Sotong Rempah Berserai

8:14 PTG

Jumpa lagi di pertengahan Julai.....  Malam semalam menghadiri majlis makan malam, tak sempat berlama-lama di dapur sebab terpaksa bersiap untuk ke majlis sebelum pukul 7 malam. Tak sempat ambil gambar masakan. Oleh kerana jemputan baru diterima pada tengahari, kita pun asyik terfikir nak pakai baju apa. Baju mesti formal.... ini yang leceh ni....... ambil masa yang agak lama untuk sterika baju batik sutera, makan pula tentulah ikut protokol, ha.... satu hal lagi. Biar sedap macamanapun kalau makan ikut segala peraturan, yang sedap pun jadi tak sedap. Apa pun setiap meja perlu dipenuhi oleh 5 orang dalam kalangan pentadbir sekolah dan 5 orang lagi AJK PIBG. Hampir 600 orang mewakili 59 buah sekolah rendah dan menengah memenuhi Dewan SMC sempena Majlis Night of the Knight Hari Guru Daerah Lahad Datu 2011. Tak sangka pula sekolah Amie diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengurusan DisiplinTerbaik Daerah Lahad Datu sedangkan anugerah itu tidak tersenarai dalam 32 kategori yang dipaparkan dalam buku aturcara. Alamak.... boss suruh Amie naik pentas, katanya.... itu anugerah untuk unit di bawah pengurusan Salami...... pergilah ambil. Mahu tak mahu kena bergegas jugalah naik ke pentas. Sekolah kami dapat lagi satu anugerah iaitu Anugerah PMR Terbaik 2010 Daerah Lahad Datu.(terbaik selepas Sekolah Menengah  Berasrama Penuh Lahad Datu) Seronok tak terkira sebab dapat 2 anugerah akademik dan sahsiah (disiplin). Seronok memang seronok tapi untuk mengekalkan prestasi itu yang sakit kepala... Wokey, buat apa sakitkan kepala, masak lagi baguskan.... petang ini Amie masak Sotong Rempah Berserai...


Resepi asal Sotong Rempah Berserai ini ialah Sotong Tumis Bukit Bendera dari buku resepi Chef Majalah Perempuan. Amie ubahsuai ikut citarasa misalnya serai yang dititik Amie kisar halus bersama bahan lain. Amie buat begini sebab sukakan hasil kuahnya yang pekat dan sememangnya inginkan khasiat serai yang salah satunya boleh membantu kelancaran sistem penghadaman. Oleh kerana anak-anak sukakan kuahnya, Amie cadang kuah yang ada sedikit lebih tu boleh cicah dengan roti tortilla atau capati. Di bawah ini Amie tuliskan resepi Sotong Rempah Berserai yang sedap sangat.... (kuahnya yang sedap, sotong tu rasa sotonglah juga....).

Bahan-bahan:
500gram sotong - potong ikut suka
200ml santan pekat
10 helai daun kari
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu biji sawi
1/2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
2 biji lada merah - hiris
2 biji lada hijau - hiris
garam & gula
minyak

Bahan kisar:
2 biji lada merah
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5cm halia
4 batang serai - mayang terlebih dahulu



Amie nak kawan-kawan semua tahu, kuahnya sedap tau! Tak rugi kalau cuba resepi ini!

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk kunyit, biji sawi dan daun kari. Kaca rata.
3. Masukkan sotong dan santan. Gaul sehingga santan menjadi pekat.
4. Masukkan bancuhan air asam jawa, garam dan gula.
5. Masukkan hirisan lada merah dan hijau.
6. Angkat dan hidangkan.



Lepas makan, nak jalan-jalan ke rumah kawan-kawan kejap. Walaupun dah kenyang kalau jumpa menu di dapur kawan-kawan yang sedap, nak rasa juga.... he he hehehhh.... besar betul tembolok!


34 comments

  1. Assalamualaikum,
    waaaaaa menitik ayaQ liur satu baldi dah ni...yummy! nak hulur mangkuk mintak sejemput pun kena berkayuh seberang laut la pulak!

    BalasPadam
  2. kak amie..ada sotong 2-3 ekor dlm peti ais tu...leh la try resepi ni esok

    BalasPadam
  3. Kak Zai dah sediakan nasi panas dalam pinggan tengah tunggu sotong rempah berserai,lambat sangat sampai.

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam Anyss,
    wakakkkaa...waa kakakka...apasal sampai satu baldi menitik lioq tu...
    kalau berkayuh memang tak akan sampai...byk jerung menunggu di tengah laut china selatan... he hehehh

    BalasPadam
  5. Mieza,
    dipersilakan mencuba.... gerenti jadik!

    BalasPadam
  6. Kak Zai,
    jauh sangat kak, nak seberang2 lagi.... nasi pun sempat sejuk ye...

    BalasPadam
  7. bestnya...makan dengan nasi best...roti pun best

    BalasPadam
  8. kak amie.. suka dengan masakan akak nampak sungguh mesra dan berempah.. kalau dapat rasa tentu lagi seronook

    BalasPadam
  9. Salam Amie...
    wah naik pentas amik award..best kan2x

    Sotong mmg febret kat rumah nih..blh try lah resipi ni cam sedap jer..

    BalasPadam
  10. sedapnya sotong...menarik resepi ni kak..sure harum dgn serai tu..:)

    BalasPadam
  11. kak amie...jenuh la kami kene pantau dengan nazir dr sandakan tadi,..habih segala fail dibongkarnya... ish... bercerita benda lain pulak...

    tahniah buat kak amie n the geng kerana usaha penat lelah selama ni berbalas jugak...

    dah lama tak makan sotong ni...perut tiba2 rasa lapar pulak...

    BalasPadam
  12. Waaa...boleh minta petua nak berdisiplin ni..dgn pemegang anugerah..huhu

    tak ada yg xmenarik..sotong ni pun nampak best sgt...nanti ada suatu hari yg free nak buat study memasak kat blog kak amie...nanti sudi2 kanlah menjawab soalan org yang agak hampeh dlm bidang memmasak ni ye

    BalasPadam
  13. Assalam kak amie cayang,baru smpat tinggai jejak,sjk blk cuti2 mesia,bz ajer,sedapnye sutun akak tuh..tERLIUR MEMALAM BUTA TENGOK NIH..

    BalasPadam
  14. dtg nk mkn sotong yg sedap, tak lupa nk kopi secawan...pas tu laksa sarawak tu, ida pernah mkn sekali, kwn dari sarawak buat...sedap!!!

    BalasPadam
  15. bukit bendera??? penang ker akak?
    leh try nanty...dah lama x beli buku masakan since dah ada blog....

    BalasPadam
  16. Kasih,
    kuah yang sisa2 tu kakak makan dengan roti torlilla yg baru angkat dari kuali...best!

    BalasPadam
  17. Juwita,
    memang seronok masak2 ni... boleh curah idea & kreativiti...sbb dapur itu kita sorang yg punya....& kitalah rajanya! he he hehhh

    BalasPadam
  18. Mama Hawa,
    berbaloi gaklah sterika baju
    berjam2... he he hehh.
    amie rasa yang buat sedap sotong ni sbb gabungan serai & rempah yg sikit2 tu...

    BalasPadam
  19. Nieza,
    sejak kak amie jumpa resepi masak udang yg dibubuh serai & lada kisar tu, kuahnya rasa jauh lebih sedap... tu sbb kakak cuba masak sotong ikut resepi tu...

    BalasPadam
  20. Nani,
    kami pun tengah sibuk tak habis2 ni... minggu depan kena pantau...semua tengah mabuk sbb minggu depan pun MPAKP jugak...
    terima kasih Nani, suka juga dpt anugerah... tapi nak kekalkan & mantain tu yg sakit....

    BalasPadam
  21. Nora,
    senang aje petuanya... rancang, laksanakan apa yg dirancang, setiap kali bangun pagi...pastikan semangat sentiasa ada, kalau tak ada semangat... panggil semangat tu dtg balik... he he hehh
    dtg je bila2 masa, sama2 kongsi, kak amie pun dlm proses belajar memasak...kita mak budak baru belajar...hi hi hi

    BalasPadam
  22. Salam Dana,
    bestnya dia.... ada ole-ole ke utk kakak? he hehehh

    BalasPadam
  23. Ida,
    wah...dpt makan laksa org sarawak buat ye... mesti sedap tu sbb hasil air tangan tuan punya negeri asal resepi ni...

    BalasPadam
  24. Lady Ayu,
    bukit bendera di pulau pinang kan... yg kena naik keretapi kontot, lagi pun dlm sotong tu ada biji sawi & rempah2 serta daun kari...sure resepi ala2 mamak punya!

    BalasPadam
  25. wah sedapnyaa...kebetulan ada beli sotong nanti bolehla cuba harap2 menjadi huhu takutnyaaa

    BalasPadam
  26. Hanis,
    mesti menjadi punya... yg penting serai tu kena ada...

    BalasPadam
  27. Tahniah buat sekolah Amie ya, tahniah juga buat guru2 macam Amie yang sungguh berdedikasi memastikan kecemerlangan anak2 didik
    sotong tu memang 'cemerlang' kak..terbaik...buat meleleh air liur je tengok!

    BalasPadam
  28. Ixora,
    terimakasih.... jom sama2 cemerlangkan blog kita... he hehehh

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum Amie,
    Sedapnya nampak sotong tu...akak suker. Tahniah Amie sbb berjaya naik pentas amik award, bukan award dlm blog saja, kat sekolah pun dpt award....wahhhh hebatnya....akak tabik spring ni..

    BalasPadam
  30. Wattie,
    terima kasih.....
    award itu utk warga sekolah kami..sm st dominic yg selama ini sentiasa menjunjung motto
    'kerjasama punca kejayaan'
    Amie hanya orang tengah, merancang, melaksanakan dan memantau... dan semua adalah kerana sokongan pelbagai pihak, pengetua, guru2, anak murid , ibu bapa & masyarakat setempat...

    BalasPadam
  31. ya Allah sedapnya!! sumpah saya tgh telan air liur skang ni...huhu!!

    rasa nak berjiran ngan akak je...hehe...

    BalasPadam
  32. Wahida,
    telan air liur takpe, jangan terkuar air liur...tu kena bawa tisu selalu tu.... he heheh

    BalasPadam
  33. Amie, yang ni betul2 buat ummi kecur air liur..

    BalasPadam
  34. Ummi,
    takpe kecur liur..... itu dikira normal... he he heeehh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe