Sotong Goreng Rangup, Sayur Lemak Putih & Ikan Susu Kukus Halia
9:30 PTGAssalamualaikum.
Nampaknya akhir-akhir ini tekak kita sudah pandai cerewet. Sudahlah malas masak, tapi selera makan tetap ada! Bujang tengah tegur, kenapa Mummy jarang masak akhir-akhir ini. Bukan tidak masak langsung, tapi bila menjelang petang, capai saja apa yang ada untuk dimasak. Kalau ada telur di peti sejuk, goreng telur sajalah. Kalau ada ikan sardin, alamatnya memang masak sardin sajalah! Kasihan si bujang tengah! Biasanya kalau pulang dari sekolah memang dia terus meluru ke dapur kerana terhidu bau masakan, tapi selepas seminggu menyambut raya, dapur jarang berasap, kelam dan suram! Namun, demi kasih sayangku buat keluarga tercinta, petang tadi kugagahi juga turun ke dapur untuk menyediakan hidangan malam kami. Harapan Amie, sebelum bujang tengah dan Encik Suami tiba di rumah, hidangan sudah siap tetapi jangkaan Amie meleset..... kita bermalas-malas dulu di depan televisyen sampai mata terlelap, dan terlupa segala sotong serta ikan yang direndam sejak pukul 3 petang! Apa pun, akhirnya siap juga hidangan malam kami. Ada Sotong Goreng Rangup, ada Sayur Lemak Putih dan Ikan Susu Kukus Halia. Amie gunakan seekor sotong saiz besar untuk digoreng salut tepung. Memang hidangan ini paling digemari anak-anak!
Resepi : Sotong Goreng Rangup
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor sotong saiz besar - anggaran 600gram - bersihkan dan potong ikut cita rasa
1 paket tepung Crispy Fry Nona
3 sudu minyak
120ml air
minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam
Cara:
1. Tuangkan sepaket tepung Crispy Fry Nona ke dalam sebuah bekas.
2. Tambahkan 3 sudu besar minyak dan 120ml air. Kacau sebati menjadi satu adunan.
3. Masukkan sotong dan gaul rata.
4. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.
5. Goreng sotong hingga kuning keemasan.
6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidang.
Oleh kerana teringin makan sayur lemak putih, Amie campurkan segala bahan yang ada termasuk tauhu, anak jagung, kacang buncis, lobak dan suhun. Amie tambah ikan bilis sebagai perencah selain bawang putih dan bawang merah. Aroma masak lemak putih daripada santan kelapa segar memang membangkitkan selera! Lebih berselera kalau ada sambal belacan, tapi Amie sengaja tidak sediakan sebab kalau boleh selepas raya, nak kurangkan makan pedas! Bukan apa, nak sejukkan badan saja!
Ini Ikan Susu Kukus Halia. Amie sendiri tidak menjamah masakan ini. Bujang tengah dengan Encik Suami yang meratah! Oh... harap-harap esok lusa semangat untuk memasak kembali sepenuhnya.... tapi, esok dan lusa memang sudah penuh dengan undangan rumah terbuka!
18 comments
isk isk isk rasa nk pi dinner kat umah Amie je..Sedap tul nampak nyer lauk2 tu adehhhh.. Sotong tu rasa cam nk curik je bang 10 ketul hehehe..
BalasPadamAmie, samalah taste anak bujang kita, anak2 ummi pun suka sangat sotong goreng bertepung tu.
BalasPadamPergh!! sayur lemak, ummi suka tu,kalau ada belacan, boleh terlupa pasal diet kejap, hikhik!!
"Malas-malas" Amie, terhidang juga 3 lauk hebat tu! Semuanya Ayah minati, tambah-tambah si sayur putih. Ayah juga gemar ikan. Tapi, aduuuh, harga ikan cukup menyengat sekarang ni. Di satu pasaraya petang tadi, keratan ikan merah sampai RM34.00/kg. Hehehe, nampaknya Ayah kena makan gelama sajalah!
BalasPadambestnya hidangan2 yg amie sediakan..nak sikit..
BalasPadamkak Amie...sedapnya menu yang akak buat....kalau makan, mmng tak cukup spnggan nasi ni...
BalasPadamDelima Zamrud,
BalasPadambanyak ketul sotong goreng tu Delima... curi 10 pun ada lagi tinggal berpuluh ketul he he heheh...
Ummiross,
itulah sebabnya Ummi... bila tahu selera anak-anak senang nak sediakan, memang betul Ummi...kalau ada sambal belacan dengan ikan goreng memang lupa diet... he he heh Amie tak diet Ummi...
Ayah Temuk,
Balik raya hari tu memang berbelah bagi nak beli ikan di Sungai Buluh, harga siakap RM22, harga terubuk Rm22... itu masih kami beli, tapi bila tengok ikan merah...walaupun kami sampai di Tesco Kuala Selangor, harganya seperti yang Ayah kata... memang lebih baiklah makan ikan gelama Ayah, segar lagi!
Mama Aini,
BalasPadamsilakan Mama Aini...kita ratah sama-sama nak?
MP,
sedapye MP... kalau MP diet, ambil nasi sepinggan je... lauknya lebihkan he he he ehhh.
Terima kasih singgah blog saya..
BalasPadamRajinnya masak :)
Bila mood masak merudum, anak dan suami jadi mangsa. Mcm akk ni......kalau ada urusan luar, lagi la malas ke dapur.
BalasPadamSalam Amie...atie kat umah masih semangat nk memsk sbb ank bujang atie masih bercuti lg kat umah.
BalasPadamAhad ni br pulang ke asrama...tu yg sonok masak...dia suka mkn tp badan kurus gak!
sedapnya menu2 ni kak :)
BalasPadamsuka dgn sotong.. x kira masak apa.. heheh
BalasPadamaduhhh menyesal masuk blog ni,..kan dah lapar,..hahaha
BalasPadamKak Amie, nice gila recipe ni - memang suka udang celup tepung ni, baru lepas makan dekat warung ikan bakar dekat Alai, Melaka.
BalasPadamsemua kat sini sedaplah Amie!salam aidil fitri amie!
BalasPadamnyummy2 sedapnya kak amie....
BalasPadambaby singgah & follow sini jgk.. 1st time dtg memang teruja sgt. suka sgt dgn mkn2 ni =)
BalasPadamdap nye kak..mmg kenyang masuk blog akak.. :)
BalasPadam