Sotong Goreng Oregano

by - 1:26 PTG

Assalamualaikum.
Jom cuba cicipi resepi Sotong Goreng Oregano. Anak-anak memang paling suka meratah sotong goreng berbanding resepi sotong yang lain. Salah satu antara lauk hidangan tengahari kali ini Amie cuba pula gunakan serbuk kasar oregano dalam adunan sotong. Alhamdulillah, habis licin bila anak-anak makan, dan untuk Encik Suami pula terpaksalah Amie simpan di tempat yang agak tersembunyi sebab kalau rasa yang sedap, pasti anak-anak akan berulang-alik ke dapur buka tudung saji. Alamatlah.... bila Encik Suami balik petang nanti, tinggal bekasnya saja!

Mungkin ada di antara adik-adik pengunjung yang belum biasa menggoreng sotong, sebab dikhuatiri gorengan akan meletup. Caranya mudah sahaja, dengan memastikan mata dan mulut sotong dibuang. Kalau ada telurnya, sila keluarkan sebab telur sotong turut menyumbang kepada letupan yang lebih kuat dan besar! Toskan sotong sehingga kering, kemudian barulah gaul dengan bahan perapan. Biasanya Amie tambah serbuk ENO dalam adunan untuk merangupkannya, tetapi kalau tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa. Serbuk ENO boleh digantikan dengan soda bikarbonat. Tidak letak kedua-duanya pun gorengan sotong anda masih rangup dan sedap!


Resepi : Sotong Goreng Oregano
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor sotong saiz besar seberat 700 gram - bersihkan dan potong ikut citarasa
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung jagung
1 biji telur
1 sudu makan serbuk oregano kasar
1 sudu teh lada putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh (satu paket kecil) serbuk ENO / soda bikarbonat - jika suka
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
minyak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Gaulkan sotong bersama bawang putih dan halia dan serbuk kunyit.
2. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Masukkan telur, tepung gandum dan tepung jagung dan serbuk ENO.
4. Tambahkan lada putih dan serbuk oregano kasar. Gaul sebati.
5. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas.
6. Setelah sotong kelihatan garing dan kuning keemasan, angkat dan toskan.

Cara lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan sotong goreng rangup ialah, bancuh kesemua bahan di atas kecuali sotong (mesti bubuh serbuk ENO atau soda bikarbonat), dan tambah sedikit air. Kemudian celupkan sotong ke dalam adunan, dan terus goreng dalam minyak panas. Hasilnya, tepung yang menyaluti sotong lebih rangup daripada yang Amie gunakan seperti cara di atas. (Sebab malas nak celup sekeping demi sekeping!)



Selamat menjamu selera!
P/S: Amie gunakan serbuk ENO sebab ikut cara kakak ipar goreng udang salut tepung, dan tepungnya rasa rangup!

You May Also Like

18 ulasan

  1. as-salam kak
    sungguh menyelerakan sotong goreng oregano ni..sedap dimkn dgn cili sos..

    BalasPadam
  2. sedapnya kak amie

    tina penah try dulu tapi tak jadi crunchy hehe, terus give up tak buat dah

    BalasPadam
  3. waaahhhhhh heavennye...nak nak nak..

    BalasPadam
  4. sedapnya kak amie..x jadi lauk kalau kasi kt zila nie..owhh kena buh eno yer kak ..nnt leh cuba nie.

    BalasPadam
  5. Menu sotong ye kita sama la arini kak....hehe...tp sy buat msak lemak je...
    X penah lgi dgrr letak eno nie...lain Kali bole cuba...

    BalasPadam
  6. assalam kak Amie, kemarin baru masak sutun.Wat sambal tumis petai jer..Kalau dah tengok n3 ni mesti jadi sutun goreng oregano..

    BalasPadam
  7. errrmmmm...boleh cuba ni ..sotong ada tak masak lg.

    BalasPadam
  8. sedapnya.. kena cuba ni.. tq kak amie share resepi..

    BalasPadam
  9. Oooo...letak eno ye Amie,baru tahu.tq berkongsi.

    BalasPadam
  10. Ady,
    waalaikumussalam...
    memang sedap cicah cili sos, tapi makan gitu je pun anak-anak boleh habiskan he he hehh

    Tina,
    tak apa Tina, sekli cuba tak jadi, boleh cuba lagi sampai jadi.

    Faa,
    jemput Faaa... rebut2 dengan anak-anak ni.

    BalasPadam
  11. Zila,
    kakak ipar selalu goreng salut tepung guna ENO, memang rangup.

    Asyifa,
    Masak lemak pun sodap Syifa, makan panas-panas... kita memang biasa bubuh ENO gantikan baking powder soda bikarbonat.

    Lina,
    waalaikumussalam... tak apa, hari lain boleh cuba, tapi pastikan banyak sotongnya sebab benda ni sedap ratah2, tak sedar habis sehidangan!

    BalasPadam
  12. WC,
    silakan cuba... baik2 jangan sampai meletup ye WC he he heh...

    May,
    silakan May... gerenti sedap!

    Norzie,
    selalunya orang bubuh soda / baking powder, tapi Amie bubuh ENO.

    BalasPadam
  13. Menarik owhh kak amie, lain kali boleh cuba, tqvm : )

    BalasPadam
  14. wahh... nampak sedap ni amie... sepinggan pasti tak cukup ni.. heee

    BalasPadam
  15. Wow, rangup, keriuk, keriuk. Bagi Ayah, nasi putih tak payahlah. Tapi, sos cili mungkin payah.

    Pernahkah Amie memaparkan resepi "sotong bersumbat ramuan tertentu" yang dimasak lemak?

    BalasPadam
  16. Amie sedapnya!, anak2 ummi pun suka sotong celup tepung ni,memang kejap je abih sebab suka sangat meratah. InsyaAllah nanti ummi cuba resepi Amie pulak, tq bagi tip agar sotong tak meletup tu, cayang amie ketat2!!

    BalasPadam
  17. Evelyn,
    boleh cuba Evelyn...

    Madiha,
    betul tu Madiha... kalau dah goreng begini beza sangat rasanya dengan yang berkuah.

    Ayah Temuk,
    Anak-anak kami... tak sempat tuang sos cili, sudah berebut ambil dari piring....
    Pernah sekali Amie paparkan sotong sumbat kentang, tapi tak pasti pula kuah berlemak atau tidak.

    Ummi,
    Dulu... susah sangat ahli rumah nak makan sotomg kalau Amie masak... bila Amie cuba goreng, memang habis licin. Itulah kisahnya Ummi... kalau tak mahu meletup, bagi sotong tu kering, buang mata dan mulutnya!

    BalasPadam
  18. baru tahu yg eno n soda bcabonat blh merangupkan gorengan...thanx fo the info kak :)

    nsb baik sy tak mkn sotong kalo tdk mahu sy tahan kecur kt sini hah hehehe....

    BalasPadam