Iftar Hari Ke 12 : Nasi Minyak, Kurma Ayam & Acar Timun Berempah
7:32 PTG
Assalamualaikum.
Tengahari kelmarin, ketika bujang tengah (Tingkatan 2), datang menyerahkan kunci di bilik Amie, tidak seperti biasa dia akan terus bersalam dan meninggalkan bilik Amie. Sebaliknya dia duduk di hadapan Amie membelek buku-buku dan bahan bacaan lain di atas meja Amie. Sehinggalah loceng tamat persekolahan sesi pagi, dia masih belum bergerak. Amie pun menegurnya.
"Kenapa tak masuk kelas dik?"
Barulah dia bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Amie, sambil berkata:
Barulah dia bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Amie, sambil berkata:
"Nanti Mummy masak ayam kurma ya...." pesannya. Amie pandang wajahnya lama-lama.
"Adik suka makan ayam kurma ke?" Sebab seingat Amie jarang benar Amie masak ayam kurma di rumah.
"Suka. Ayam kurma sedap." Jawabnya sambil menggalas beg sekolah di belakangnya. Terfikir pula Amie, mungkin dia biasa kurma ayam makan di kantin.
"Jangan lupa ya Mummy... masak ayam kurma," ulangnya sekali lagi sebelum meninggalkan Amie.
Kelmarin Amie masak Mee Rebus Chef Wan, dan Amie juga sudah sediakan daging ayam, kentang dan rempah kurma. Entah kenapa, tiba-tiba Amie tidak jadi memasaknya. Amie simpan kembali ayam dan kentang yang sudah siap dikupas ke dalam peti sejuk. Menjelang petang, bujang tengah sampai ke rumah dan seperti biasa meluru ke dapur.
"Mummy masak ayam kurma yeayyy sedapnya!"
"Mummy tak masak dik....." Perlahan saja Amie jawab.
Bayangkan apa perasaan kita kalau sudah mengharapkan sesuatu tetapi harapan kita tidak ditunaikan. Cerita tamat di sini dahulu. Kita cerita tentang kisah hari ini pula.
Untuk menu berbuka puasa hari keduabelas ini Amie sediakan Nasi Minyak. Maklum sahajalah, bila hari sudah senja, cahaya pun malap. Sudahlah kamera tidak canggih, gambar pun kurang jelas sepanjang bulan puasa ini. Apa pun Amie abadikan juga gambar di bawah remang senja ini buat kenang-kenangan di bulan Ramadhan. Cahaya matahari yang suram tumpah sedikit di atas Nasi Minyak.
Resepi Nasi Minyak ini Amie ambil dari Buku Masakan Tradisi Johor oleh Noraini Margono. Amie pernah mencuba masakan ini DI SINI dan ternyata keenakannya membuat Amie ingin memasaknya berulangkali. Istimewanya, resepi ini mengandungi air mawar dan beberapa bahan lain yang tidak digunakan dalam mana-mana resepi nasi minyak yang pernah Amie baca.
Resepi: Nasi Minyak
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Bahan A:
3 mangkuk beras
Bahan B:
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
3 1/2 mangkuk air
Bahan C:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu besar rempah beriani
Bahan D:
2 sudu besar air mawar
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa
1 biji limau nipis
Cara:
1. Rebus Bahan B di dalam periuk nsi
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. kemudian tumis kesemua Bahan C hingga kekuningan.
3. Masukkan rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat dan kemudian matikan api.
4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan air limau nipis, kacau lagi dan tutup periuk.
6. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidang.
7. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.
Amie masak cara kukus.
Lauknya Amie pilih Kurma Ayam. Oleh kerana anak-anak sukakan kuah, jadi Amie masak tidak terlalu pekat. Amie merujuk resepi Kurma Ayam ini di belakang bungkusan rempah kurma.
Resepi : Kurma Ayam
Bahan-bahan:
600 gram daging ayam - potong 10 ketul
24 gram rempah kurma ayam / daging- bancuh dengan sedikit air untuk dijdikan pes
1/2 cawan santan pekat
3 cawan air
2 labu bawang besar - 1 labu dihiris untuk ditumis dan 1 labu dibelah 4
4 biji bawang putih - hiris
3 biji kentang - kupas dan potong 4
2cm halia - hiris
garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
2. Masukkan pes kurma dan kacau sehingga naik baunya.
3. Masukkan ayam dan air. Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam empuk.
4. Masukkan santan, bawang besar dan kentang. Biarkan sehingga kentang empuk.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api.
Ini Acar Timun Berempah kegemaran Encik Suami. Juga diambil dari Buku Masakan Tradisi Johor oleh Noraini Margono. Klik DI SINI untuk melihat hasil masakan Amie sebelum ini.
Resepi : Acar Timun Berempah
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Bahan A:
2 biji timun - buang biji, potong kecil memanjang 2 inci
1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 inci
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar minyak
Bahan B: kisar
5 tangkai lada kering
1 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Bahan C:
2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
rempah penumis: bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis
Cara:
1. Rendam timun dan lobak merah bersama air kapur dan garam. Kemudian cuci hingga bersih.
2. Perap timun dan lobak merah tadi dengan garam dan gula. Kemudian toskan.
3. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Masukkan rempah kari dan gaul rata.
5. Masukkan kesemua Bahan C, dan kacau hingga pekat.
6. Masukkan timun dan lobak merah. Gaul hingga timun dan lobak merah mesra dengan rempah.
Dan di bawah ini ialah udang yang tak jadi untuk dibuat cucur. Bukan apa, rasa malas pula berada lama-lama di dapur. Sebenarnya malas nak kupas kulit udang, tapi disebabkan sudah niat untuk menjadikan udang ini sebagai juadah petang ini, Amie pun bubuh sajalah apa benda yang boleh dibubuh termasuk bawang besar, cili merah, daun bawang, lada hitam, telur dan tepung. Lepas itu cepat-cepat Amie goreng. Bolehlah untuk ratah-ratah bersama anak-anak.
Habis juga udang yang digoreng entah apa-apa nih! Dan keropok papadom .... keropok kegemaran si bongsu!
Jadi, bujang tengah dapat menikmati Kurma Ayam yang dimintanya kelmarin. Jemput.... selamat berbuka puasa!
22 comments
memang sedapsss
BalasPadamlama x makan nasi minyak
Ish2 cukup lengkap semua sdpnya ya ampunn
BalasPadammmg nmpk sedap..kamera x cnggih x pe kak...jnji msak nmpk sedap ! hehe...
BalasPadamkecewanya si anak x dpt mkn ye...terharu bacanya kak...sy pun kadang yg kuarnya lain...pastu masukkan balik ambik yg lain...:)
mnggoda betul set nasinye ni..pakat nak rasa kalau berjiran ni..haha..balik semenanjung tak kak raya nanti?
BalasPadamaduhhhh rajinnye kakak ku sorang ni...kalu QH lum tentu dpt buat gini...malas jugak lama2 kt dapur...tp kalu bab mngukis xpe...hehe
BalasPadamAyam kurma makan ngn nasi minyak memang best laaa... tapi paling tak tahan udang goreng tuuuu... wallaaaa kalo family saya bertambah2 makan nasik bila ada udang goreng...makan ngn set nasik minyak lagi laaaa sedap.
BalasPadamSalam kak amie! Rajinnyaaa akak, kita tsk berapa rajin nk buat set2 mcm ni bulan2 puasa :D ditambah pulak carik basmathi takde tp tgkset nasi akak ni alahaiiiiij rasa nk ddk bersila tumpang mkn sekali :D nasib baik dah pagi2 buta kita masuk :D
BalasPadamassalam kak amie..rajin masak pelbagai menu.Sy ni kalau ari keje masak ikut dan jer..kdg2 suma menu bazaar ramadan je.Kalau ct/wk end br masak yg spesel sket
BalasPadamsalam syg kak amie..waallaaa mmg akk nie rajin sgt2..suka tgok menu berbuka akk stiap hari..zila masak hari2 tapi nk snap pic tu dh x sempat sgt..siap masak terus jew azan kak:)
BalasPadamsedapnya kak amie...set lengkap nasi ni...tertarik saya nak cuba nasi minyak bila akak kata sedap...:)
BalasPadamsaya pun suka kurma...tapi jarang masak sebab bila masak sendiri rasa tak sam cam mamak masak..hehehe
sedapnya Amie..satu set gitu..set lengkap hehe.Rajin sungguh Amie ni:)
BalasPadamGambar gambar masakan Amie umpama poskad. Bolehlah buat buku ni
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamtertunailah rasa dihati coz dpt menyediakan menu kegemaran keluarga, lebih2 lagi anak yg teringin sangat nak makan ayam kurma tu.tentu berselera dan bertambah2 nasi dan lauknya...mmng menyelerakan tngk set nasi minyak Amie ni...
Wow, penyediaan juadah yang "massive" tu, Amie! Nasinya, kurmanya, acarnya... dan tentunya komitmen tingginya juga, dalam penuhi hajat anak. Ayah, dah tua-tua ni, mulai 'seneng' kat ayam kurma. Arwah emak Ayah dulu memanggilnya 'masak putih'.
BalasPadamanak saya pun suka ayam masak kurma..sedap diorang kata..hehe
BalasPadamnasi minyak akak ni memang buatkann saya terus berangan nak buat nasi minyak jugak..harap2 ada kerajinann nanti..
lama dah tak makan ayam masak kurma..biasanya saya guna ayam pencen, lebih manis.. :)
BalasPadamTerbaik Amie..nanti ummi nak cuba juga buat nasi mnyak guna resepi ni,insyaAllah. hari ni masak apa Amie?
BalasPadamKasih,
BalasPadamalhamdulillah.... tak muak dengan adanya jus limau.
Hanis,
jemput makan sama Hanis... dah lama habis pantang ye.
Asyifa,
akhirnya dapat juga dia makan, bila dah habis makan dah kenyang kita tanya sedap tak? Apa dia jawab.... tidakkkk ha ha ha hah
Rohah,
BalasPadamayok kita berjiran.... yaaaa kalau ada rezeki balik kampung, tapi dah penuh semua tempat duduk kapal terbang!
Qasey Honey,
Kak Amie bab mengukis memang jatuh nombor.... tak tahulah he he he heh, masak ni kejap saja QH, yang penting semua bahan yang diperlukan sudah tersedia.
FnF,
inilah pertama kali Kak Amie maska kurma (kalau tak silaplah) itu pun atas permintaan si bujang tu...
Ika,
BalasPadamsuka-suka aje Ika, daripada tidur sampai petang he he he ehh eloklah nyibukkan diri di dapur ye...
Lina,
Kak Amie jarang merancang nak masak apa, kalau dah masuk dapur tengok apa yang ada ituah yang dimasaknya.
Zila,
samalah macam kakak, tapi asalkan dapat ambil gambar cukuplah, memang agak kelam-kabut sebab dah petang, nak buka puasa lagi, susasana pun dah gelap...
Quinnie,
BalasPadammemang resepi Noraini Margono sedap-sedap belaka, tu sebab kakak masak berulangkali.
Kakak pun tak berapa pandai nak masak kurma ayam supaya jadi sedap, sebab macam tak pernah masak kurma, tapi makan pernahlah, itu pun kadang rasanya sedap, kadang sebaliknya pula... itu yang malas nak masak tu, oleh sebab permintaan bujang tengah, kakak buat jugalah.
Cik Manggis,
terima kasih CM, belajar2 masak ni CM.
Azie,
banyak ilmu fotografi perlu dipelajari... setakat ini asalkan nampak rupa masakan bolehlah.
Yatie,
BalasPadamelok jugalah anak tu cadangkan menu, senang kita nak masak tak payah fikir lama-lama.
Ayah Temuk,
Proses memasak tu sekejap saja Ayah, yang mengambil masa tentulah proses penyediaan bahannya, itu sebab semua bahan asas masakan Amie sediakan lebih awal, supaya tidak mengambil masa yang panjang untuk berada di dapur. Amie pun baru belajar makan kurma msakan sendiri he he he hehh...
Kamalia,
entah kenapa terpikat dengan resepi nasi minyak ini, walaupun bubuh bahan itu dan ini tapi memenuhi selera kami.
Tihara,
memang ayam pencen sedap, dagingnya pun lebih pejal, kakak pun suka.
Ummiross,
silakan Ummi, pasti tidak mengecewakan. Hari ini masak nasi goreng kampung saja...