Kuih Ketayap a.k.a Lenggang
7:12 PTG
Assalamualaikum.
Jom minum petang dengan hidangan kuih ketayap atau kuih dadar. Kuih ketayap ini kalau orang sebelah tempat Amie panggil kuih lenggang. Banyak cabaran yang terpaksa Amie hadapi setiap kali menyediakan kuih ketayap @ lenggang ini. Cabarannya sudah tentulah kalau berada di dapur bersama anak-anak. Cabaran pertama, semasa melenggang ketayap anak-anak sudah menunggu kalau-kalau ada ketayap yang koyak atau kurang menjadi. Jadi, cepat-cepatlah dibawanya ke meja untuk diicicah dengan inti kelapa. Cabaran kedua, bila kulit ketayap mula bersusun dalam bekas, perlahan-lahan ada tangan kecil yang menariknya! Tak sampai hati pula nak marah bila tengok berselera sekali si anak makan dengan inti kelapa yang memang sudah tersedia di atas meja. Cabaran ketiga, hanya tinggal beberapa helai kuih ketayap yang sempat diisi inti dan digulung. Itulah bahagian Encik Suami. Anak-anak sudah kenyang, tak pula mahu makan yang sudah siap digulung! Agaknya sedap makan kuih ketayap sewaktu masih masih panas, dan cicah begitu saja dengan inti kelapa!
Resepi : Kuih Ketayap @ Lenggang
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan A : Inti
2 cawan kelapa parut - (jika dibuang kulit ari hasilnya lebih cantik tanpa warna kulit kelapa)
1 cawan gula melaka ( yang telah dipecahkan kecil-kecil) - larutkan bersama 1 cawan air
secubit garam
sehelai daun pandan - disimpul
Bahan A: Kulit Ketayap @ Lenggang
2 cawan tepung gandum
300 ml susu segar
1 biji telur
secubit garam
3 sudu minyak canola
1/2 cawan air pandan - dikisar dan ditapis dari 4 helai daun pandan
Cara:
1. Masukkan semua Bahan A termasuk kelapa parut, secubit garam dan daun pandan ke dalam larutan air gula melaka.
2. Panaskan di atas api sederhana.
3. Kacau sehingga semua bahan sebati dan menjadi melekit.
4. Tutup api dan ketepikan.
5. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Tuangkan susu segar bersama secubit garam dan kacau rata.
6.Masukkan telur dan minyak,dan terus gaul sehingga adunan menjadi sebati. Sekiranya adunan agak kental, masukkan sedikit air.
7. Tambahkan air pandan dan kacau lagi. Jika adunan agak berketul, tapiskan.
8. Panaskan kuali (kuali non-stick adalah pilihan terbaik - jika ada), letak sedikit minyak dan tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali dan lenggang-lenggangkan supaya menjadi bulat.
9. Biarkan masak di antara 1-2 minit dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama kerana akan mempengaruhi warna kulit ketayap.
10. Angkat kulit ketayap dan bubuh inti. Lipat kedua-dua belah tepi kulit dan gulung.
Nampak gemuk betul kuih ketayap Amie ye... he he he hehhh
8 comments
comelnye anak2 akak..:)
BalasPadamalahai...sedapnya nie buat mnum petang...tambah lgi cuaca petang yg mendung...mmg sedap..!
BalasPadamFaa,
BalasPadammemang comel sangatlah gayanya ye Faa... ha ha ha ahh
Asyifa,
memang sedap Syifa... tu pasal anak2 tak sabar nak makan yang siap bergulung he he hehh
sungguh menyelerakan dengan intinya yang nampak moist.minta cikit!
BalasPadamSalam kak...time kasih ek sudi singgah n follow sy...dah lame sy follow akak...hehehe...
BalasPadamAmie, buat inti kelapa durian, lg sedapkn.
BalasPadamSuzana,
BalasPadaminti yang sedap memang mempengaruhi rasa enak kuih ni kan Suzana... jom makan sama.
Siti Nadira,
oh ye ke... mungkin Kak Amie yang tak perasan tu...
Mawar Merah,
terima kasih Mawar... ada masa nanti boleh cuba pula inti kelapa durian.
Salam Kak Amie...sedap kuih ni, saya pun suke buat sarapan..cuma selalu tak sempat..hu hu hu hu alasannnnn....ha ha ha ha
BalasPadam