Nasi Saffron Hujan Panas & Ayam Masak Kari

5:07 PTG

Ini resepi tertunggak. Kelmarin internet buat hal. Sebelum resepi jadi basi, baiklah cepat-cepat Amie masukkan hari ini. Tengah sibuk berkemas di dapur, terjumpalah sebungkus kecil saffron. Amie pn tak ingat, bila dan di mana saffron ini dibeli. Tentu ramai yang pernah masak nasi minyak dan sebagainya dengan menggunakan saffron.  Belum pun Amie siap masak, anak dan suami beberapa kali menjengah ke dapur.... bertanya,bau apakah yang ini? Wah! Nampaknya herba saffron yang diambil dari stigma bunga saffron telah berjaya menambah aroma pada nasi minyak hujan panas yang sedang Amie masak! Amie temankan Nasi Saffron Hujan Panas dengan lauk Ayam Masak Kari dan juga Acar Mentah.


Oleh sebab sudah bercampur dengan pelbagai warna pelangi, tenggelamlah rupa bentuk saffron yang sememangnya halus-halus  itu.



Ha.... nampaklah juga seurat dua herba saffron tu...... Seorang rakan Amie (Kak Aminah Isa - sudah lebih 10 tahun balik ke Kedah), suka masak nasi minyak dengan saffron. Kawan inilah yang bertanggungjawab mempengaruhi masakan Amie kali ini. Resepi yang Amie gunakan memang daripadanya tetapi Amie tokok tambah dengan pewarna dan jadilah Nasi Saffron Hujan Panas. Kita lihatlah apa bahan yang digunakan dalam resepi ini.

Bahan-bahan:
500 gram beras Basmathi
satu sudu teh herba saffron - rendam dengan 1 sudu besar air panas
150 gram minyak sapi
1/2 cawan kismis
1 labu bawang besar - mayang halus
3 biji bawang putih - mayang halus
3cm halia - hiris nipis
200 ml susu cair
200 ml air rebusan ayam - Amie ganti dengan 1 kiub ayam & 200ml air
3cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
pewarna hijau, merah & kuning telur

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus. Sementara itu panaskan minyak sapi dan tumis bahan hirisan bersama kulit kayu manis,cengkih, bunga lawang dan buah pelaga serta kiub ayam hingga wangi.
2. Masukkan beras dan saffron serta gaul rata.
3. Masukkan susu cair dan air. Kacau sekali- sekala hingga beras kembang.
4. Setelah beras mengembang dan kering, pindahkan ke dalam periuk pengukus. Tutup selalam 15 minit.
5. Buka penutup dan buat beberapa lubang pada nasi. Titikkan pewarna dan tutup kembali periuk.
6. Selepas 10 minit, buka kembali tutup periuk, dan masukkan kismis. Gaul bersama nasi supaya warna-warni turut tersebar.
7. Tutup periuk dan tutup api. Biarkan seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan.

Di bawah ini pula Ayam Masak Kari. Amie suka makan kari berkuah pekat. Satu lagi, semasa masak kari... Amie tak bancuh serbuk kari. Ini semua ajaran daripada sepupu Amie. Katanya lagi, cubalah campurkan serbuk kari daging / ayam dengan kari ikan. Sedap, katanya. Amie pun ikutlah apa katanya. Sehinggalah ke hari ini, memang Amie suka masak kari cara begitu. Dan sudah semestinya Amie akan campur dengan tomato, tetapi Amie tak masukkan lada kisar tau..... sebelum terlupa, nak bagi tahu lagi...Amie suka sangat masukkan biji sawi, sebab apa tau.... biji sawi dipercayai boleh membuang angin dalam badan.... itu menurut kepercayaan masyarakat Indialah....


Ada kekurangannya dalam resepi Ayam Masak Kari.... cuba teka apa dia? Haa... sudah tentulah daun kari.... sebab daun kari yang Amie ada sudah kering, jadi Amie tak bubuh. Nampaknya Amie agak rajin sikit petang ini, di bawah ini Amie sertakan resepi Ayam Masak Kari versi Amie.

Bahan-bahan:
500 gram daging ayam - potong ikut suka
3 biji kentang - belah 2
3 biji tomato - belah 4
3 sudu serbuk kari daging / ayam
3 sudu serbuk kari ikan
1 sudu biji sawi
150 ml santan
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
100ml air
1 labu bawang besar - mayang halus
4 biji bawang putih - mayang halus
1/5cm halia- hiris nipis
3cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
daun kari - Amie tak bubuh
garam & gula
minyak

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan hirisan termasuk bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga harum.
2. Masukkan buah tomato dan goreng dengan api perlahan hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari serta biji sawi dan gaul sebati.
4. Masukkan daging ayam dan biarkan seketika sehingga airnya keluar. Jika terlalu kering masukkan 100ml air.
5. Masukkan kentang dan santan. Kacau sekali-sekala hingga pekat.
6. Masukkan bancuhan air asam jawa, garam dan gula.
7. Apabila daging ayam masak, kentang empuk dan kuah menjadi pekat, tutup api.


Sesiapa yang sampai awal ke dapur Amie.... haa... dapat sepinggan seorang ye....cepat...cepat siapa cepat dia dapat! Yang lambat sampai tu...kalau tak dapat jangan nangis ye... hi hi hiiii...

23 comments

  1. Menarik gak msk dgn saffron ni ye...masa dulu selalu minum annusyrah yg ada kandungan saffron tu..mana nak beli ye kak?

    dari dulu memg xfaham cr kukus nasi..nak letak dalam bekas kemudian letak dlm pengukus atau lambakkan aje beras dlm bekas pengukus berlubang2 tu? mcmana ye..

    BalasPadam
  2. sedapnya tgk nasi akak ni...order 1 set yer kak..hehe

    BalasPadam
  3. Assalam kak amie,kalo datangumah akk jer mesti nmpak mcm2 set nasi yg sedap,uish terliur kak,sekbek msk nasi ketumbar arini,hehe..Akak,kari akak nmpak sedap n pekat,kalo cicah roti sedap tuh..Sy dikira awai juga kan,leh dapat sepinggan kut,hihi..

    BalasPadam
  4. nasi hujan panas mmg fav ayu la
    kalo kat bazar ramadhan dulu selalu beli kat pak cik mamak tue ...set ayam daging n dalca sekali masik almost 10 hengget tapy sedap hingga menjilat jari la....tapy bila buat x rasa gitew la uwaaaaa....hentak kaki

    BalasPadam
  5. Assalam amie, menarik sunggu nasi saffron ujan panas tu, tgk nasinya yg sebiji2 tu tentu sedap mkn, di ganding pula ngan kari ayam dan acar mentah tu

    BalasPadam
  6. Rasanya yana cam dh lmbt jee nii..ada lg x kak hehee.. terliur tgk kari pekat tuu.. :=)

    BalasPadam
  7. Alam Kak Amie,kalaulah internet boleh berkongsi aroma,boleh kongsi aroma herba tu kan
    cantik nasi tu, colorful!

    BalasPadam
  8. Nora,
    cuba cari di kedai mamak / India... ada tu...

    Kak Amie belajar kukus nasi dari mak mentua,

    biasanya kak Amie masak dulu nasi dalam kuali, dah kembang & kering, pindahkan ke periuk pengukus..

    nanti kalau kakak masak nasi guna pengukus, kakak masukkan dalam blog ye Nora....nanti kakak bagitau Nora juga...

    BalasPadam
  9. Nieza,
    satu set nasi saffron hujan panas ... siap!

    BalasPadam
  10. Dana,
    masih ada lagi ni....nak tambah pn boleh hehehehh,

    nasi ketumbar pun sedap apa....wangi lagi!

    BalasPadam
  11. Lady Ayu,
    memanglah dik.... biasanya yang masak tak dapat menikmati sepenuhnya kelazatan hasil air tangannya.... sebab dah kenyang dengan bau aromanya semasa memasak,

    kalau Ayu masak, orang lain yang makan akan rasa masakan Ay pulak sedap! he hehehhh

    BalasPadam
  12. Kak Rosa,
    Amie memang jarang masak dalam rice cooker,

    selamat masak dengan pengukus, sebab tak risau lembik atau keras... he heheh jadi nampaklah sebiji2...

    BalasPadam
  13. Yana,
    ada lagi ni... Kak Amie memang masak lebih2...sebab dah tahu ada yang lamat datang hahahahh,....

    bestnya... nampaknya Kak Amie ada gang kari pekatlah!

    BalasPadam
  14. Ixora,
    kuat daya imaginasi ye... aroma tu kira terapi minda jugalah... he hehehh

    BalasPadam
  15. Kak Amie rasa cm tak mampu nk buat kompem tak jadik ni huhu...

    ha ah betul2 kenyirko... dah lama nk g alih2 tasik sini yg diterjah dulu huhu...

    BalasPadam
  16. Hanis,
    boleh...pelan2, mesti jadi punya... mula2 bantai je, lama2 dah biasa, memang confirm menjadi! hi hi hi

    BalasPadam
  17. saffron mahal kan..:)
    cantik le colour nasi tu

    BalasPadam
  18. saffron ni mcm kali pertama tengok dalam tv mase tu wardina jd pengacara kot.ntah rancangan masak2 ape yg tayang resepi dr negara timur tengah ni.kalernya mcm merah2 gitu kan??? wangi rupanya...ingatkan org guna sebab nk warnanya yg merah...owh...nnai tak pernah lg tengok depan mata..taktau pon kat mana ada jual.tapi kalo jumpa pon, tak tahu jugak nak masak ape. heheh

    BalasPadam
  19. Kasih,
    memang mahal sebab nak dapat 1/2 kilo pun kena kumpul lebih 75,000 kuntum, sebab halus & ringankan,

    tapi kita boleh beli sikit je... ada setengah kedai siap paket2 kecik.

    BalasPadam
  20. Nani,
    saffron memang terkenal dalam masakan sebelah timur tengah,

    ada dijual di kedai mamak,

    memang warna merah tapi bila direndam dengan air panas airnya kuning, masak nasi minyak dsb boleh campurkan saffron...lebih harum & enak!

    BalasPadam
  21. Salam, Saffron Poshali yang ditempah baru sahaja tiba dari Iran minggu ini,original dan gred A,menghasilkan air warna kuning(hati2 memilih saffron kerana banyak yang palsu menggunakan warna tambahan). Kami order dari syarikat Zargol Saffron,fresh dari ladang.Untuk tempahan, sila hubungi saya di www.facebook.com/zouksaffron atau email binaminda@gmail.com.atau call 014-6245 445 Cepat!sementara stok masih ada!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe