Assalamualaikum. Rakan-rakan pengunjung yang disayangi..... Kek Lapis Keju Masam Manis ini merupakan paparan terakhir daripada Amie's Little Kitchen untuk bulan Mei 2013. Esok pagi, selepas solat Subuh, Amie akan berangkat ke Airport Tawau untuk penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur. Hari Ahad lepas, Bonda meminta Amie pulang untuk menyelesaikan satu urusan keluarga. Doakan agar dipermudahkan segala urusan Amie nanti, in shaa Allah. Amie...
Hidangan Tengah Hari / Malam
Tenggiri Masak Asam Pedas, Telur Dadar Mayonis & Crab Stick Sayur Campur
Assalamualaikum. Jemput nikmati hidangan tengahari (paparan sebelah malam!) kami dengan lauk Tenggiri Masak Asam Pedas, Telur Dadar Mayonis & Crab Stick Sayur Campur. Nampaknya anak-anak lebih suka makan Crab Stick Sayur Campur dengan Telur dadar mayonis, manakala Tenggiri Masak Asam pedas tidak di usik. Bolehlah dipanaskan lagi untuk lauk hidangan malam pula! Resepi : Ikan Pari Masak Asam Pedas Sumber : Amie's Little...
Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Sarapan apa agaknya pagi ini ye... Jika anda pernah berkunjung ke Sabah, kemungkinan besar jika ada kesempatan anda dapat menikmati sarapan pagi dengan hidangan nasi kuning. Anda akan temuinya di gerai makan atau di restoran. Pelbagai jenis lauk boleh anda pilih tetapi kebiasaannya nasi kuning dimakan bersama sambal ikan. Sebelum ini Amie telah beberapa kali memaparkan menu NASI KUNING SAMBAL...
Assalamualaikum. Terima kasih kepada Melly Octaviana dari blog Masakan Melly kerana berjaya menggoda daku dengan kisahnya yang panjuang lebar tentang pengalaman pertama membuat kek lapis. Kalau Melly kali pertama membuat kek lapis, Amie pula kali pertama membuat kek lapis versi bakar. Melly menggunakan resepi dari DAPURKU SAYANG - DAYANG JACK. Beberapa hari lepas Encik Suami meminta Amie membuat kek lapis untuk dikirim buat anak bujang sulung...
Assalamualaikum. Sudah makan tengahari? Kalau belum mari datang ke dapur Amie bawa nasi kosong sepinggan. Kita makan sama-sama dengan lauk Hong Kong Mixed Ginger Lamb di bawah ini. Amie selalu nampak keluarga sebelah Encik Suami suka masak ayam dengan mencampurka Hong Kong Mixed Ginger. Salah satu di antara lauk-pauk ayam yang kakak ipar Amie masak semasa kenduri aqiqah Firdaus tempohari juga menggunakan bahan...
Assalamualaikum. Jom buat kejutan ke atas perut kita di pagi Isnin yang cerah dan panas ini dengan segelas Carrot & Red Apple Smoothies. Aduh nyamannya.... lega rasa perut selepas dicuci oleh smoothies! Resepi : Carrot & Red Apple Smoothies Olahan : Amie's Little Kitchen Bahan-bahan: 3 biji epal merah - potong kecil 1 batang lobak merah - potong bulat-bulat 200ml susu segar 200ml...
Assalamualaikum. Jemput nikmati Barobbo @ Bubur jagung dari dapur Amie. Sebelum ini Amie pernah paparkan hidangan ini DI SINI. Bubur ini sangat enak dan tidak puas makan sekali! Pasti ingin menambah lagi! Ingin tahu cerita keenakannya boleh klik sekali lagi DI SINI. Jom kita lihat resepi Barobbo yang terkenal dihidangkan dalam kalangan masyarakat Bugis Sabah di bawah ini. Resepi : Bubur Jagung @ Barobbo...
Assalamualaikum. Jom sejuk-sejukkan tekak di pagi minggu yang terang benderang disinari cahaya matahari yang semakin terik ini dengan menjamah Puding Roti Versi Tembikai di dapur Amie. Terima kasih buat Naimah Md Ludin yang sudi berkongsi resepi yang enak dan cantik ini di BUKU RESEPI. \ Resepi : Puding Roti Versi Tembikai Oleh: Naimah Md Ludin cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-bahan: -1 tin susu cair -1 cawan...