Agar-Agar Lumut @ Santan

2:23 PTG

Assalamualaikum.


Nampaknya belum ada perancangan untuk hidangan berbuka puasa pada petang ini. Pagi tadi, sambil mengemas dapur, sambil-sambil juga membuat Agar-Agar Lumut @ Santan sebagai menu pencuci mulut. Amie gunakan resepi yang pernah Amie gunakan sebelum ini.  Sebenarnya hasrat untuk membuat sekali lagi Agar-Agar Lumut ini timbul setelah melihat warna hijau menawan di dapur 1001 Cerita 1001 Rasa - Noorsha dan disebabkan adanya buah naga yang Noorsha bubuh sebagai hiasannya. Bolehlah klik DI SINI untuk mendapatkan resepinya kerana Agar-Agar Lumut @ Santan yang Amie olah berbeza sedikit dengan resepi yang digunakan oleh Noorsha yang bersumberkan Kak Wan @ Citarasawan. Terima kasih Noorsha, Kak Amie pinjam idea buah naga tu ye... macam segar rasanya! 


Nampaknya buah naga yang Amie gunakan agak pucat warnanya. Tapi tak apalah, sekadar untuk suka-suka sahaja. 


Resepi : Agar-Agar Lumut @ Santan
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 gram agar-agar
550ml air
80ml santan pekat
1 biji telur
6 sudu makan gula pasir
secubit garam
setitik pewarna hijau

Cara:
1. Didihkan agar-agar bersama 550ml air sehingga larut.
2. Masukkan gula pasir serta setitik pewarna hijau dan kacau sehingga larut.
3. Pukul telur dan masukkan ke dalam santan. Tapis. Kemudian masukkan ke dalam adunan agar-agar di dalam periuk. Kacau perlahan-lahan. Tutup api.
4. Masukkan adunan agar-agar ke dalam acuan yang disukai.


Anak-anak dan Encik Suami sukakan bahagian santan dan telurnya. Syukurlah, nampaknya bahagian yang mempunyai santan dan telur kelihatan lebih tebal.



Agar-Agar Lumut @ Santan sedang disejukkan di dalam peti ais menunggu masa berbuka petang nanti. Selamat berhujung minggu buat semua dan selamat berpuasa untuk hari keenambelas di bulan Ramadhan al- Mubarak.

13 comments

  1. CANTIK LA AKAK BUAT DLM BEKAS PUTRI AYU TU..CUTE JE :)

    BalasPadam
  2. salam Amie...comel jer dlm acuan putri ayu..tu,blh sekali ngap jer.hikhik

    BalasPadam
  3. Amie, cantiknya agar2, tengok pun sejuk je, ummi kalau start makan agar2 ni, tak reti nak berenti, hik!

    BalasPadam
  4. saya suka sgt agar2 lumut ni...hampir tiap petang beli unk berbuka.
    Cantik le amie agar2 tu

    BalasPadam
  5. Salam kak amie!! Nk yg dlm cwn tu tauuu!! Kita tak buat dessert2 arini sbb mslas :D

    BalasPadam
  6. Masih ada kah kak agar agar nya..sukaaa

    BalasPadam
  7. kak amie..mieza suka agar2 ni..tp tak pernah lg wat sendiri.selalu beli kat kantn 3 potong RM1..cantik sekali kombinasi dgn buah dragon tu..buat ieza terliurrrr...kak nak sikit kak agar2 ni..yg bentuk love tu comel sungguh kak amie cayangggg

    BalasPadam
  8. Agar2 umut kak Amie sangat comel... buat kecik2 gitu senang makan kan... tak yah nak potong2 lagi

    BalasPadam
  9. cantik mie..
    Teringat pula agar-agar yang taruk telur ni yang mak buat masa bundo kecik2 dulu.

    BalasPadam
  10. Cantik berhias. Nmpk lagi lah sedap

    BalasPadam
  11. sedapnya...rajin btol la k. amie ni..

    BalasPadam
  12. assalam amie, sejuk mata tgk agar2 lumut ni, cantik n berseri bila kaler pink buah naga kat atas tu

    BalasPadam
  13. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe