Kenali Jenis-Jenis Keju & Kebaikan Untuk Kesihatan

6:49 PTG

Assalamualaikum.


Sambil berehat dan bersantai, jom kita tambah sedikit info tentang jenis-jenis keju. Mungkin ramai di antara rakan-rakan pengunjung yang telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang keju, namun begitu Amie ingin kongsikan di sini untuk tatapan pengunjung yang baru berjinak-jinak menggunakan keju samada dengan cara membeli makanan sedia dengan keju atau menggunakan keju dalam resepi.



Boleh rujuk blog di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang lebih 400 jenis keju di seluruh dunia!
Melalui pembacaan Amie daripada Majalah Sedap Bil 10, Vol 1/2009 sudah sememangnya keju bukanlah berasal dari negara kita, tetapi kehidupan sebahagian daripada masyarakat kita sudah sangat rapat malah ada yang menjadikan keju sebagai salah satu bahan wajib dalam menu harian. Walaupun harganya mahal, rasa keju yang lemak masin serta aromanya yang istimewa menyebabkan penggemar keju akan sentiasa teringat akan godaannya. Keju mengandungi nutrisi berupa protein, vitamin, kalsium, zat besi, kalori dan lemak.

Peringatan: 
Walau pun banyak kebaikan untuk kesihatan, bagi pengidap laktosa intoleran, keju pantang dimakan. Kandungan gula dalam susu (laktosa) boleh menimbulkan bahaya kepada tubuh. Kandungan garam dan lemak yang terdapat pada keju juga sangat tinggi. Oleh sebab itu, disarankan kepada pengidap penyakit buah pinggang, jantung, ulu pedu dan penyakit hati sebaiknya mengawal jumlah pengambilan keju. Bagaimana pun bagi anda yang bebas daripada penyakit-penyakit yang disebutkan tadi, nikmatilah kelazatan keju dan perolehilah kebaikannya.


Ehsan : Google

Sejarah Keju
Keju ditemui sejak ribuan tahun yang lalu. Seorang pengembala lembu menyimpan susu hasil perahannya di dalam karung yang diperbuat daripada kulit kambing. Beberapa hari kemudian, seorang musafir telah menemui karung kulit kambing tersebut yang tertinggal di dalam gua. Oleh kerana musafir tersebut sangat lapar, ia memakan susu yang sudah berubah bentuk menjadi ketulan dan rasanya sangat sedap. Itulah asal usul bagaimana keju terhasil, iaitu melalui proses fermentasi oleh mikroorganisme tertentu yang terdapat pada karung kulit kambing tersebut. Dan keju mula dikomersialkan pada awal abad ke 20 dengan ratusan jenis dan tekstur yang dipelbagaikan.



Cammembert Cheese
Ehsan : Google

Proses Membuat Keju
Pada asalnya keju dibuat melalui tiga peringkat.

1. Koagulasi:
Setelah susu segar dipanaskan (pasteurisasi) kemudian subtansi yang bersifat asid atau kultur bakteria tertentu ditambahkan. Tujuan dari proses ini supaya laktosa akan diubah menjadi asid laktad (asid coagulation) sehingga terbentuknya mendapan atau ketulan yang menyerupai tauhu.

2. Pembentukan dan penggaraman:
Tauhu atau ketulan susu (curd) yang telah terbentuk selama proses koagulasi kemudian dipadatkan di dalam acuan mengikut kehendak. Peringkat seterusnya adalah penggaraman. Caranya dengan mencelupkan tauhu susu ke dalam larutan yang mengandungi garam 250-350 gram perliter air. Tujuan daripada penggaraman ini ialah untuk mempercepatkan proses pengeringan, memberikan rasa, aroma dan juga berfungsi sebagai pengawet kerana garam memperlambatkan proses proliferasi mikroorganisme.

3. Pemeraman atau fermentasi:
Proses kematangan keju dilakukan sebaiknya di dalam ruang yang kering dengan kisaran suhu antara 0 - 32'C. Tempoh kematangan ini bergantung dari jenis keju yang ingin dihasilkan. Untuk keju yang lembut (soft cheese) memerlukan tempoh pemeraman selama 4 minggu, tetapi untuk keju yang keras (hard cheese) memerlukan tempoh selama 2-3 tahun. Selama proses fermentasi inilah, kandungan cita rasa dan tekstur daripada keju akan terbentuk.


Ehsan : Google

Cara Hidangan
Setiap negara memiliki tradisi yang berlainan dalam menghidangkan keju. Di Itali, keju dihidangkan sebagai hidangan pembuka manakala di Perancis pula, keju disajikan setelah hidangan utama. Di Amerika dan Britain, keju dihidangkan setelah hidangan pencuci mulut. Di negara kita dan juga Indonesia, waktu sajian tidak ditentukan atau mengikut peraturan tertentu. Keju boleh diambil ketika hidangan pembuka selera, sebagai hidangan utama atau sebagai pencuci mulut.


Cammembert Cheese
Ehsan : Google

Jenis Keju
Bahan asas pembuatan keju ialah daripada susu lembu, kerbau, biri-biri dan kambing manakala tekstur keju pula dikategorikan menjadi dua jenis iaitu keju muda atau lembut (soft cheese) dengan kadar kandungan air 36-40% dan keju tua atau keras (hard cheese) yang mempunyai kadar kandungan air sebanyak 25-36% sahaja.
Cammembert ialah jenis keju lembut dari Perancis dan pertama kali dibuat pada abad ke 18 di desa Normandia. Ia diperbuat daripada susu lembu. Teksturnya sangat lembut dan berwarna krim kuning. Keju Cammembert ini mengandungi lemak antara 45-50%. Selain dijadikan hidangan meja, keju ini juga sesuai untuk campuran omellete, inti souffle, pankek dan pai epal.



Ricotta Cheese
Ehsan : Google

Keju Ricotta berasal dari Itali. Keju yang lembut ini diperbuat daripada susu lembu yang mempunyai tekstur yang sangat rapuh. Kandungan lemak di dalamnya sangat tinggi hingga mencapai 65%. Kombinasi rasa yang lemak masin dan lazat bersama aroma yang harum menjadikan keju ini sangat sesuai dipadukan dengan pelbagai jenis masakan pasta Itali seperti lasagna dan sapghetti.



Brie Cheese
Ehsan : Google

Keju Brie tergolong dalam kategori keju lembut berasal dari Perancis. Keistimewaan yang ada pada keju ini ialah kulit luarnya yang berwarna putih dan bahagian dalamnya  lembut mencair. Aromanya tajam dan kandungan lemaknya setinggi 45%. Keju Brie sangat sesuai digunakan sebagai bahan campuran salad, dimakan bersama buah zaitun ataupun pickle.



Cream Cheese
Ehsan : Google

Kita boleh menemui dua jenis krim keju. Double Cream Cheese biasanya merupakan pilihan pertama dengan kandungan lemaknya sebanyak 65% manakala krim keju pula hanya mengandungi 45% lemak. Krim keju berbeza dengan jenis keju yang lain kerana ia mengandungi rasa sedikit masam. Biasanya keju jenis ini digunakan untuk hidangan pencuci mulut seperti kek keju, inti pie atau dimakan bersama potongan buah-buahan.



Mozzarella Cheese
Ehsan : Google

Mozzarella merupakan keju Itali yang asli menggunakan susu kerbau liar. Keju lembut ini mengandungi lemak antara 40-50% dan amat spesifik sifatnya. Mozzarella akan mencair ketika dibakar dan sangat sesuai untuk dijadikan topping pizza ataupun fritata.



Edam Cheese
Ehsan : Google

Salah satu keju yang sangat terkenal ialah keju Edam yang berasal dari Belanda. Teksturnya keras bersama aroma yang seakan kacang dengan kandungan lemak sekitar 40%. Edam berbeza dengan keju yang lain kerana keju ini sentiasa kemas dibungkus menggunakan lapisan lilin berwarna merah. Keju Edam sangat sesuai untuk campuran kuih kering seperti aneka biskut kering atau taburan untuk hidangan bakar.



Parmesan Cheese
Ehsan : Google

Keju Parmesan merupakan salah satu keju jenis keras dari Bandar Parma,Itali. Keju ini berbentuk selinder dengan warna kuning muda. Teksturnya yang keras sesuai untuk dijadikan parutan keju. Aromanya  cukup tajam kerana proses pemeramannya yang sangat lama, antara 14 bulan hingga 4 tahun. Parutan keju Parmesan sangat sesuai untuk dijadikan taburan pizza, sup atau pun olahan pelbagai jenis pasta. Keju Parmesan mengandungi lemak sekitar 61%.



Cheddar Cheese
Ehsan : Google

Keju Cheddar paling mendapat tempat dalam kalangan pengguna dari seluruh dunia. Keju yang berasal dari British ini mempunyai rasa yang sedap manakalanya aromanya tidak terlalu tajam menjadikannya sesuai untuk dihidangkan dengan apa sahaja jenis masakan termasuk hidangan kaserol, sup, inti sandwich dan salad. Keju ini mengandungi 48% lemak dengan tempoh pemeraman selama 9-24 bulan.



Emmenthal Cheese
Ehsan : Google

Keju Emmenthal berasal dari Swiss dan merupakan sejenis keju keras yang sangat popular. Emmenthal mempunyai sifat yang berbeza berbanding keju yang lain kerana bentuknya unik jika dipotong dan kelihatan lubang-lubang yang terbentuk semasa proses pemeraman. Keju kegemaran ramai ini mempunyai rasa yang sangat lembut dan kaya dengan aroma yang menyelerakan. Emmenthal sesuai disajikan sebagai hidangan meja disertai segelas minuman anggur.

Diharap sedikit sebanyak paparan mengenai jenis keju dan pengambilannya dalam diet harian akan memberi manfaat kepada rakan-rakan.

Info tambahan mengenai kebaikan keju:
Walau apa pun jenisnya, keju memang diperbuat daripada susu segar manakala peringkat memadat dan pemeraman sepanjang proses pembuatannya semakin meningkatkan nilai khasiat keju. Keju mengandungi protein yang sangat tinggi berbanding susu segar. Selain kandungan nutrisi, keju juga tinggi dengan kandungan kabohidrat, lemak, zat besi dan fosdor. Dengan pengambilan 100 gram keju, keperluan kalsium anda adalah dalam 20-25% daripada keperluan kalsium sehari. Memakan keju boleh mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuatkan tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi dalam keju juga sangat baik untuk melindungi gigi daripada karies disebabkan unsur tersebut boleh memperkuatkan kekuatan kalsium gigi.

Sumber : Majalah Sedap, Bil 10, Vol 1/2009


12 comments

  1. thanks for the tips..berguna sangat..

    BalasPadam
  2. menjadi tambahlah pengetahuan ku disebabkan baca blog bunda Amie,Mohon ijin copy artikel ni,untuk dipelajari lebih lanjut,,,Thank you sahabatku,salam persahabtan

    BalasPadam
  3. Faa,
    thanks kembali kerana sudi datang...

    Dede Thea,
    silakan Pak... dizinkan copy, yang bagus kita kongsi ya...

    BalasPadam
  4. Mmg menambah info nie....kadang tgk rncngan omputih tu masak....mmg guna ciz yg ntah apa2 digunanya....

    BalasPadam
  5. Syok Baca....Saya mmg minat Dan suka keju

    BalasPadam
  6. sy peminat keju..
    nice sharing..trm kasih ya..:)

    BalasPadam
  7. Baru tau pasal keju ni...terima kasih kak atas prkongsian ni..

    p/s..tengok pic beger tu...waduhhhhh mmng terliur....

    BalasPadam
  8. Terima kasih Amie. Satu perkongsian yang amat berguna.

    Anak-anak kak ani suka sangat makan keju ni.

    BalasPadam
  9. Wahhh... keju yg brlubang tu sungguh cantik teksturnya. Sedap je nampak

    BalasPadam
  10. salam semua...bagi wanita yang mencari blouse atau pakaian yang ringkas atau boleh dipadankan secara mix n match, dengan kualiti tinggi dan harga berpatutan jemput datang ke blog kami...kami juga ada mengongsikan tips dan perjalanan kami disepanjang percutian...
    http://mimiaseemacollection.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe