Red Velvet Cheese Cup Cake
6:21 PTG
Assalamualaikum.
Nampaknya petang minggu beransur menghilang, kerana malam mula menjelma. Sebagai perkongsian di petang Ahad yang masih mendung dengan sesekali diiringi bunyi guruh berdentum, Amie paparkan hasil air tangan Amie sebentar tadi. Bersama si bongsu yang rajin menemani Amie di dapur, kami berjaya menghasilkan 24 cawan Kek Baldu yang lazat walaupun hiasannya tidaklah secantik mana, comot dan terpele'ot sana sini.
Rakan-rakan blogger yang lain sudah mahir menghasilkan kek baldu, tetapi Amie baru mempelajarinya kelmarin di The Baker's Shop. Selain Red Velvet Cheese Cup Cake, kami juga berkesempatan untuk belajar cara-cara menghasilkan Blueberry Cream Roll dan juga Haw Flake Cheese Layer Cake. Orang kata kalau setakat menghadiri kelas tetapi tidak melakukannya sendiri, ilmu tersebut lambat-laun akan hilang. Jadi, buat permulaan Amie memilih resepi yang paling mudah dengan menghasilkan Red Velvet Cheese Cup Cake. Bagaimanapun Amie menghadapi sedikit masalah untuk menyesuaikan sukatan memandangkan semua bahan disukat dengan timbangan berat termasuk telur, mentega cair atau minyak jagung sebagai pilihan. Begitu juga dengan bahan cream cheese icing, daripada cream cheese, gula kastor, UHT krim putar dan mentega semuanya menggunakan sukatan gram.
Amie cuba praktikkan di dapur tetapi hanya guna sukatan gelas dan sudu sahaja kerana kelmarin Amie sempat mengagak kalau berat 80 gram atau 40 gram, sukatannya lebih kurang 2 sudu makan atau 4 sudu makan. Alhamdulillah percubaan Amie menjadi, tetapi Amie tidak paparkan resepinya di sini kerana ini percubaan pertama Amie. Kalau kelmarin, adunan tepung yang digunakan sebanyak 500 gram, tetapi Amie cuba buat setengah adunan sahaja sebab memikirkan hasilnya akan menjadi banyak dan tidak habis dimakan. Rupa-rupanya anak-anak dan Encik Suami makan sampai habis. Sedap! Memang sedap! Apalagi cream cheese icingnya yang lazat itu!
Okey tak? Ada rupa kek baldu yang dihasilkan oleh rakan-rakan yang lain tak?
In shaa Allah pada masa yang lain Amie akan tingkatkan usaha untuk belajar mendeko supaya nampak lebih kemas dan cantik. Maklumlah... saya mak budak baru nak belajar he he ehehh....
19 comments
Saya pun plan nak buat hari ni. Bahan semua dah ada cuma kerajinan saja yg takde.
BalasPadamAs salam K.Amie,
BalasPadamamboi...minum petang dia rvc tu...mewah nmpk...hehe...sy buat cekodok pisang je....:)
lama x baking2 kek nie...rindu pun ada....
Hazila,
BalasPadamlepas belajar kelmarin terus beli bahan, hari ni cuba praktik...takut hilang ilmu pulak he he heh
Asyifa,
waalaikumussalam... inilah hasilnya masuk kelas masakan kelmarin, baru nak kenal dunia baking membaking ni Asyifa...
Tahniah Amie cantik sungguh hasil nyer tu isk kalau ler dekat mau gak D5 mintak 1... :D
BalasPadamsaya memang suka RVC, x hingat kalo mkn....tau2 dh berketul2 huhu
BalasPadamEh, saya pun baru ja buat red velvet cupcake petang tadi ! :D Hehe samalah kita
BalasPadamwah Amie dah try rvc ni akak je belum mencuba lagi hahaa nak cuba jugak ni..
BalasPadamsalam, saya lagi blum prnah mencuba red velvet ni, nk try sehari ke sehari tapi masih x mnjadi, entah bila la nak merajinkan diri, nmpk sedap gitu..
BalasPadamDelima,
BalasPadamalhamdulillah... kira masuklah ajaran cikgu masakan tu ye he he he hehh
Khairiah,
memang sedaplah... selalu kalau buat muffin berminggu2 tak habis, ni keluar je oven anak-anak dah serbu.
Alia,
nampaknya hidangan petang kita sama ye Alia...
Kak Nooriah,
BalasPadammesti cuba kak... jangan tak cuba...
Kak Am,
ikutkan hati memang malas nak buat, tapi takut terlupa... jadi buatlah juga walaupun sekali ini...
cantik cup cake ni...tentu sedap sgt..saya bab2 baking tak pandai...campur terlampau rajin la tu ...:)
BalasPadamsedapnyer red velvet..lama dah tak buat..
BalasPadamnampak sedaplah amie. Bundo merancang nak buat kek ni dah berminggu dah tapi belum berkesempatan je nak buat.
BalasPadamPasti sedap kan kek tu mie..
WOO..MEMG MENYELERAKAN KAK AMI..HIDANGAN KAK AMI MMG BUAT SY ASEK TERLIUR JEK..HUHU..SEDAP2!
BalasPadamdemam2 ni nak tumpang manja dgn akk la... nak sebiji red valvet tu blh? akk suapkan ye hihihi....
BalasPadamsaya tak berapa suka red velvetni entahler tak berapa kena ngan tekak ni kot...
BalasPadammaalumler suka yang coklatjer...
Whitecappuccino,
BalasPadamsuka makan waktu keluar oven WC sebab tak sabar nak ngap he he heh
Sha Ahmad,
kalau datang rajinnya nanti boleh buat Sha.
Ibundo,
betul Bundo, kadang2 kita ni merancang tapi jadinya belum pasti...
Nens,
BalasPadamsuka-suka je ni Nens... belajar benda yang tak mahir.
Mas Sani,
alolooo sian dia... marilah Kak Amie suap dia ye cayangggg... moga cepat sembuh.
Cho Zila,
saya nak buat macamana kalau Cho Zila tak suka....
ehem cantiknya cake tu..mesti sedap rasanya..
BalasPadam