ADSENSE

Rabu, 15 Mei 2013

Sarapan Ketupat & Daging Sekilo Bawang Sekilo

Assalamualaikum.
Amie's Little Kitchen pagi ini menghidangkan menu sarapan ketupat ala daun palas (Nona punya....), dengan Daging Sekilo Bawang Sekilo. Kalau nak tahu tentang kisah Daging Sekilo Bawang Sekilo, bolehlah klik DI SINI dan DI SINI.  Jom sama-sama nikmati resepi yang penuh nostalgia ini....


Kalau ikutkan selera memang susah nak berhenti makan hidangan ini sebab selain dagingnya yang lembut, kuahnya pula manis disebabkan bawang besar yang hancur lunyai dimasak lebih 2 jam bersama daging. Rasanya tidaklah begitu pedas, kerana pertemuan di antara santan kelapa dengan cili merah menjadikan rasanya bertambah enak!


Jom kita lihat resepinya di bawah ini:

Resepi: Bawang Sekilo Daging Sekilo
Sumber : Imelda Shahriah Ishak
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji cili merah (potong nipis-nipis)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula / perasa pilihan
minyak
1 sudu teh pati asam jawa

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak.
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / roti dll.

Biasanya Amie mengambil masa selama 2 jam untuk memasak Daging Sekilo Bawang Sekilo tidak termasuk waktu menyediakan bahan.



Makan hidangan begini memang mengenyangkan!



Jemput......


10 ulasan:

Asyifa Mustaffa berkata...

salam k.amie,
mcm teringin plak tekak ni nak mkn nasi himpit nie...tgk akak pnya da mcm menyelerakan jer...:-)

Amie berkata...

Asyifa,
sedapkan makan nasi impit cicah rendang ke, lagilah kalau ada sambal kacang...

Mel berkata...

as salam kak amie..Sedapnya ketupat & rendang..wahh..post kak amie tengahari ni macam memanggil nak suruh buat.tak leh tahan dengan godaan rendang...wuuuuu...

Tina Othman berkata...

Wah sedapnya, oh resepi ni guna santan ye klu yg mak kawan tina punya resepi tak guna santan rempah ni semua daging perap dgn kicap

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie..menu peberet kak amie ni..kalau daging sekilo mesti kak amie gandingkan ngan nasi impit..
Dah lama tingin nak buat..tp asyik menu lain potong Q jerr

Suzana Ibrahim berkata...

nampak sesuai betul daging ni di gandingkan dengan ketupat nasi,meme sedap!

Temuk berkata...

Assalam, Amie
Kalau ikutkan rasa, memang nak terus terbang ke Sabah, intai kalau-kalau ada lagi juadah Amie yang memakan masa sampai 2 jam untuk memasaknya tu! Gerenti empuk + sedap. Kalau nak cepat masak+makan, boleh tak Ayah guna daging ayam tanpa tulang?

Sury Abil berkata...

Meriahnya kak amie...semua main kilo ye....mmg berbaloi2 menu camni....:-)

Mamasya berkata...

Aslmkum Amie
nampak sedapnya hidangan daging cicah dg ketupat nasi yg Amie hidangkan ni.
resepinyapun menarik 1 kg bwg dg se kg daging..

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

uih..memang padan sangat la kombinasi ikan bakar dan sambal mangga tu..memang menambah la nasik..hehe..