Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
7:29 PTG
Selain masih mengekalkan alam semulajadinya, daerah Bukit Tinggi turut menarik perhatian para pengunjung dengan pelbagai jenis jajanan hasil penduduk tempatan. Kami berkesempatan singgah di salah sebuah Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim.
Ada satu hal yang menjadi tandatanya kami sewaktu Pak Herman menyebut tentang pelbagai jenis produk tempatan termasuk rendang telur. Rendang telur?
Memang tak boleh dibayangkan rupa telur sebiji tanpa kulit, menjadi rendang dan tahan lama!
Rendang telur? Tak kisahlah, telur itik atau telur ayam.
Benar-benar akal kami tidak sampai untuk memikirkannya!
Ketika memasuki pusat oleh-oleh ini, kami disambut dengan baik oleh para pekerja dan diberikan sample pelbagai jenis jajanan untuk dicuba, termasuklah rendang. (sayang lupa ambil gambar, sebab tangan berminyak mencuba pelbagai jenis rendang). Rupanya rendang telur itu, merupakan kepingan dari telur putih yang digoreng seperti kerepek atau keropok, dan kemudian dimasak dengan bumbu rendang!
Bermulalah sesi pilih-memilih oleh-oleh.
Rasanya Amie rembat 3 atau empat kotak rendang paru (Randang Paru) dan juga Dendeng Siti Nurbaya.
Siap saji! Keesokan harinya setelah sampai LD, maklumlah masih letih, masak saja nasi dan hidangkan dengan rendang paru dan juga Dendeng Siti Nurbaya untuk makan tengahari! Habis sekali hadap dengan Encik Suami...hiks!
Tak lupa juga, ambil beberapa bungkus keropok kulit lembu atau kerupuk jangek bersalut bumbu rendang.
Sempat ambil 7 jenis pes. Pes rendang, gulai, satay, asam pedas, ikan bakar dan entah apa lagi. Masuk bakul!
Masukkan dalam bakul juga sekotak kopi daun, dan beberapa kotak dan juga tin minuman serbuk halia.
Wokey! Kotak sudah tersedia untuk diisi oleh-oleh.
Ketika kawan-kawan yang lain sibuk memilih jajanan, Amie bersama Warite sempat mengintai ruangan bersebelahan, tempat memproses makanan kering.
Salah seorang pekerja sedang menggoreng kentang.
Dipelawanya Amie makan kerepek kentang yang sedang ditoskan.
Masha Allah! Pucuk dicita, ulam mendatang.
Kalau malu, tak dapatlah merasa. Ketika itu Warite sudah meninggalkan Amie. Kita pun makanlah dengan sedikit segan sekeping dua kerepek kentang. Sedap! Sangat sedap! Amie rasa tak perlulah disalut dengan apa-apa lagi sebab sudah cukup sedap!
Rangup!
Gurih!
Cukup rasa (garam).
Rajin-rajin buat kerja ye dik!
Mengupas ubi cara manual. Eh! Ada ke mesin kupas ubi?
Agaknya bekas / mesin ini digunakan untuk menyalut kerepek / keropok. Agaknya laaa.... tak tanya pekerja di situ pulak. Main agak-agak jew.
Wokey, masing-masing membawa oleh-pleh dari Sanjai Ummi Aufa Hakim.
Ini pun oleh-oleh juga!
Oleh-oleh gambar kenangan!
Terdetik di hati, andai ada kesempatan ingin berada di sini lebih lama menyaksikan sendiri suasana di pasar dan kegiatan harian penduduk tempatan.
Apakan daya, masa tidak menunggu kita. Perjalanan perlu diteruskan.
Dan banyaklah kerepek dan keropok di pinggir jalan!
Moga bertambah murah rezeki penduduk Bukit Tinggi yang sentiasa berusaha menggunakan tulang empat kerat untuk mencari pendapatan.
Sehingga saat ini masih terasa-rasa keenakan kerepek kentang itu!
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62 812-6784-9399Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
2 comments
Orang Indon memang kreatif. Dari 1 jenis benda dia boleh olah jadi macam-macam jenis yang boleh di makan. Apa lagi hasil pertanian dia yang subur, geram tenguk hasil pertanian mereka yang di tanam sekeliling rumah. Yang geram tu bila tenguk sayur kobis besar-besar di tanam sebelah rumah. Sawah bendang yang sedang menguning belakang rumah. Mereka rajin mengusahakan macam-macam jenis makanan untuk menambahkan pendapatan.
BalasPadamwah best lah ada macam-macam jenis pes masakan padang.
Notie,
BalasPadamRasanya tidak adalah sumber alam yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya! Ada-ada sahaja - mula-mula terkejut dengan keropok kulit lembu! Bukan setakat itu, kopi daun pun ada! Rasanya tepung beras pun mereka buat sendiri!