Mango Casablanca
5:12 PTGSalam petang Rabu. Jom minum petang dengan hidangan Mango Casablanca hasil air tangan Amie yang pertama! Potongannya nampak hodoh sikit tapi Amie berpuas hati kerana dapat merealisasikan impian membuat Mango Casablanca sejak tahun lepas. Oleh kerana hanya boleh membuat pesanan sekiranya ingin menikmati pencuci mulut yang lemak berkrim ini, akhirnya Amie bertekad ingin membuatnya sendiri. Setelah beberapa kali menjalankan bedah siasat untuk mengetahui rahsia bahan yang digunakan akhirnya Amie dengan bantuan rakan sekerja, Fauziah Biran menyenaraikan bahan dan cara penyediaan Mango Casablanca. Setelah mengikuti cerita resepi Amie di bawah ini,mungkin ada di antara rakan blogger yang pernah membuatnya, jadi besar sangatlah harapan Amie agar dapat memberikan pandangan untuk membetulkan mana yang patut, menambah yang terkurang dan mengurangkan mana yang terlebih!
Resepi: Mango Casablanca
Sumber : Fauziah Biran & Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram Philadelphia Cream Cheese
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
susu cair - pilihan (Amie tidak gunakan)
bekas persegi ukuran 12' X12"
Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3 biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3 biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.
~ Sekiranya anda mencampurkan susu cair, hasil Mango Casablanca akan lebih lembut, lembik dan tidak boleh dipotong, dan hanya boleh disenduk untuk dihidangkan. Selamat mencuba bagi yang berminat. Yang sudah biasa buat, minta tolong tegur mana yang salah ye~
25 comments
emmmmmm menggoda sungguh...aduhai ni yang lemah masuk blog Amie ni..he he..
BalasPadamassalam K.Amie
BalasPadamsedapnye...lum penah makan Casablanca ni tau he he
kek lapis pandan k.A mie pun cantik sgt nak trylah nanti he he
Amie..lama acik tak kemari..laptop dah dipulangkan untuk test katanya..mudah2an terus elok laptop acik ni dapat acik BW kerumah kawan2.
BalasPadamteringin nak buat lapis pandan tu. saya suka kek pandan2 ni. :D
BalasPadammmng tergugat betul tengok kedua2 tu....tiba2 perut berbunyi....
BalasPadamNampak menggiurkan sungguh le.
BalasPadamDua2 membuatkan kak Zai terliur,kalaulah rumah Amie dekat nak saja kak Zai dengan muka tak malu ketuk pintu huhuhu...
BalasPadamehem kalaulah rumah mama sebelah rumah amy..mesti hari2 mama tempah makanan kat amie !!..hu2x..jeles tgk amie masak sedap2..sedangkan mama asyik menunjuk je..hu2x..
BalasPadamnak lah amie!sedap giler tu!! aduhaii
BalasPadamAssalam kak amie,nih ade iras2 kek lapis cheese persona,cuma lapis persona letak sekut merie n xbyk bahan..Nmpak sedap tuh kk,msti sedap sgt kan,yerla kalo dah da cis2 nih,kompom sedap..
BalasPadamakak teringin saya nak makan yg casablanca tu kak..nama pun menarik..ada manggok lagik..sedapnya...
BalasPadamyang casablanca juga yang meliurkan..tapi kan kak dah dua minggu tak berasap dapur...makan kat sempat je ni ...
BalasPadamMorning Kak Amie.. Melly belum pernah dengar manggo casablanca tuh, cantik lah namanya pasti nya rasanya yummy juga. ngeces nih kak..slurrp
BalasPadamNampak gebu dan creamy, tentu sedap rasanya Amie. Kek lapis pandan tu pun cantik Amie, rasa nak ngap dua2 kek tu..
BalasPadammasha Allah kak..sedapnya..bila la dapat rasa air tangan akak ye..huhuh
BalasPadammasha Allah kak..sedapnya..bila la dapat rasa air tangan akak ye..huhuh
BalasPadamSalam Kak Amie,mewah sangat mango casablanca tu...perghh..tergodanya gue..
BalasPadammewah n nmpak sedap sgt kek ni kak..mango lg tu, mmg pebreret sy :)
BalasPadamZalin,
BalasPadamjangan lupa datang lagi ye Zalin....:)
Mama Nur Sara,
sedap casablanca tu... lemak manis berkrim!
Acik Erna,
terima kasih Acik, walaupun begitu, Acik usaha juga lawat rumah kawan-kawan.
Asmara,
BalasPadamsilakan buat as, sedap,lembut & wangi.
MP,
macamana bunyinya perut tu MP... entah-entah ada benda lain kot ha hahahhh.
Kak Sam,
jemput makan Kak Sam.
Kak Zaitun,
BalasPadamhe he hehhh... marilah datang sini kak Zai.
Mama Aini,
jemput makan Mama Aini.
WC,
memang sedap! Jom makan sama.
Dana,
BalasPadammemang cis sedap!
Quinnie,
senang je buatnya, he he hehh takpayah masak-masak....:)
Nora,
tak apalah, yang penting dapat isi perut.
Melly,
BalasPadammemang enak banget!
Ummi,
kalau dah creamy... memang sedap!
Pen Biru,
jemput datang sini, boleh makan sama!
Rahel,
BalasPadamsedap tau , kalau Rahel buat mesti sedap!
Noorsha,
ye...sedap...sedap!
lebih sedap klu kurgkn chese guna 180 gram dan guna fresh krim. klu lebih chese mango tak float
BalasPadam