Iftar Hari Ke 14 : Udang Garing Daun Kesum, Ikan Patin Asam Rebus & Sambal Belacan Mangga
7:52 PTGAssalamualaikum.
Petang tadi Amie cuba resepi Udang Garing Daun Kesum. Nampaknya rakan-raan yang lain sudah lama menikmatinya, hanya Amie sahaja yang ketinggalan. Resepi ini Amie pinjam dari Dapur Ibundo. Minta izin dan minta halal ya Ibundo. Memang di Dapur Ibundo penuh dengan hidangan yang mengancam selera! Kalau berkunjung ke dapurnya, rasanya malas nak balik, sebab asyik melayan kecur, melayan ngences dan liur apa lagi meleleh-leleh melihat hidangan hasil air tangannya yang memang istimewa! Kata Bundo, resepi Udang Garing Daun Kesum ini ada dalam Majalah SAJI Februari 2012. Amie memang sekali-sekala sahaja beli majalah ini, jadi bulan Februari 2012 memang tiada dalam simpanan.
Resepi: Udang Garing Daun Kesum
Sumber : Dapur Ibundo - Majalah SAJI 2012
Bahan:
500 gm udang
Bahan perap:
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
Bahan cincang:
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih
1 tangkai kecil daun kari
1 biji cili merah
1 biji bawang besar (bundo tambah)
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya
2. Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika.
3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga agak garing.
5. Masukkan cili merah diikuti daun kesum, daun selasih dan daun kari.
6. Sentiasa kacau supaya tidak hangus. Goreng sehingga garing.
7. Masukkan semula udang dan gaul rata.
Udang Garing Daun Kesum memang mendapat sambutan hangat di antara lauk-pauk yang disediakan. Anak-anak bertanya, adakah Amie masak Udang Kam Heong? Maklumlah sebelum ini memang banyak kali Amie sediakan Udang Kam Heong untuk anak-anak. Mungkin semerbak baunya hampir sama dengan kandungan bahan seperti serbuk kari dan daun kari, cuma bezanya Udang Garing Daun Kesum ini mempunyai bahan tambahan lain iaitu daun kesum dan daun selasih. Apa pun kalau sudah namanya udang, orang kata masak apa pun memang sedap!
Amie masak Ikan Patin Asam Rebus. Ikan patin ini sebenarnya pemberian kakak ipar, siap dibersihkan dan dipotong-potong. Seingat Amie, kedua-dua bonda dan ayahanda mertua suka masakan asam rebus ikan patin. Ikan Patin Asam Rebus ini menjadi hidangan kegemaran bujang tengah kami. Memasaknya pun semudah ABC... hanya didihkan air, masukkan asam keping, sebatang serai dititik, pecahkan 3 ulas bawang putih, hiris kasar 1 labu bawang besar dan jika suka masukkan sedikit lada putih tumbuk. Bila mendidih, masukkan ikan patin, kacanhg bendi dan tomato. Jangan lupa garam dan perasa pilihan. Jangan rebus lama-lama sebab isi ikan patin mudah hancur.
Sambal Belacan Mangga ini Amie dan Encik suami punya! Seingat Amie semenjak bulan puasa, inilah kali pertama Amie buat sambal belacan! Amie kukus sekali ikan terubuk masin dari Sarawak! Anak-anak makan Udang Garing Daun Kesum, kami makan ikan masin cicah samal belacan dengan mangga berkuah asam rebus!
Terima kasih sekali lagi buat Ibundo yang memberi idea resepi Udang Garing Daun Kesum. Anak-anak suka makan, meratah sampai kepalanya sekali! Hah...!!! Sedaplah maknanya tu!
Selamat berbuka puasa.
17 comments
Rajinnya laaaa masak macam-macam untuk berbuka...
BalasPadamsalam Mie..
BalasPadammemang tabik lah kat Amie sbb terer di dapur macam2 masak akak tklah serajin Amie hehe yg simple mimple je..
Assalam amie, memang ramai dh cuba udang daun kesum ni, huhu kita ni asyik ketinggalan je, hurmm daun selasih tu mcm mana ek rasa mcm tak kenal la pulak, insyallah akan di buat juga nnt hehe, bestnya menu rumah amie, tadi ingatkan budu rupanya sambal belacan
BalasPadamMamaFami,
BalasPadamhidangan ringkas-ringkas saja ni MamaFami,
Kak Noor,
lauk-pauk biasa Kak Noor, campak-campak aje...terutama bila dah petang nak berbuka.
Rosa,
waalaikumussalam.... selasih yang Amie guna di sini ialah kemangi, daun kemangi... ha ha haa rupa budu ye Rosa, belacan tu pekat sangat, dah bubuh jus limau kasturi pun rupa gitu juga tapi sedap!
assalam
BalasPadamsedapp nengoknya,tgk udang yg sedap teringat kat pak, suker tp sejak sakit x blh mkn makanan laut lg
conflake buat untuk ank2 je, sb puasa ni kan xder selera
Sambal belacan mangga dengan terubuk masin, tu pun dah cukup buat ummi,pasti bertambah nasinya.
BalasPadamSalam Kak Amie...cuba anta sepinggan yg lebih2 tue kat Putrajaya k...hehe..macam2 menu kak amie....ganazzzz....:))
BalasPadammacam2nya laukk..
BalasPadamruma i, anak2 dah tak suka makan udang. then last 2 days hubby balik dr KK bawak berkotak2 udang.. siapa lah nak menghabiskan nya tu..
Assalam kakAmie, memang tabik dgn akak ni..sekali msk menu berderet-deret keluar..sedapx2 belaka semua yg dihidangkan tu:)
BalasPadamSemua sedap..cnfem bertambah2 nasi klu mkn lauk mcm niii.. xtahan tgk sambal belacan mangga tuhhh ^^
BalasPadamramainya duk tayang menu udang semalam ye..dari rumah ke rumah..heheheh....sedapnya!!!
BalasPadamaduhai.. semuanya sedap2.. btuah anak2 n en hb..
BalasPadamwahhh...macam2 menu ada....semuanya sedap..!!!
BalasPadamNak try jugak buat udang daun kesum tu..anak2 suka udang...
Salam Amie. hari2 lauk special di dapur Amie...pasti famili ceria mengadap hidangan berbuka.udang daun kesum belum cuba lagi. ikan patin tu favorit anak....baru2 ni ada minta nak ikan patin....mana nak cari kat Cairo ni.....
BalasPadamNampak sedap udang tu k ami..mesti sedap kan ada aroma daun kesum...sukaaaa:-)
BalasPadamSalam kak amie! maaf ya kak lmbt sampai, tayar beskal pancit hihihi... sedapnyerrr tgk sambal belcan mangga akak sbb kita mmg fan no 1 sambal belcahannnnn :D suke betul sambal belacan pastu mkn dgn ulam2 mmg best! selamat berbuka ya kak! masak apa tu?? :D
BalasPadamSalam Amiee..nampak sedap udang yg digoreng tu...pasti akan dicuba :)
BalasPadam