Nasi Lobak Merah Ayam Seri Harum

9:10 PTG

Dunia ini penuh dengan kebahagian dan kegembiraaan. Carilah. Ia ada di sekeliling kita. Untaian kata ini Amie sering tuliskan untuk rakan-rakan, dalam ucapan, hadiah dan sebagainya. Rupa-rupanya Amie terlupa dengan pengertiannya untuk diri sendiri.  Dalam duka, rupanya Amie terlupa banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk merasa gembira.  Amie terlupa bahawa Amie sebenarnya boleh lakukan perkara yang amat menggembirakan hati Amie. Masak.... masaklah apa yang Amie mahu masak apabila sampai di rumah, itulah pujuk hati Amie. Petang ini Amie sempat mencuba dua resepi baru iaitu Nasi Lobak Merah yang Amie ambil dari buku resepi dengan lauk Ayam Seri Harum yang pernah Amie idam-idamkan dari dapur CT. Delima.


Petang tadi sempat telefon suami, sekembalinya dari kerja singgahlah sebentar beli lobak dan ayam segar ye... (sebab Ahad lepas, terlepas aktiviti membekalkan stok peti sejuk untuk minggu ini). Amie tak mahu masak ayam beku. Suami tanya, berapa banyak nak beli lobak..... Amie rasa dalam buku resepi tu hanya perlukan secawan jus lobak. Amie kata belilah sebiji......eh sebiji? Amie fikir tentu dia faham maksudnya sekilo.....Betul-betul dibelikannya sebiji! Ha...haaa....hmmmmm... itulah suamiku....dipesan sebiji, sebiji jugalah yang dibawa pulang. Ayam segar pula Amie tak kata berapa, dibawanya hampir 3 kilogram. Apa pun terima kasih wahai suamiku yang sangat sabar melayani dan menghadapi karenahku selama ini......selama hampir 18 tahun usia perkahwinan kami!



Inilah rupa Ayam Seri Harum hasil air tangan Amie. Keizinan sudah dipinta dari Ct. Delima. Terima kasih banyak-banyaklah Ct. Delima dan Kak Nor Secubit Garam. Oleh kerana ini merupakan percubaan pertama Amie memasaknya, tentulah teruja sangat nak rasa....... anak-anak kata....uiiiii...sedapnya mummy masak! Sedap ke? Betul ke sedap? Amie tanya suami.... dia angguk kepala sambil terus menyuap. Memanglah sedap, Amie sendiri akui. Bahan yang digunakan pun tidak tertinggal walau satu, malah Amie tambah dengan buah keras sebagaimana yang dilakukan oleh Ct. Delima. Ayamnya pula ayam segar, lagilah....manisnya terasa! Baunya sudah tentulah harum! Sebab Amie petik saja daun limau purut yang memang sengaja ditanam dalampasu di tepi pintu dapur. Nak tahu lagi.....sebab bubuh asam keping, cukup sempurnalah rasa lemak, pedas, masam, masin dan manisnya. Tak rugi Amie mencuba! Hilang stress!!!!



Sesiapa yang inginkan kelainan dalam hidangan, Amie kongsikan bersama resepi Nasi Lobak Merah seperti berikut:
Sumber   : Chef - Majalah Perempuan - Lauk Pauk Istimewa Malaysia
Resepi    :  Nasi Lobak Merah
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi - Amie gunakan 4 cawan beras biasa
1 cawan air lobak - Amie gunakan 3 cawan dari sebiji lobak merah (250 gram)
1 1/2 cawan air
2 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 sudu minyak sapi / marjerin
sehelai daun pandan
garam secukup rasa / kiub ayam
sedikit bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan hiris hingga naik bau.
2. Masukkan daun pandan, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
3. Masukkan beras dan juga air lobak serta air - Amie hanya masukkan jus lobak kerana setelah beras kembang, Amie pindahkan ke periuk kukusan.
4. Setelah masak bolehlah dihidangkan. selama 20 minit atau sehingga nasi masak.

Amie suka sangat tengok warna nasi lobak yang cantik lembut apabila nasi masak. Nampak cantik dengan warna lobak yang semulajadi tanpa sebarang campuran pewarna.


Untuk Ayam Seri Harum yang sememangnya tidak dinafikan kelazatannya ini, Amie kongsikan dari resepi Ct. Delima yang diperturunkan oleh Kak NorSecubit Garam. Rasanya ada blogger masakan lain yang sudah mencuba resepi ini tapi Amie terlupa siapa orangnya.

Resepi    : Ayam Seri Harum
Sumber   : Dari Dapur CT & Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan:
3/4 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar - kisar
3 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia
2 biji buah keras -kisar ( pilihan CT )
1 inci kunyit hidup - kisar
2 batang serai - diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 keping asam gelugur
3 helai daun limau purut- dicarik
garam & gula secukup rasa
1/2 liub ayam
minyak
Cara:
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dan ketepikan. (Amie tak goreng ayam)
2. Tumis cili kisar hingga garing, masukkan serai dan bahan-bahan kisar yang lain.
3. Goreng hingga pecah minyak. Jika tidak pecah minyak, masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak. Masukkan ayam.
4. Masukkan air, asam gelugur dan santan.
5. Masak hingga mendidih, masukkan daun limau purut, garam dan lain-lain.
6. Masak hingga kuah pekat  atau mengikut citarasa masing-masing.

Yang lain tu....kena layan diri di dapur ye.... jangan segan2 buka tudung periuk... ambil seorang sepinggan Nasi Lobak Merah dengan seketul Ayam Harum Manis. Jangan rebut-rebut ye... Kejap lagi Amie pulang, ni nak hantar dulu sepinggan ke rumah CT Delima & Kak Nor Secubit Garam....

40 comments

  1. wah!boleh try lah nasi lobak merah ni nanti..sesuai sangat lah makan dgn ayam harum tu kan amie..

    BalasPadam
  2. mekasih amie, sudi try resipi ayam seri harum tu.. tak sangka betul, saja2 post resipi tu kat secubitgaram.. tup2 melotop pulak resipi tu.. mekasih sekali lagi :)

    BalasPadam
  3. Kak Anim,
    Amie suka sangat tengok warna nasi tu semasa dikukus, cantik...lembut seakan2 warna peach....memang pilihan tepat makan dgn ayam seri harum. Cubalah kak...

    BalasPadam
  4. Kak Nor,
    Amie lagilah byk2 makasih sama kakak, sbb ayam seri harum tu licin habis, anak & suami pun suka...makin sayanglah mereka dekat kita ye...

    BalasPadam
  5. K Amie, sedapnya!! mcm2 perisa nasik ni kan! rasa dia mestilah sangat sedap! bulan puasa sesuai sangat masak nasik yg berperisa ni kan! akan menjadi salah satu menu puasa nnti. hehe..

    BalasPadam
  6. salam K.Amie...nampak sedap!!meh sepinggan..hihi

    K.Amie..anak pompuan atie pon suker gak baby kecik nie.Ingat dulu selalu pinjam anak kawan atie yg dok 1 taman ngan atie.anak2 atie mmg dok berulit jer ngan anak org tuh..hihi.kdg2 pinjam pagi....kul 6 ptg br htr balik,maknya siapkn susu,baju & pampers.sampaikn kt umah atie mmg simpan nestum tuh.walhal xder anak kecik.

    BalasPadam
  7. Asmara,
    sesuai utk seisi keluarga, Kak Amie suka anak2 makan 'lobak' tu.... cubalah, memang sedap!

    BalasPadam
  8. Atie,
    sekarang ni pun, anak2 kakak selalu bertanya ...mummy kenapa anak mummy 3 saja, bila kami boleh ada adik lagi? kesian.... akhirnya mrk curahkan kasih sayang pada 'adik' kucing....

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Amie,

    nasi lobak merah mmg sedap..sepinggan tk cukup mesti nk tambah lagi...hehe.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum akak...
    ayam nie mmg sedap kan akak... harum jer seluruh dapur semasa memasaknya kan akak... sedap sesangat .. d tmbh lg makan ngan nasi lobak merah tu... waaah sedapnyaaa

    BalasPadam
  11. Jika bahagia yang dicari maka bahagia lah yang akan ditemui.
    Best gak kalau dapat untuk breakfast esok tapi rasanya peti ais tu cam kosong je. Almaklum le minggu lepas ni balik kg.

    BalasPadam
  12. Nuridah,
    bestnya dunia masakan ye.... macam2 boleh dimasak....

    BalasPadam
  13. Diana,
    dah pernah masak resepi ni ye...... memang sedap! sesuailah untuk jamu tetamu kalau buat rumah terbuka kan....

    BalasPadam
  14. Kak Sam,
    betul tu kak,
    peti sejuk kosong takpe, jangan pert kosong udah le... hehehhhhheee

    BalasPadam
  15. kalau mai sini mesti rase lapo jer...

    mcm2 ade kat blog amie ni...semuanye nnpk sedap...

    anak ain yg kecik tu pun suruh maknye ni mengandung lagi sebab kawan2 dia semuanye ade adik...
    dia tak tau maknye dah nk pencen tutup kedai...

    BalasPadam
  16. Ain,
    apa anak Amie kata kalau Amie sedang baring2...cuba tengokperut mummy, harap-harap tak lama lagi kita dapat adik!

    BalasPadam
  17. sungguh membangkitkn selera bila tgk set nasi lobak merah akak ni....belum rasa dh tahu ni, mmg sedap...bila2 bole try

    BalasPadam
  18. memang klas lah nama resepi.. tgok pada gambar pun beselera kita nk makan. thanks sharing

    Zu
    http://www.zuwairiaiman.com

    BalasPadam
  19. Ida,
    cooking with my heart & soul... mesti sedap punya... hehehhhhhheee

    BalasPadam
  20. Zu,
    terima kasih sudi jenguk dapur kak amie...

    BalasPadam
  21. Assalam kak amie,ayam seri harum mmg sedap,sy pon dah masak 2kali,eh hubby akak pon cam hubby sy gakla,kalo camtu kita bgitau suh beli,camtulah dia bawa balik,kalu suh 1,1 la dia beli,hehe..

    BalasPadam
  22. Salam Amie,
    Rajinnya Amie masak set nasi, kerap jugak akak tengok Amie sediakan. Akak setuju dgn Amie, memasak itu memang membahagiakan apatah lagi dpt disajikan buat orang yang sgt kita sayang

    BalasPadam
  23. Salam Dana,
    Kak Amie pun nak jadikan resepi ini sebagai menu pilihan keluarga, sedap & taklah cerewet sangat cari bahannya,
    ha haaa.... memang lurus suamikita ye....

    BalasPadam
  24. Wattie,
    masak sikit2 saja, lagipun sebab dah biasa & suka cuba, sudah setkan masa memasak, ringkas saja masaknya tu, cuma tambah beberapa bahan, anak2 pun beri sokongan dgn cara 'makan' saja apa yg mummynya masak,
    sebenarnyakan tie, yang makan tu yg dpt rasa sedapnya, kita yg tukang masaknya tengok orang makan penuh selera, kita pun turut terasa betapa sedapnya masakan kita....hehehhhe padahal biasa2 aje

    BalasPadam
  25. memang sedap kan nasi nie...heroes ayu cukup suka bila masak nasi nie...makan bertambah :))

    BalasPadam
  26. ayu,
    tambah jangan tak tambah....lepas tu makan limau banyak2, buang lemak...he heheh

    BalasPadam
  27. kak amie.. sedapnya kak menu akak hari ni.. ayam tu sedap.. ita pun pernah buat tapi tak sempat nak post kat blog pun..:) sesuai makan dengan nasi carrot tu

    BalasPadam
  28. Ita,
    syukurlah kita sebagai isteri & ibu yang dikurniakan kudrat begini... dpt masak2 utk penuhi selera keluarga terutama suami & anak2... memang ayam tu sedap!

    BalasPadam
  29. salam Amie...
    sedapnya masakan Amie ni... terliur pulak tengok.. dari sehari ke sehari nak cuba ayam seri harum tu tp tak terbuat lg.. minggu ni kita rest masak sbb tugas diambil alih oleh cik abang sayang.. hehehe.. mcm tu lah tiap kali dia kerja shift mlm.. dialah yg masak.. sy balik kerja selalunya lauk dah ready.. tinggal mkn ajelah.. hehe.. kalau nak tunggu sy masak tak sempat sbb dia nak gi kerja lepas maghrib.. so kenalah dia rajinkan diri...

    BalasPadam
  30. salam madiha,
    bestnya dapat cik abang sayang begitu! cik abang amie rajin gak tolong didapur tapi bab masak tak berapa reti selain masak maggie! hehehee...

    BalasPadam
  31. AS'salam Amie

    berselera betul bila tengok masakkan dari amie ni. Gambar pun cantik terang sangat2. tr kasih sudi mencuba resipi ayam seri harum tu ya. ct pun suka lauk dari Nor ni. dah 2 kali jugalah membuatnya. memang tak rugi mencuba benda2 yang baru. yang pasti suami dan anak2 menikmati hidangan air tangan kita dengan berselera sekali kan.

    Jangan sedih2 okey, bawaklah bergemmbira setiap masa. walaupun hati berduka dan ingatlah padaNYA yang satu setiap masa.

    BalasPadam
  32. CT,
    wah....nampaknya kena masak resepi ini untuk seterusnya, sbb ramai yg masak lebih sekali....
    betul tu CT, hidup memang perlu gembira walaupun ada duka yang melanda, sebab kalau asyik layan yang sedih....cepat tua....sbb asyik berkerut aje muka.. hehhehehhh

    BalasPadam
  33. Assalam amie, menarik nampak ayam seri harum tu rasanya pasti sedap tu

    BalasPadam
  34. Salam Kak Rosaliza,
    dah ramai yang cuba resepi ni kak, memang sedap.... cukup lengkap segala rasa.

    BalasPadam
  35. nnt mieza pun nak cuba nasi carrot ni kak amie..sedapnya!

    BalasPadam
  36. Mieza,
    cubalah masak nasi tu..... sedap & menyihatkan.....lobak tu yg banyak zatnya.

    BalasPadam
  37. wahh mmg matching la nasi dengan lauk tu...akak mmg kreatif, nanti nak cubalah...

    BalasPadam
  38. Hanis,
    amboi....kalau dah dipuji kreatif ni mmg kembang bermangkuk2 ni... he hehehh
    cubalah, sedap tau!

    BalasPadam
  39. mcm menarik nih...teliur dah nih...

    BalasPadam
  40. Papa Mifz,
    kena bawa tisu kalu datang sini he heheh... takut meleleh di sini...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe