalanan pulang kami dengan lamang baluo. Inilah kali pertama kami makan lamang baluo! Kami rasa sangat terharu di atas usaha isteri Pak Herman meluangkan masa menyiapkan lamang baluo ini. Lamang baluo ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada beras pulut, dan berisi inti kelapa dengan gula jawa.

Tanpa memikirkan perlunya air minuman, kami tak sabar-sabar terus membuka bungkusan lamang baluo. Dan terlupa pula, kami duduk di meja makan tanpa memesan sebarang makanan atau minuman....hiks!

 Alhamdulillah! Tidak rugi jalan-jalan.... jalan-jalan cari makan!


 Lamang baluo hilang dari pandangan, yang tinggal hanya pembalut daun pisang!

Memandangkan tempat duduk kami berhadapan dengan gerai yung tau foo, jadi kami pun pergilah memilih makanan yang digemari untuk di jadikan yung tau foo!

Tak pastilah sama ada yung tau foo ini dijadikan sebagai sarapan kali kedua pada pagi tersebut atau sebagai makanan tengahari memandangkan waktu itu jam menunjukkan lewat pukul 10 atau 11 pagi! Sekali lagi makan tanpa ingatan untuk membeli minuman! Syukurlah tidak tercekik....hiks!
Selepas berehat seketika di surau dan menunaikan solat jamak qasar, kami bergegas menuju ke kaunter untuk masukkan beg. 
3.40 petang kami terbang ke Negeri di Bawah Bayu.

Hampir pukul 7 malam kami tiba di Lapangan Terbang Tawau.
Sekitar pukul 10 malam, kami semua selamat sampai di Lahad Datu!

Terima kasih sudi mengikuti dan membaca travelogue ini sehingga ke entri terakhir. Semoga catatan perjalanan ini menjadi panduan kepada sesiapa yang berminat untuk bercuti ke Bukit Tinggi. Jumpa lagi dalam travelogue akan datang, in shaa Allah! Boleh klik di sini untuk tontonan you tube : MELANCONG KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT


Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman untuk mendapatkan pakej termurah melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Selain Bukit Tinggi Pak Herman juga menguruskan trip percutian ke Medan, Bandung, Pekan Baru dan Jogjakarta.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399

Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

8 comments

  1. Kuih Lamang Baluo tu macam pulut panggang tapi mungkin inti dia berbeza. Nampak sedap je.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum kak Amie..saya sangat berminat dengan blog kak amie..bertahun saya mengikuti setiap perkembangan cerita perjalanan dan masakan yang kak amie siarkan..sungguh memberi petunjuk dan pelajaran pada saya. Saya suka dengan penggembaraan dalam dan luar negara yang kak amie serta rakan2 lakukan..kmu sungguh berkerjasama dan sepakat antara 1 sama lain demi untuk melancarkan percutian kamu. Saya suka dengan cara kak amie mengambil gambar setiap percutian dan setiap masakan yang kak amie buat sungguh memberi panduan yang jelas. Saya berharap blog kak amie ni akan kekal dan berterusan sampai bila-bila. Moga kesihatan kak amie sentiasa sihat dan bahagia selalu. Sekian dari saya Idyana dari Kota Kinabalu sabah.

    BalasPadam
  3. Notie,
    betul tu, intinya berbeza.

    BalasPadam
  4. Idyana,
    Waalaikum dik,
    terharu kakak baca komen tu, terima kasih kerana memberi sokonganm harap sentiasa mendapat manfaat dari setiap perkongsian yang kakak paparkan. Terima kasih atas doanya, dan mudah-mudahan Idyana pun begitu juga.

    BalasPadam
  5. bestnya bercutiii..blogwalking sini malam2. jom jenguk https://gadistudungbunga.blogspot.my/

    BalasPadam
  6. Bella,
    terima kasih atas kunjungan.

    BalasPadam
  7. Terima kasih Amie. Kakak insyaaAllah akan ke Padang / Bukittinggi Oktober nanti. Blog Amie banyak membantu. InsyaaAllah akan contact Pak Hermann.

    Teruskan menulis, terhibur baca blog Amie! - Kak Yati

    BalasPadam
  8. Kak Nurhayati,
    Terima kasih juga sudi singgah dapur saya. Selamat bercuti, in shaa Allah akan berpuas hati.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe