Ikan Ayam Masak Asam Pedas
7:46 PTG
Assalamualaikum.
Melihat nama ikan sebagai tajuk resepi Amie kali ini tentu ada yang tertanya-tanya, benarkah ini yang dikatakan ikan ayam? Amie sendiri keliru kerana ada ikan lain yang dinamakan ikan ayam-ayam dan ikan ayam laut. Antara ikan ayam yang dimaksudkan termasuklah ikan jebong. Pertama kali Amie diperkenalkan dengan ikan ayam ini, memang Amie tidak berani untuk mengolahnya. Ikan ini menjadi pilihan masyarakat Cina jika ada di pasaran. Mereka menggelarnya ikan ayam. Dari situlah terus melekat di ingatan Amie bahawa inilah ikan ayam! Kemudian, Amie terjumpa pula dengan ikan jebong! Dan ada yang menggelarnya sebagai ikan ayam-ayam kerana rupa parasnya seakan-akan ayam dan hatinya juga mirip hati ayam! Sumber lain pula mengatakan ikan yang Amie masak ini merupakan spesies jenahak tetapi berwarna hitam. Sisik dan kulitnya memang berwarna kehitam-hitaman, manakala isinya lebih keras berbanding isi ikan jenahak atau ikan merah yang sangat lembut itu. Apa yang Amie perhatikan sewaktu memasak ikan ini dari awal hingga akhir ialah kulitnya terutama bahagian sirip mengeluarkan lemak!
Oleh kerana ketika dibeli di pasar ikan ini sudah siap dipotong jadi Amie tidak dapat memaparkan bentuk asal ikan ini sebagai perkongsian bersama. Bila kami tanya kepada peniaga ikan di pasar tempat kami beli ikan ini, katanya ini ikan ayam! Apa pun memang rasa ikan ini sangat sedap berbanding isi ikan jenahak yang agak tawar. Kalau tidak silap Amie, MIL pernah membeli ikan ini di pasar dan menggelarnya ikan batu pula! MIL suka masak kukus dan sekali lagi memang Amie terbayang keluar minyak atau lemak dari badan ikan yang dikukus tadi!
Sekembalinya Amie dari urusan di sekolah petang tadi, Amie terus membuat persediaan untuk memasak asam pedas. Sebelum pulang ke rumah memang Amie sudah telefon anak-anak bujang supaya masak nasi terlebih dahulu dan Amie hanya masak lauk sahaja. Ketika menumis bahan untuk asam pedas, bujang tengah menjenguk ke dapur dan beberapa kali mengingatkan Amie supaya masak ikan ini seperti masakan dua hari lepas iaitu masak sambal seperti DI SINI. Aduhai anak.... memang kuah akan tumpah ke nasi dan bagaimana acuan begitulah kuihnya, itulah perumpamaan yang Amie boleh ketengahkan untuk menjelaskan betapa selera anak-anak kami sebenarnya lebih banyak mengikut selera yang diwarisi daripada MIL & FIL atau nenda mereka. Mungkinkah perahan dan aroma limau nipis yang membuatkan anak-anak menggemari menu tersebut?
Sebelum nasi menjadi bubur, dan sebelum kuah asam pedas menjadi pekat, Amie tunaikan juga hasrat selera si bujang tengah. Amie tidak bubuh asam jawa atau asam keping tetapi Amie perahkan jus limau nipis sebagai sentuhan terakhir masakan asam pedas Amie. Sebelum itu, Amie tambahkan 3 biji tomato dikisar bersama bahan tumisan yang lain untuk memekatkan kuah. Sesekali ikut selera sendiri apa salahnya.... dan biarlah resepi begini menjadi kenangan serta rujukan untuk anak cucu pada masa akan datang.
Resepi : Ikan Ayam Masak Asam Pedas
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 keping ikan ayam
7 biji kacang bendi - cuci, toskan dan potong ekor serta batang
2 biji tomato - belah 2
1 kuntum bunga kantan - belah 4
4 tangkai daun kesum - buang batang
1 biji limau nipis - perah jusnya
2 cawan air
minyak
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 biji tomato - belah 4
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
1/2 sudu makan lada putih
sedikit belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan serta kepingan ikan.
4. Masak dengan api serderhana sehingga kuah menjadi pekat dan ikan masak.
5. Tambahkan kacang bendi dan tomato.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
7. Akhir sekali tuangkan secara merata jus limau nipis.
8. Tutup api dapur.
23 comments
slaam Mie..
BalasPadamtak tau lah ikan ayam ni ada tak kt brunei sbb tak pernah pun dngr orang pasar tu ckp ikan ayam tapi kalau tengok the hole ikan tu mungkin dpt cek kat pasar tingin jugak nk makan mesti sedap kan MIe..apa lagi masak asam pedassss
Lain kali Amie ambil dulu gambar2 ikan yang Amie selalu masak tu boleh juga saya kenal.kut kat Kelantan ni ada juga tapi di sebut nama lain pula!.nampak sedap je lauk tu..terliur saya ditengah2 hujan lebat di Kota Bharu ni.
BalasPadamSedapnya masak asam pedas makan dengan nasi panas2. Ummi tak pernah makan ikan tu Amie, tapi nampak memang macam sedap sangat, kecur air liur lagi.
BalasPadamAssalam.sy panggil ikan jebong
BalasPadamArwah mak mertua sy dulu paling suka ikan ni dan dia jg lh yg ajar sy masak ikan gulai kari ikan jebung dan asam pedas iksn jebong mcm yg amie ni masak jg...:)
Ya la kak sy pn hnya tau nm ikn nie ikn aym laut...tp x prna mkn mskn lain kcuali d bakar kosong shj...prna dgr org msk lain dr d bkr tp kulit nya misti d bkk spy x ssh tym.mkn sbb kulit ikn tu klu mnyangkut sakit. ..mmg ssh mo jmpa ikn tu d jual d psr2 mn ja yg sy pigi klu te jmpa pasti sy beli tp yg ssh nya ikn ni x buli cek insang nya tu masi fresh or teda..utk mkb ikn ni besa kami g mkn d psr filipin tp x beli yg sda d bkr. .sy akn cek d setiap dapur panggang d psr filipin if ada ikn aym laut blm d bkr...klu ada cpt2 order mnta bkr kosong shj...asben n anak pling suka mkn ikn aym laut bkr kosong n bt cicah yg meletups...ikn tu byk isi nya n sng nak mkn....
BalasPadamsedapnya K.Amie...ikan ayam ni adda xpernah lak rasa..teringin nk cuba...
BalasPadamTeringat orang Jawa dulu-dulu di kampung CM, suka guna perkataan ikan untuk 'lauk'. Jadi bila lauk ayam, mereka akan kata 'ikan ayam'..
BalasPadamsalam kak amie.
BalasPadamikan ayam biasanya zila masak sup..mmg sedap isinya..kgmaran family zila ikan ayam nie..:)masak asam pedas lg best kan kak..
Uish sedapnya tengok asam pedas akak ni! Terliurrrrr...slurppp
BalasPadamsalam wbt kak amie..
BalasPadamrindu nak komen n rindu tengok gambar masakan yg sedap2 ni..terliur saya..
Berapa agaknya harga ikan ayam ni per kilo?
BalasPadam1st time dengar nama Ikan Ayam..
BalasPadamNyum2 sedapnyaa tgk asam pedas..tuh.. :)
baru je tadi sebut2 nama ikan ni dgn mak..
BalasPadammemang nampak sedap ye kak..sekarang dah susah sgt nk jumpa kat pahang ni :)
pertama kali dgr nama ikan ayam..kalau ada gambar penuh akak upload ye:)
BalasPadamKak Noor,
BalasPadamni yang Amie keliru Kak Noor... kalau ikan ayam (jebung) tu Amie biasa makan, tapi yang ini..ikan ayam yang Cina suka makan ni beli dah berpotong, dah tak nampak kepala & rupa asal.
Suzana,
dah siap dibersihkan Suzana, sebab ikan tumpun saiz besar...
Ummiross,
memang sedap dimasak asam pedas Ummi.
Ariana,
BalasPadamwaalaikumussalam... ikan jebung pun orang panggil ikan ayam juga ye Ariana, tapi jebung tu yang kulit & sisik tebal... ikan yang Amie masak ni sisik dia tak sekeras sisik jebung.
Qaseeh,
pertama kali Amie makan ikan ayam yang Qaseeh maksudkan tu sewaktu mesyuarat di KK lama dulu, lepas tu balik LD, ada di pasar tapi tak pandai masak sebab sisiknya tebal sangat.
Adda,
memang sedap Adda.
Che Mid,
BalasPadamhe he hehh... samalah tu ada dengar juga.
Zila,
memang sedapkan Zila.
Love2Cook,
jemput makan...
Kamalia,
BalasPadamselamat bertemu kembali Kamalia...
Azieazah,
kalau ikan ayam yang Amie masak ni harga dia biasanya ats RM25 1kg, tapi kalau ikan ayam sisik tebal tu(jebung) biasanya RM10 ke atas.
Rinna,
jom kenal-kenal dengan macam2 ikan...
Tihara,
BalasPadamhe he hehh tak tahu mana satu ye... ikan ayam (jebung) atau ikan ayam kakak punya tu...
Qema,
kalau ikan ayam jebung tu ada dalam internet tapi kalai ikan ayam yang kakak masak ni tak pula jumpa dalam internet, nak upload gambar pun bentuk ikan dan dipotong keping2 dari pasar...hilang semua sisik sirip & kepalanya he he heh
Kakak suka ikan ayam banyak isi. Sedapnya Amie..
BalasPadamassalam
BalasPadamikan ayam, ingatkan k.amie masak ikan campur ayam tadi he he
rupanya ikan mcm ayam ye
tp asam pedas memang bestlah fuhhh sedap mkn dgn nasi baru masak tu
T K. Semalam I beli sa ekorIkan Ayam. Tak pernah makan/masak.Kata orang orang di sana, sedap ..masak sop/kari. Cari web & dapat blog anda. Skrg saya akan cuba masak tomyam.
BalasPadamSalam
BalasPadam