Roti Sosej Rangup & The Gang
11:53 PG
Assalamualaikum.
Hari ini tentu semua cuti sebab Hari Krismas. Tanpa banyak celoteh, terus saja kepada isi cerita tentang menu sarapan pagi Amie sekeluarga. Pagi tadi ada sedikit kerajinan melenyek roti untuk dibuat Roti Sosej Rangup. Memang ringkas dan mudah cara penyediaannya tapi bila dinikmati dengan pelbagai sos pilihan, rasanya sudah tentulah sungguh menyelerakan!
Sebelum ini Amie pernah paparkan menu ini DI SINI. Kepada sesiapa yang masih belum mencuba resepi yang mudah ini bolehlah semak bahan dan cara penyediaannya di bawah ini. Dijamin disukai oleh anak-anak dan anda sendiri!
Bahan-bahan:
10 keping roti - lenyek hingga nipis
10 batang sosej
2 cawan serbuk roti
1 biji telur
1 cawan tepung pau (Amie nak habiskan stok tepung pau, gunakan tepung gandum pun boleh)
120ml air (lebih cair pun tak apa)
sedikit marjerin
minyak
Cara:
1. Sapukan marjerin ke atas roti.
2. Letakkan sosej dan gulung roti.
3. Lekatkan roti dengan telur.
4. Bancuh tepung pau (gandum) dengan air dan jika suka letak secubit garam.
5. Celup roti berisi sosej ke dalam tepung.
6. Salutkan roti tadi dengan serbuk roti.
7. Goreng terendam dalam minyak yang panas hingga garing.
8. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran.
Amie tambah beberapa bahan sampingan termasuk telur goreng, kacang peas, hirisan timun dan tomato.
Jom minum sama!
3 comments
Terlewat pula ummi tiba untuk sarapan, mesti
BalasPadamdah abih roti sosej rangup tu kan Amie..
wahh sedapnye kakk..nak nak :)
BalasPadamidea yg simple..nanti leh cuba..thks amie..sy ketinggalan entri yg lepas tu.. ;-)
BalasPadam