Sotong Goreng Bawang Putih ( Pla Muerk Tod Kratiem )
2:31 PTG
Salam sayang buat semua pengikut dan pengunjung Amie's Little Kitchen yang dhargai. Terima kasih kepada follower baru yang sudi menambahmeriahkan dapur maya ini.
Hari ini Amie kongsikan resipi yang pada perasaan Amie begitu istimewa dan lazat sekali. Istimewanya kerana tidak banyak bahan yang digunakan, dan memang tidak rugi mencubanya walaupun pada mulanya setelah melihat antara bahan yang digunakan ada yang rasa keliru! Ya, penggunaan 3 labu bawang putih, dan bukannya tiga ulas! Dalam selabu bawang putih sudah tentunya banyak ulas! Untuk resipi ini mari kita gunakan penjodoh bilangan labu yang membawa maksud banyak ulasnya!
Untuk melihat resipi Amie yang dulu, boleh klik di sini : Pla Muerk Tod Kratiem - Sotong Goreng Bawang Putih. Resipi Sotong Goreng Bawang Putih kali ini, Amie ubahsuai dari resipi asal dengan penambahan daun kari serta cili padi.
Bahan-bahan:
500 gram sotong - potong ikut suka
3 labu bawang putih - buang kulit dan cincang
10 ulas cili padi - hiris
1 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
minyak
Cara:
1. Goreng sotong hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Ambil 4 sudu besar minyak bekas gorengan sotong tadi dan goreng bawang putih sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
3. Panaskan semula minyak bekas gorengan bawang putih tadi dengan menggunakan api besar. Goreng daun kari hingga layu.
4. Masukkan sotong goreng dan bawang putih goreng dengan serentak.
5. Tambahkan lada putih, sos tiram, dan gula. Kacau sebati dan masak selama 1 minit.
6. Taburkan hirisan cili padi dan kacau sekali dua.
7. Angkat dan hidangkan.
Tak rugi mencuba, tapi rugi kalau tak mencuba!
11 comments
Salam kak amid, singgah sini.. sedapnya nampak sotong.. dah la ada bawang putih ..ringkas pun ya jugak
BalasPadamassalamua'laikum Mie
BalasPadammacam nak kena beli sotong lahhhh tengok menu ni
Wani,
BalasPadamkena gunakan banyak bawang putih tu.
Kak Noor,
waalaikumussalam kak,
beli jangan tak beli kak ha ha haaa.
Menarik laa... Terliur Nina nengok nya
BalasPadamsedapnya kak..
BalasPadammakan ngan nasik putih panas2..hehehe
Nampak rangup betul bwg putih tu k.amie..mesti harum semerbak taim dok goreng tu kan?tmbh² ada daun kari plak tuh..hurmm sedapnya
BalasPadamMemang nampak sedap tu Amie..dah la acik.memang suka sangat sotong..nak.kena cari sotong ni Amie..terima kasih Amie kongsi resepi
BalasPadamBanyak tu bawang putihnya.... tp tak kisah pun sebab suka bawang putih kan..
BalasPadamYg penting nak masak senang hihi...
wah menarik ni amie..leh try nanti! daapnyer!
BalasPadamNina,
BalasPadammemang sedap walaupun simple!
Julie,
ratah pun sodap ha haaaa.
Lina,
ha ha haa goreng 3 labu bawang putih, mmg aromanya penuh sedapur!
Acik,
BalasPadamsotong mmg sedapkan kalau masak kena caranya.
Hainom,
memang banyak, penuh satu cawan!
Dr Ina,
try ye...jangan tak try ha ha haa