Iftar Hari Ke 19 : Ayam Goreng Taucu, Kuey Teow Goreng, Sup Campur & Sirap Longan

7:50 PTG

Assalamualaikum.



Entah kali ke berapa Amie belek resepi Ayam Goreng Taucu dalam Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan. Nampak macam senang sangat untuk menyediakannya. Memang berangan untuk mencubanya tetapi asyik tertangguh. Agaknya sudah sampai jodohnya pada hari ini, akhirnya terhidang juga menu Ayam Goreng Taucu walaupun bahannya tidak selengkap yang terdapat dalam resepi asal. Amie tiada simpan lada benggala dan zukini, dan oleh kerana bahan tersebut merupkan bahan hiasan, jadi Amie gantikan dengan timun serta cili merah. Si bongsu asyik mengatakan betapa sedapnya Ayam Goreng Taucu dari ketika Amie masak sampailah tiba waktu berbuka sewaktu dia mencicipinya!


Resepi : Ayam Goreng Taucu
Sumber : Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan

Bahan-bahan:
4 keping dada ayam - potong dadu
4 sudu besar minyak kacang tanah
85 gram biji gajus
2 tangkai cili merah - buang biji dan tumbuk halus
2 ulas bawang putih - kupas dan tumbuk halus
1cm halia - kupas dan tumbuk halus
3 sudu besar taucu
1 biji lada benggala merah - buang empulur, potong dadu
1 biji lada bengga kuning - buang empulur, potong dadu
1 batang zukini - dadu kecil
2 batang daun bawang - hiris halus

Bahan pemerap:
2 sudu teh kicap cair
2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh gula

Cara:
1. Gaul ayam dengan bahan pemerap dan ketepikan selama 1 jam.
2. Goreng biji gajus hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
3. Di dalam minyak sama, tumiskan cili, bawang putih dan halia hingga wangi. 
4. Tambah taucu dan ayam. Masak sehingga ayam empuk - Amie tambah sedikit air kerana tumisan terlalu kering.
5. Masukkan lada benggala merah dan kuning serta zukini dan masak lagi selama 2-3 minit.
6. Tambah biji gajus dan balik-balikkan.
7. Hiaskan dengan daun bawang. Hidangkan segera.


Kuey Teow Goreng ini merupakan permintaan Encik Suami. Sebenarnya kuey teow ini dibelinya sejak kelmarin, tetapi Amie hanya sempat memasaknya hari ini. 

Resepi : Kuey Teow Goreng
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram kuey teow basah - bilas dan toskan
10 biji bebola ikan - belah 2
1 keping kek ikan - potong dadu
1 mangkuk kecil hirisan daging
1 mangkuk kecil taugeh
10 batang daun kucai - potong 3cm
2 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh serbuk pati ayam Tumix
1 cawan air
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyka. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan daging. Masak hingga daging layu. Tambahkan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan bebola ikan dan kek ikan. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap.
4. Masukkan kuey teow dan gaul rata.
5. Tambahkan taugeh serta daun kucai. Taburkan serbuk pati ayam Tumix. Gaul seketika dan tutup api.
6. Sedia untuk dihidang.


Sup Campur ini Amie hasilkan dengan menggunakan tulang ayam selepas isi ayam diambil untuk dibuat Ayam Goreng Taucu. Biasalah.... Sup Campur Amie memang isinya macam-macam! Kali ini Amie masukkan lobak putih, jagung segar, kentang dan tomato. Yang penting, anak-anak boleh hirup kuahnya!


Yang di atas ini ialah Kuih Barongko.... kuih tradisional masyarakat Bugis. Encik Suami beli di Pasar Ramadhan di Sri Perdana. Sebungkus 50 sen. Encik Suami beli 4 bungkus. seperti biasa, hanya Amie seorang yang makan. Untuk rasa yang lebih sedap, kuih ini kena disejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk, dan kemudian makan dengan menggunakan sudu. Isinya....pisang kisar bersama bahan campuran lain seperti santan dan susu serta gula. Amie belum pernah buat, tapi selalu makan kuih ini sebab jiran selalu hulur!


Dan... Sirap Longan buat penghilang dahaga.
Selamat berbuka puasa buat hari yang kesembilanbelas bulan Ramadhan al-Mubarak 1433H.

17 comments

  1. cantiknya bungkusan kuih barungko tu x pernah makan sbb x pernah jumpa..

    BalasPadam
  2. Kuih tuh nmpk kemas sungguh bungkusannya..erm menu2 akak nmpk semua best,kueteow pon best,sup pon nmpk sedap,wah sy xpernh g wat sup letak jagung fresh..

    BalasPadam
  3. Aeinio,
    memang kemas dan cantik, biasanya kalau jiran buat, dia ikat dengan daun pisang.

    Zaliedana,
    Terima kasih Dana... semua menu ni hasil kerja lipas kudung he he heh

    BalasPadam
  4. As salam CikPuan,

    Ayam masak taucu tu menarik sgt! nnt nak try lah jugak! :))

    BalasPadam
  5. salam Mie
    salute lah banyak tul menu nya dan rajin bebeno lah Amie ni teringin nak mkan kue toew lah malam2 ni kalau dpt tentu lena tidur ku heee

    BalasPadam
  6. banyak nya makanan di dapur kak amie.. semua nya sedap sedap.. sayang barrongko nya tinggal phot dan kenangan aja.. hehe

    BalasPadam
  7. Dlm byk2 kueh tiow juga yg menarik perhatian tekak mas....sedapnya kak mkn kueh teow dgn cili jeruk....best! Nama kuih tu pelik tp mesti rasanya sedap sgt kan....

    BalasPadam
  8. Tak pernah makan kuih barongko, sound good!

    BalasPadam
  9. bestnya resepi berbuka Amie, sampai kecur2 air liur ummi ni,hehe..

    BalasPadam
  10. wahh sirap longan meanrik..bese buat sirap laici je kan :)

    BalasPadam
  11. enaknye mbak ayu lauk2 mu..kuih brongko tu sama ngan tepung bungkus ye kak?

    BalasPadam
  12. Assalam amie..caya lah, kita tabik springggg toing3x kat amie, tersangat rajin amie update setiap hari menu berbuka, suka tgk, kita ni menu yg tertunggak je tayang heheh.

    Sedap nampak ayam tu, tambah2 lagi ada gajus yg tergolek tu,sedapnya

    BalasPadam
  13. rajinnya amie...mcm2 menu ada...kueyteow best..ayam taucu tu pun best

    BalasPadam
  14. Rajin betul kak amie ni, hari hari macam macam menu ada uth keluarga.

    BalasPadam
  15. kak Amie yang baik hati...terliurnya mieza tgk ayam masak taucu akak ni..mieza jarang masak guna taucu sbb suami tak suka taucu..tapi bila nampak hidangan akak ni buat mieza terpanggil untuk mencuba..nampak sgt sedap!

    BalasPadam
  16. dh 14 kali telan air lior..haha..
    mmg menyelerakan lah kak amie!!..
    nens byk beli yg dh siap ajek..mcm ns beriani @ kukus..emm..nk kata x sempat buat ye jgak..nk kata malas pon ye jgak..sbb nens suka masak byk2 jenis lauk..jd x suka rush2..jd beli aje la..hoho

    BalasPadam
  17. semuanya sedap2 k. amie, sebaik off puasa ni he he

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe