Mee Udang Goreng Sotong

11:38 PG

Salam pagi Ahad untuk semua. Cuaca pagi ini sungguh nyaman, masih terasa dingin... mungkin disebabkan hujan semalaman. Suasana keliling nampak redup di bawah kepulan awan yang berarak  perlahan menahan sinaran cahaya matahari. Sungguh indah! Amie pun dengan rasa gembira menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak kerana hanya hari Ahad sahajalah dapat berlama-lama di dapur. Sesetengah orang membawa keluarga menikmati sarapan  pagi di luar, tetapi tidak bagi Amie. Sudah lebih dari cukup setiap hari Isnin hingga Sabtu sarapan di luar. Biarpun tidak seenak mana, tapi sekurang-kurangnya anak-anak dan suami dapat merasa air tangan ibunya yang hanya mampu menyediakan sarapan pagi seminggu sekali.... he hehehhh.. Kita tengok mee goreng ringkas yang Amie sediakan pagi ini....


Dalam resepi ditulis Mee Udang tapi tak nampak udang pun.... Ha... sebenarnya nama mee yang digunakan tu Mee Cap Udang. Amie gunakan udang tapi udang kering ditumbuk halus. Memang sedaplah mee kering Cap Udang. Amie memang tak pernah beli mee jenis begini. Oleh kerana suami memang suka sangat makan mee, Amie pun tak kisah mee jenis apa yang dibelinya. Kalau dia nak makan, Amie masakkan sajalah.



Bahan-bahan:
400 gram @ 1 bungkus Mee Cap Udang - celur dalam air panas hingga lembut - cuci dan toskan
3 ekor sotong sederhana besar - bersihkan dan potong ikut suka
3 batang sawi - potong ikut suka
2 sudu lada kisar
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu serbuk pati ayam
secubit garam - jika kurang masin
minyak

Bahan tumbuk:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 cawan udang kering

Bahan untuk sambal / lada:
7 biji cili padi
3 biji bawang putih
secubit garam
1 sudu gula
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
~tumbuk kesemua bahan hingga lumat, tambah garam & gula serta perahan air limau kasturi~

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan lada kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong. Gaul rata bersama sos tiram, sos cili dan sos tomato serta kicap pekat.
4. Masukkan sayur sawi.
5. Masukkan mee dan sedikit air panas jika mee terlalu kering.
6. Masukkan serbuk pati ayam. Jika kurang masin, tambah sedikit garam.
7. Gaul mesra dan sedia untuk dihidangkan. Hiaskan dengan telur rebus, hirisan tomato dan daun bawang.



Suami Amie macam sedap sangat dapat makan mee goreng. Amie pandang saja dia makan..... Amie sendiri makan roti telur, tak mahu makan mee goreng.... sebab dah selalu sangat makan.... rasa jemu, tapi suami memang tak pernah jemu makan mee goreng!

34 comments

  1. menu BF ayu tadi....but ayu buat guna sotong akak buat guna udang :))

    BalasPadam
  2. Mak aiii meriahnya mee ni. mesti sedapkan.

    BalasPadam
  3. ooo patut lah nama dia mee udang sotong...
    mee cap udang rupanya
    sedapppnya..sebab tu suami amie tak puas2 mkn mee kan.

    BalasPadam
  4. Assalam amie, , oh ada jenama mee udang ya kat sana, sedap tu mkn perah limau kasturi

    BalasPadam
  5. Lady Ayu,
    samalah menu kita pagi ini ye...

    BalasPadam
  6. Kak Sam,
    nampak meriah ye.... sesuailah tu dengan cuaca yang redup nyaman, hati pun senang....masak dengan rasa girang... he heheh

    BalasPadam
  7. Kasih,
    oleh sebab suami suka sangat makan mee, dia sajalah yang tahu beli... tapi memang mee cap udang sedap...

    BalasPadam
  8. Kak Rosa,
    Amie pun sebenarnya tak perasan jenama mee apa yang suami selalu beli, entah mengapa pagi tadi terbaca jenamanya... Mee Cap Udang, Perniagaan Salim Maju, Sandakan.

    BalasPadam
  9. amboiii kak sam..sedapnya nampak mi goreng ni..mieza kalau diberi pilihan bihun dan mi mmg akan pilih..mieza suka mi grg basah :)

    BalasPadam
  10. Mieza,
    mee & bee hoon memang kegemaran Kak Amie... memang sedap mee goreng basah2..

    BalasPadam
  11. saye kalau mee ke bihun ke mmg kegemaran...tak kire dimask ape pun...

    kalau goreng mcm ni mau 2 pinggan...

    BalasPadam
  12. mcm2 pelengkap mee goreng akak ni....sedap nmpk..

    BalasPadam
  13. sambal yg kt sebelah tu mcm sedap je kalau buat cicah keropok ikan... sy pon suke makan mee goreng. tp tengok cara masak jugak la. kalau yg pesen gaul kicap semata mcm jual kt kantin sekolah tu memang tak masuk tekak la..mee kak amie siap meriah dgn sotongnya lagi, cemane la encik suami tak beria makan...hihih

    BalasPadam
  14. puashati masak kan Amie, makan berjemaah hari minggu,seronok, air tangan sendiri lagi best kan...
    tapi ummi terbalik sikit, hari2 dah masak dan terperuk dirumah je, hari minggu kami jalan2 cari makan..

    BalasPadam
  15. sedapla amie...nak cedok resepi lah,,hehehe

    BalasPadam
  16. Nani,
    mee yang tu memang Kak Amie pun tak boleh jalan... mesti ada aksesorinya... he hehehh

    BalasPadam
  17. Ummi,
    he he he... pengurusan masa kita bijak.... !

    BalasPadam
  18. Ummi,
    he he he... pengurusan masa kita bijak.... !

    BalasPadam
  19. Mummy2k,
    okey.... dipersilakan dengan segala senang hati...

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum akak...
    sedaaapnya mee tu akak... mee nie mmg fav ramai org kat cnie kan akak.. mmg sedaaap

    BalasPadam
  21. asal masuk sini je mesti rasa nak pengsan tgk makanan best! huhu...

    akak...aishiteruuu

    BalasPadam
  22. Diana,
    macam2 jenis mee kering kakak jumpa... rupanya mee cap udang lebih sedap dari mee yang lain!

    BalasPadam
  23. Hana,
    pelan2... jangan pengsan dulu... hi hi hi

    BalasPadam
  24. Salam Amie...
    kalau kat spore nih nk cari mee udang mmg confirm tak de lah...
    yg menarik dimkn ngan mee udang tuh ada sos yg menarik sgt ati mama nih..cam sedap jer cicah ngan ikan bakar..ki3x org mkn ngan mee mama nak mkn ngan ikan plak

    BalasPadam
  25. Salam Mama Hawa,
    ada juga orang makan mee dengan nasi (nasi ambang tu..)Amie pun makan mee dengan macam2...ikan pun masuk jugak, yang penting bukan mee kosong... he hehehh

    BalasPadam
  26. Salam Kak Amie,
    sama pulok design blog kita eikk :D
    dah lama tak buat mee goreng, tak sempat :)

    BalasPadam
  27. Teringinnya kakak nak makam mee itu Amie. Nak buat walau dah tunjuk resepi pun entah bila...:)

    BalasPadam
  28. Assalam amie,
    kita pulak kecur tengok mee goreng amie ni..kita kalau mee tak tolak punya..gorenglah macam mana mesti laju aje..

    BalasPadam
  29. Ixora,
    iye ke.... laaa tak perasanlah pulak... takpe, sama2 pilihan hati, Kak Amie suka warnanya, nak matchkan dengan header tu...

    BalasPadam
  30. Kak Zakie,
    makan mee begini memang sedap, kalau bbuh banyak aksesori lagilah sedap! hi hi hi...

    BalasPadam
  31. Ayu,
    samalah macam suami Amie... kang bulan puasa kang... sebulanlah dia nak makan mee...he he hehh

    BalasPadam
  32. Salam K.Amie..Bestnyaa mee ada udang..meriah jee tgk hehee

    BalasPadam
  33. Yana,
    jomsam2 meriahkan sekali...he heheh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe