Ikan Cupak Masak Asam Rebus
1:22 PTG
Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali. Nampaknya masa untuk bersama di alam maya agak terhad dan Amie tidak boleh celoteh panjang lebar untuk kali ini. Namun begitu, betapa pun sibuk dengan pelbagai urusan, masak tetap diutamakan, dan perut keluarga pasti didahulukan! Sekali lagi Amie hidangkan masakan yang ringkas dan mudah untuk disediakan. 4 hari menginap di hotel bersama keluarga, sudah tentu tubuh badan telah mengumpul banyak kolestrol dan jumlah gula yang agak tinggi dalam darah, maklum sahajalah kalau boleh semua hidangan hendak dirasa! Jadi, balik ke rumah sendiri eloklah sediakan menu rendah lemak sekaligus mengurangkan jumlah kolestrol. Jadi, Ikan Cupak Masak Asam Rebus merupakan pilihan terbaik pada pandangan Amie.
Jangan lupa ulam petai jika suka! Dan kalau rajin, bolehlah tambah sambal belacan!
Resepi : Ikan Cupak Masak Asam Rebus
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 ekor ikan cupak - bersihkan dan potong 2
1 biji terung taiwan - belah 2 dan potong 3 setiap belahan
2 biji tomato hijau - belah 2
1 biji tomato merah - belah 2
1 kuntum bunga kantan - belah 2
2 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
600ml air
Bahan kisar:
5 biji cili kering
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar bersama serbuk kunyit dan bunga kantan serta asam gelugur. Biarkan mendidih seketika.
2. Masukkan ikan bersama terung taiwan - jika suka goreng terlebih dahulu terung dan masukkan ke dalam masakan apabila ikan telah masak.
3. Setelah ikan masak dan terung layu, masukkan tomato hijau dan tomato merah.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
Jemput makan....
15 comments
asal nama masak asam jer saya suka!
BalasPadamSedapnya masam2 lauk ni, ikan cupak tu bersaiz mcm ikan kembung ke amie, tak pernah tgk la
BalasPadamamboi besarnya mata petai tu, geram tengok...
BalasPadamIkan cupak tu mcm ikn putih ka...
BalasPadamas salam
BalasPadamsaya pun suka masakan ni :)
Kak Mie, tumpang makan tengahari... lapar nih
BalasPadamWhitecappuccino,
BalasPadamhidangan ringkas dan berkhasiatkan WC.
Rosa,
ada saiz besar ada saiz kecil, bentuknya leper sikit dan agak membulat macam ikan putih, ada sikit rupa ikan nyok-nyok tapi nipis sikit.
Yati Ali,
he he he hehh... petai tu Amie panggang, sedap rangup macam kunyah kacang pulak (tak ambil gambar petai gambar).
Qaseeh,
BalasPadammungkin spisies ikan putih dan ikan cermin tapi cupak putih sikit dari ikan cermin.
Tihara,
waalaikumussalam... terima kasih Tihara.
Gee,
jemput Gee makan sama.
beza dgn asam pedas cuma sbb xde daun kesum ye kak.. tun suka mkn kuah2 camnih.
BalasPadamSelama nie sy igt kn semua tu geng2 ikn putih..x prna dgr plk nm ikn tu..sy gelar ikn putih bulat...leper..tebal. ..itam...semua nya sdp klu beli yg mc fresh...hihi
BalasPadamsedapnya, ni menu kalau nak diet kan, sebab takde tumis2 ni semua
BalasPadamtapi kan, tina tak kenal pun ikan cupak ni hihi
memang tak boleh lawan dengan amie bab2 ikan... ratna masih byk yg tak kenal nama2 ikan... heee... asam rebus my feberet oso..hehe..
BalasPadamTun Telani,
BalasPadamhidangan begini elok dinikmati waktu perut keroncong di kala tengahari!
Qaseeh,
macam juga burung Qaseeh... ayam, itik, angsa pun masuk spesies burung juga he he he ehh
Tina,
Kak Amie pun jarang jumpa ikan cupak @ ikan cecupak di pasar Sungai Buluh, tapi sesetangah tempat memang ada.
Madiha,
kita kongsi info ye Madiha... he he heh sebenarnya Amie tahu sikit2 je, itu pun ikan yang biasa kami makan... banyak ikan di pasar yang tak tahu nama...
asam pedas my favourite..bestnya..
BalasPadamikan cupak tu ikan apa?
BalasPadam