Iftar Hari Ke 14 : Udang Garing Daun Kesum, Ikan Patin Asam Rebus & Sambal Belacan Mangga

7:52 PTG

Assalamualaikum.



Petang tadi Amie cuba resepi Udang Garing Daun Kesum. Nampaknya rakan-raan yang lain sudah lama menikmatinya, hanya Amie sahaja yang ketinggalan. Resepi ini Amie pinjam dari Dapur Ibundo. Minta izin dan minta halal ya Ibundo. Memang di Dapur Ibundo penuh dengan hidangan yang mengancam selera! Kalau berkunjung ke dapurnya, rasanya malas nak balik, sebab asyik melayan kecur, melayan ngences dan liur apa lagi meleleh-leleh melihat hidangan hasil air tangannya yang memang istimewa! Kata Bundo, resepi Udang Garing Daun Kesum ini ada dalam Majalah SAJI Februari 2012. Amie memang sekali-sekala sahaja beli majalah ini, jadi bulan Februari 2012 memang tiada dalam simpanan. 

Resepi: Udang Garing Daun Kesum
Sumber : Dapur Ibundo - Majalah SAJI 2012

Bahan:

500 gm udang


Bahan perap:
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam


Bahan cincang:

6 ulas bawang putih

3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih
1 tangkai kecil daun kari
1 biji cili merah
1 biji bawang besar (bundo tambah) 
minyak untuk menggoreng


Cara:

1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya

2. Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika.  
3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing.  Angkat dan toskan minyaknya.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja.  Tumis bawang putih, bawang besar  dan halia sehingga agak garing. 
5. Masukkan cili merah diikuti daun kesum, daun selasih dan daun kari.
6. Sentiasa kacau supaya tidak hangus. Goreng sehingga garing.
7. Masukkan semula udang dan gaul rata.



Udang Garing Daun Kesum memang mendapat sambutan hangat di antara lauk-pauk yang disediakan. Anak-anak bertanya, adakah Amie masak Udang Kam Heong? Maklumlah sebelum ini memang banyak kali Amie sediakan Udang Kam Heong untuk anak-anak. Mungkin semerbak baunya hampir sama dengan kandungan bahan seperti serbuk kari dan daun kari, cuma bezanya Udang Garing Daun Kesum ini mempunyai bahan tambahan lain iaitu daun kesum dan daun selasih. Apa pun kalau sudah namanya udang, orang kata masak apa pun memang sedap!


Amie masak Ikan Patin Asam Rebus. Ikan patin ini sebenarnya pemberian kakak ipar, siap dibersihkan dan dipotong-potong. Seingat Amie, kedua-dua bonda dan ayahanda mertua suka masakan asam rebus ikan patin. Ikan Patin Asam Rebus ini menjadi hidangan kegemaran bujang tengah kami. Memasaknya pun semudah ABC... hanya didihkan air, masukkan asam keping, sebatang serai dititik, pecahkan 3 ulas bawang putih, hiris kasar 1 labu bawang besar dan jika suka masukkan sedikit lada putih tumbuk. Bila mendidih, masukkan ikan patin, kacanhg bendi dan tomato. Jangan lupa garam dan perasa pilihan. Jangan rebus lama-lama sebab isi ikan patin mudah hancur.


Sambal Belacan Mangga ini Amie dan Encik suami punya! Seingat Amie semenjak bulan puasa, inilah kali pertama Amie buat sambal belacan! Amie kukus sekali ikan terubuk masin dari Sarawak! Anak-anak makan Udang Garing Daun Kesum, kami makan ikan masin cicah samal belacan dengan mangga berkuah asam rebus!


Terima kasih sekali lagi buat Ibundo yang memberi idea resepi Udang Garing Daun Kesum. Anak-anak suka makan, meratah sampai kepalanya sekali! Hah...!!!  Sedaplah maknanya tu!
Selamat berbuka puasa.

17 comments

  1. Rajinnya laaaa masak macam-macam untuk berbuka...

    BalasPadam
  2. salam Mie..
    memang tabik lah kat Amie sbb terer di dapur macam2 masak akak tklah serajin Amie hehe yg simple mimple je..

    BalasPadam
  3. Assalam amie, memang ramai dh cuba udang daun kesum ni, huhu kita ni asyik ketinggalan je, hurmm daun selasih tu mcm mana ek rasa mcm tak kenal la pulak, insyallah akan di buat juga nnt hehe, bestnya menu rumah amie, tadi ingatkan budu rupanya sambal belacan

    BalasPadam
  4. MamaFami,
    hidangan ringkas-ringkas saja ni MamaFami,

    Kak Noor,
    lauk-pauk biasa Kak Noor, campak-campak aje...terutama bila dah petang nak berbuka.

    Rosa,
    waalaikumussalam.... selasih yang Amie guna di sini ialah kemangi, daun kemangi... ha ha haa rupa budu ye Rosa, belacan tu pekat sangat, dah bubuh jus limau kasturi pun rupa gitu juga tapi sedap!

    BalasPadam
  5. assalam
    sedapp nengoknya,tgk udang yg sedap teringat kat pak, suker tp sejak sakit x blh mkn makanan laut lg
    conflake buat untuk ank2 je, sb puasa ni kan xder selera

    BalasPadam
  6. Sambal belacan mangga dengan terubuk masin, tu pun dah cukup buat ummi,pasti bertambah nasinya.

    BalasPadam
  7. Salam Kak Amie...cuba anta sepinggan yg lebih2 tue kat Putrajaya k...hehe..macam2 menu kak amie....ganazzzz....:))

    BalasPadam
  8. macam2nya laukk..

    ruma i, anak2 dah tak suka makan udang. then last 2 days hubby balik dr KK bawak berkotak2 udang.. siapa lah nak menghabiskan nya tu..

    BalasPadam
  9. Assalam kakAmie, memang tabik dgn akak ni..sekali msk menu berderet-deret keluar..sedapx2 belaka semua yg dihidangkan tu:)

    BalasPadam
  10. Semua sedap..cnfem bertambah2 nasi klu mkn lauk mcm niii.. xtahan tgk sambal belacan mangga tuhhh ^^

    BalasPadam
  11. ramainya duk tayang menu udang semalam ye..dari rumah ke rumah..heheheh....sedapnya!!!

    BalasPadam
  12. aduhai.. semuanya sedap2.. btuah anak2 n en hb..

    BalasPadam
  13. wahhh...macam2 menu ada....semuanya sedap..!!!
    Nak try jugak buat udang daun kesum tu..anak2 suka udang...

    BalasPadam
  14. Salam Amie. hari2 lauk special di dapur Amie...pasti famili ceria mengadap hidangan berbuka.udang daun kesum belum cuba lagi. ikan patin tu favorit anak....baru2 ni ada minta nak ikan patin....mana nak cari kat Cairo ni.....

    BalasPadam
  15. Nampak sedap udang tu k ami..mesti sedap kan ada aroma daun kesum...sukaaaa:-)

    BalasPadam
  16. Salam kak amie! maaf ya kak lmbt sampai, tayar beskal pancit hihihi... sedapnyerrr tgk sambal belcan mangga akak sbb kita mmg fan no 1 sambal belcahannnnn :D suke betul sambal belacan pastu mkn dgn ulam2 mmg best! selamat berbuka ya kak! masak apa tu?? :D

    BalasPadam
  17. Salam Amiee..nampak sedap udang yg digoreng tu...pasti akan dicuba :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe