Resepi Sedap : Ayam Seri Manis
9:26 PTG
Sesekali cipta resepi sendiri memang menyeronokkan. Apalagi kalau diterima baik oleh isi rumah. Kali ini Amie cuba cari muslihat sebenarnya supaya anak-anak makan tomato. Bukan apa, biasanyaa kita jadikan tomato sebagai hiasan sahaja. Kalau masak apa pun, tomato jadi penyeri hidangan kerana warnanya yang cantik. Kadang-kadang sayang nak buang tomato sebab tak dimakan walaupun pada protokolnya...he hehehe... dalam majlis rasmi, kalau makan, bahan hiasan tak boleh dimakan! Memang nampak sebagai satu bentuk pembaziran, tapi itulah hakikatnya! Tomato memang ada sepanjang masa di dapur, tapi itulah... sekadar hiasan, sebiji dua masuk dalam masakan baik masak asam pedas, masak singgang dan sebagainya. Bila selesai makan, tinggallah hirisan tomato dan teman-temannya yang lain seperti daun salad atau timun atas piring. Bila rasa sayang nak buang, Amie ratah seorang, tapi biasanya tak habis. Anak-anak pula sudahlah tak suka makan sayur, kecuali kuah sayur, jadi eloklah dapatkan khasiat tomato melalui cara masakan ibunya yang terlebih rajin hari ni. Satu lagi anak-anak marah betul kalau ternampak hirisan bawang dalam lauk, jadi nanti harap-harap tak adalah songel-songel pasal hirisan bawang pulak!
Ada pun daku namakan resepi kali ini dengan nama : Ayam Seri Manis. Sesuai ke tak... tak kisahlah kan, sebab Amie yang cipta resepi ini, Amie pun ada hak cipta juga he heheh.... Bukan apa, sesekali cuba berkreativiti di dapur sendiri apa salahnya kan. Kenapa pilih perkataan seri, dan kenapa ada manisnya pula? 'Seri' tu sebab hasil masakan ni nampak berseri... eeehhhh! Betul ke? Amie yang nampak serinnya pada masakan tu sebab ia terhasil dari warna serbuk cili dan tomato merah ranum yang banyak! Cantikkan? Dan 'manis' pula disebabkan ada rasa manis semula jadi yang keluar dari bawang besar yang Amie gunakan, juga dalam jumlah yang banyak. Cerita pasal bawang ni teringat pulak resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo! Ha... memang betul tu, idea Ayam Seri Manis ini timbul dari resepi DSBS! Tapi untuk resepi ini Amie gunakan bawang besar 1/2 kg dan tomato juga 1/2 kg.
Anak-anak kata resepi ni sedap. Alhamdulillah! Cuma nak mula masak tu yang susah sikit, sebab kena tunggu bawang separuh hancur barulah boleh masuk daging ayam. Kalau masak macam DSBS alamatnya hancurlah daging ayam tu nanti. Disebabkan aroma bawang yang sedang ditumis tu sedap baunya, jadi Amie pun bersabarlah menunggu 'kehancurannya' bersama lunyainya buah tomato! DSBS Amie gunakan cili merah hiris, tapi Ayam Seri Manis ini Amie gunakan serbuk cili.
Gambar di bawah ini menunjukkan daging ayam yang terlebih masak, jadi lain kali Amie kena tunggu dengan penuh sabar supaya bawang dan tomato hancur, barulah masukkan ayam. Kalau daging ayam koyak rabak, kurang sikitlah lawanya ye... he heheh. Dan satu lagi, daging ayam tu kenalah potong besar sikit supaya tak mudah hancur. Jom kita tengok resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 8 bahagian
1/2 kg bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
2 cm halia - cincang
1/2 kg tomato merah - cincang
600ml santan cair
200ml santan pekat
2 sudu makan serbuk cili
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
garam /perasa pilihan
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih dan halia hingga layu.
2. Masukkan tomato cincang, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis lagi dengan api panas sederhana lebih kurang 30 minit atau sehingga bawang separuh lunyai.
3. Masukkan daging ayam dan gaul sebati sehingga keluar air ayam. Tambahkan santan cair dan biarkan daging ayam masak.
4. Setelah daging ayam empuk dan kuah mulai memekat, tuangkan santan pekat, garam / perasa pilihan.
5. Masak lagi dengan api sederhana panas sehingga pecah minyak.
6. Padamkan api dapur.
Yuhuuu... akhirnya menjadi juga resepiku! Anak-anak makan dengan berselera, dan masuklah segala tomato dan bawang ke dalam perut mereka... syukur Alhamdulillah! Nampak gayanya ada harapan untuk masak resepi ini lagi. Cuma, Amie perlu ingat.... lain kali tunggu denga sabar bawang besar & tomato hancur, barulah masukkan daging ayam supaya kuahnya cantik, halus mulus dan tak berketul-ketul dengan bawang macam dalam gambar di atas tu.
5 comments
kreatif kak ami nak bg anak mkn mknan sehat.. mcm mudah dan best je resipi ni =)
BalasPadamhehe... sayanglah kalau tomato tak dimakan. kat rumah madiha tomato dalam masakan memang abis dimakan. suami & madiha je yg makan pon.. anak2 memang tak layan. madiha pun selalu masukkan tomato dalam masakan bersambal.. memang bagus idea tu sebab secara tak langsung anak2 makan tomato tanpa sedar.. & lagi satu.. bila dah tambah tomato tak perlu lagi tambahkan bahan pemasam spt asam keping, asam jawa atau jus limau.. hehe..
BalasPadamNak tanyalah...ayam tu goreng dulu ke tak? sebab selalunya ada yang goreng dulu....sila bagi tunjuk ajar....terimakasih...
BalasPadamAssalamualaikum amie mmg terbaeeklah.kratif sgt.menu pun nampak sedap..yumyum...nanti bole la uj cuba yer..
BalasPadamCt Cucubi,
BalasPadammemang mudah resepi ni sebab bahan pun tak banyak, cuma yang tak berapa mudahnya tu kena tunggu bawang hancur tu.. yang kena sabar sikit.
Madiha,
tu laaa... anak-anak bukannya suka makan sayur, jadi syukur sangatlah boleh makan masakan begini... he heheh bawang & tomato yang tersembunyi dalam sos!
Zures,
saya tak goreng ayam tu dulu, kalau Zures nak cuba goreng, boleh juga... terpulanglah.
Umie Jazz,
waalaikumussalam.... silakan.