Amie Pemenang Soalan 26-20 : Sebuah Buku Resepi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

12:35 PTG

Assalamualaikum.
Pagi tadi, ketika Amie sedang meninjau-ninjau keluar pintu dari bilik guru, salah seorang kerani menegur: Ada kiriman untuk cikgu, katanya. Wah! Teruja rasanya di pagi hari Isnin bila dapat kiriman dari seseorang. Namun begitu, tiada nama pengirim serta alamat yang tertulis di mana-mana. Bila Amie buka..... yeayyyy...jom sama-sama lihat apa yang Amie dapat pagi ini!


Amie dapat kiriman dari Shahriah Abdullah, sebagai Pemenang Soalan 26-30! Waduh Sha.... belum sempat Kak Amie belek buku resepi, kawan-kawan yang lain sudah mengambilnya terlebih dahulu. Siapa yang rasa teruja ni... Amie atau kawan-kawan! Masing-masing ingin melihat sama, terutama gambar-gambar hidangan yang lazat dan cara memasak yang sungguh ringkas dan mudah! Dan tidak kurang juga, guru-guru bujang lelaki yang ingin mencuba resepi-resepi tersebut. Jadinya, pagi ini Sha telah mengirim kegembiraan yang Amie kongsi  bersama rakan-rakan sekerja.


Terima kasih banyak Sha, agaknya memang sudah rezeki Kak Amie untuk menerima Buku Resepi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah! Seronok sangat! Tak sabar nak pulang ke rumah, nak cuba resepi dalam buku masakan Sha. Lagi pun sudah 2 hari dapur tidak berasap!



Dan... untuk Soalan 1-25, Amie dapat hadiah saguhati. Macam-macamlah hadiah comel-comel dan unik kiriman daripada Sha termasuk 2 keping book mark, sepasang bamboo shopstik dari China, serta keychain dan hadiah misteri. Terima kasih sekali lagi Sha! Memang berbaloi mengikuti pertandingan marathon jari ini! 



Serta, kad ucapan hari raya! Siapa tak rasa gembira dapat kad raya setelah tradisi ini jarang diamalkan sejak dunia berada di hujung jari! Selamat Hari Raya Sha! Dan di bawah ini, Amie kongsikan bersama sekeping portfolio Shahriah Abdullah kirimannya di bawah ini.



Semoga Shahriah akan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan usahanya mencipta nama dengan menghasilkan karya novel dan himpunan buku masakan.



Di kesempatan keemasan ini, Amie juga mengucapkan tahniah buat rakan-rakan peserta pertandingan yang lain. Apa pun, menang dan kalah itu adat bertanding. Semoga ikatan persahabatan di alam maya akan terus berkekalan.


Akhir sekali, tahniah buat Sha kerana telah berusaha menganjurkan Kuiz Marathon Ala Olimpik Kali Pertama... he he hehh nampaknya, kuiz kedua bakal menyusul ye Sha!

22 comments

  1. As'kum Kak Amie cayangg... waduhhh dah tiba hati ni risau aje takut sampai lewat sekolah tutup dah kak Amie dapat selepas naik sekolah.. apa pun tahniah! terima kasih kak Amie cayang dia sangat!!!! ala olimpik gitukan hehehe... Kirim salam juga buat cikgu2 di sekolah kak Amie.. amboi yang kaum adam pun sama naik yaa hehehe.. apa pun terima kasih sangat ya kak Amie moga hubungan di alam maya ini akan terus perpanjangan dan berkekalan Insya~ALLAH.. aminnn

    BalasPadam
  2. Waa tahniah Amie..tak sabar nak tengok hidangan Amie menggunakan resepi Sha ni.
    Yeahh!! Amie pun dah dapat kad raya..seronokkan sebab jarang dapat kad raya sekarang.

    BalasPadam
  3. salam Amie.Tahniah ya...wah!hadiah dr peserta Masterchef gitu!

    BalasPadam
  4. Tahniah kak amie..tumpang gembira..dapat hadiah dari celebriti tu..

    BalasPadam
  5. tahniah amie... berbaloi2.. kan..
    kali ni tak dpt nak luangkan masa join kuiz dari shahriah sbb fikiran sedang dok serabut mcm2 nak fikir...

    BalasPadam
  6. tahniah kak amie.. lepas ni blh buat entry khas resepi kak sha yg dimasak kak amie.. selamat hari raya!

    BalasPadam
  7. tahniah kak ami..teruskan memasak spy memberi inspirasi kpd saya..hehe

    BalasPadam
  8. Tahniah Amie, hehhe best nyer, Selamat hari raya n maaf zahir dan batin ek. Bertuah kenal ngan Amie sambil memeriahkan dunia blog nie :D

    BalasPadam
  9. tahniah kak amie...bestnya dpt buku resepi tu...

    BalasPadam
  10. tahniah kak. mesti lepas ni lagi menggiurkan lah kalau datang sini...

    BalasPadam
  11. kak amie...akak dpt hadiah dulu ye..saya kat ipoh ni hadiah tak sampai lagik...kekekek

    tahniah kak..melepas le nampaknya nak buku masakan...kekekek

    BalasPadam
  12. Salam kak amie! tahniahhhh! n selamat menyambut hari lebaran buat akak n family kat sana, andai ada terkasar bahasa sampai mengecilkan hati akak kita minta maaf dan halalkan apa2 resepi yg kita ambik dr blog akak juga ya :)) hati2 pulang ke kampung ya kak :)

    BalasPadam
  13. Shahriah,
    sama-sama kasih.... insya-Allah salam akan disampaikan, nasib baik dapat juga buku resepi tu Kak Amie bawa pulang ha ha ahhh.... dahlah bertukar dari satu tangan ke satu tangan, dibuatnya tak sampai ke tangan Kak Amie...nangis tak berlagulah kakak jawabnya!

    Norzie,
    terima kasih Norzie.

    Ummiross,
    Terima kasih Ummi... insya-Allah Amie akan cuba satu persatu resepi, nampak mudah dan ringkas cara penyediaannya.

    BalasPadam
  14. Azatie,
    terima kasih Atie... iye... dapat hadiah hasil resepinya Masterchef Malaysia.

    Lina_pg,
    terima kasih Lina... sama-sama kita gembira ye...

    Madiha,
    terima kasih, alhamdulillah... Amie pun waktu tu sibuk, tapi teruskan juga sehingga ke hujung jalan he he he ehh



    BalasPadam
  15. Kasih,
    terima kasih....Kasih.

    Puan Hazel,
    terima kasih.... insya-Allah Amie akan cuba resepinya.

    FnF Simple,
    terima kasih...

    BalasPadam
  16. Nens,
    terima kasih Nens... memang akan terus masak-masak Nens, terima kasih bakar semangat kakak!

    Delima,
    terima kasih... selamat hari raya juga, sama-samalah kita meriahkan dunia masakan tanahiar!

    Myda,
    terima kasih Myda... alhamdulillah, rezeki kak Amie nampaknya Myda.

    BalasPadam
  17. Yati Ali,
    terima kasih Yati... harap-harap begitulah he he he ehh

    Quinnie,
    terima kasih... tak apa Q, ada rezeki nanti tu...mmmmm kakak pun hairan, cepat pula kiriman ini sampai, selalunya berminggu-mingu baru sampai!

    Ika,
    terima kasih... selamat hari raya juga... sama-samalah berhatri-hati ketika balik kampung!

    BalasPadam
  18. salam kak amie .. wani baru ternampak entry kak amie pasal ni .. tahniah ya dah dapat buku resepi tu.. dan tahniah juga untuk hadiah lain tu.. wani pun dah sampai .. tapi x sempat nak buat entry sibuk je memanjang ....

    BalasPadam
  19. tahniah kak,
    nway
    selamat hari raya maaf zahir batin dari saya *-^

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe