ADSENSE

Khamis, 17 November 2011

16 November : Bercampur Baur

16 November datang dan pergi. Setiap kali ia datang ada sahaja kenangan yang terjadi dan setiap kali ia pergi pasti akan sentiasa Amie nantikan kehadirannya. Hari ini hari ulang tahun Amie.... tetapi kerana hari ini merupakan hari yang sangat sibuk, Amie tidak berhasrat untuk menyambutnya. Amie pun tidak membuat sebarang persiapan memandangkan pada malamnya kami perlu menghadiri Annual Dinner di Executive Hotel. Kalau sudah namanya Annual Dinner memang semua orang pun sudah faham...... banyak agendanya... termasuk memakai pakaian seperti yang ditetapkan, meraikan perpisahan dengan rakan-rakan yang berpindah ke semenanjung, cabutan bertuah dan pelbagai acara yang lain termasuk berkaraoke. Sebelum menghadiri majlis tersebut, anak-anak dan suami meminta Amie memotong Cheese Fruit Cake (aduuiiiiii...... kenapalah mereka susah payah belikan kek untuk Amie padahal Amie sudah beritahu tak perlu buat sambutan) sempat setiap seorang daripada mereka suap sedikit kek ke mulut ibunya....


Oleh kerana gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung kelihatan suram kerana masalah cahaya kamera, Amie tidak masukkanlah gambar-gambar tersebut. Cuma yang Amie rasa sangat terharu, setelah Pengetua memberikan ucapan dan kembali ke tempat duduknya... tiba-tiba beliau bergegas semula ke pentas dan memberitahu ada 2 perkara yang terlupa untuk dinyatakan dalam ucapannya.Amie lupa perkara yang pertama tetapi perkara yang kedua memang Amie tidak akan lupa kerana katanya..... perkara yang ke2 ialah hari ini 16 November merupakan hari ulang tahun......nama Amie disebut, menyebabkan Amie rasa terkejut dan sangat terharu kerana ucapannya terus disambut oleh  rakan-rakan yang menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Amie.  

Sebenarnya pada hari ini juga, buat pertama kalinya kami melepaskan anak kedua kami, Fuad untuk mengikuti aktiviti Jambori Pengakap Asia-Pasifik yang akan diadakan di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu. Semasa majlis makan malam berlangsung..... suami hantar anak kami ini ke stesyen bas untuk bertolak ke Kota Kinabalu. Agak terkilah sedikit kerana Amie tidak dapat menghantar sama. Fuad bersama 15 orang rakannya serta guru pengiring berangkat ke Kota Kinabalu pada pukul 9 malam tadi dan dijangka akan sampai ke Kota Kinabalu selewat-lewatnya 7 jam kemudian. Keesokan petang barulah mereka terbang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Air Asia dan mendarat di LCCT. Keesokan paginya pada 18 November mereka akan meneruskan penerbangan ke Terengganu. Demi masa depannya, kami lepaskan juga bujang Tingkatan Satu ini hidup berdikari di bawah aktiviti kokurikulum. Memang.... perjalanan yang jauh tentu meletihkan! Tapi Fuad perlu mengharunginya untuk ketahanan mental dan fizikalnya.




Fuad..... ahli pengakap laut. Berkampunglah dia di sana selama seminggu! Biarlah dia belajar mengenali dunia luar.... oh! sudah lewat 12 malam rupanya... dan sebentar tadi isyarat mesej dari telefon bimbit  berbunyi. Bila Amie buka:

Mesyuarat Exco
Jam: 8 pagi
Tempat: Bilik APD
Tarikh: 17 November
Kehadiran: Semua PK & KB
Agenda utama: Agihan Tugas 2012
Good Night...

inilah hidup Amie...dalam sehari ada mood-mood tertentu silih berganti... suka, duka, bosan, menyampah, meluat, merungut, mengeluh...penat, marah,senyum, ketawa.... semua ada.....

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan blogger yang mengucapkan selamat ulang tahun buat Amie....sayangggg semua.... terima kasih! Amie rasa seronok sangat.....!

35 ulasan:

Wani berkata...

salam kak amie.... selamat hari jadi .semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ..:))sedap nampak kek tu

cik cek berkata...

happy Birthday Amie....
Happy2 selalu ya....:D

Zaliedana berkata...

Assalam Kak Amie cayang Hepi birthday ya kak,moga berbahagia selalu,murah rezeki n ditambahkan keimanan..Pstt bestnyer dapat kek cis buah tuh kak,nmpk mmg sedap..Prihatin juga ya pengetua akak,mmg bagus pengetua gini,prihatin terhadap org bawahnyer..Mesti akak rasa hepi n bangga kan..Moga akak ceria2 selalu eks..

Nieza berkata...

happy birthday kak...seronok kan bila ada org hargai gitu..baiknya pengetua akak tu...prihatin sungguh..:)

Along Maklong berkata...

salam amie..
happy birthday.. semuga dirahmati allah sentiasa.. panjang umur.. murah rezeki.. bahagia dunia dan akhirat.. maklong ada je ni.. sehat dan sebuk sikit..

Amie berkata...

Wani, terima kasih atas ucapan itu....amin!

Ci Cek,
terima kasih Cik Cek...iye...memang sentiasa ingin gembira!

Zaliedana,
terima kasih dik....memang rasa terharu dan tergamam dengan pengumuman itu...

Nieza,
terima kasih dik.... syukurlah dapat pengetua yang sebegitu...

Maklong,
terima kasih Maklong....amin!

CT Delima berkata...

As'salam Amie


Tahniah sekali lagi dari CT buat Amie. tumpang rasa gembira sebab menjadi insan yang sibuk namun sempat lagi menguruskan rumah tangga dan xtvt yang padat dan sendat dengan hati yang sangat2 ikhlas. biasalah tu Amie..setiap kata2 Amie tu

(pinjam jap ayat Amie..) inilah hidup Amie...dalam sehari ada mood-mood tertentu silih berganti... suka, duka, bosan, menyampah, meluat, merungut, mengeluh...penat, marah, senyum, ketawa.... semua ada..... begitulah hidup kita hari2 kan. bersyukur dengan apa yang diberikan pada kita selam ini :)

ummiross berkata...

Amie, terharunya baca n3 ni,seronokkan bila dihargai oleh anak2 dan rakan2..
Moga anak Amie mendapat pengalaman baru dan enjoy aktiviti perkhemahannnya di terengganu..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

mesti sedap cake tue....
x sangka bufday akak same date ngan adam....mesti perangai pow lebey kurang ni hahahha

MamaEma berkata...

selamat hari jadi kak amie...semuga apa yang dihajati terlaksana

Kamalia berkata...

happy belated birthday kak..semoga sentiasa di bawah lindungan NYa..
psstt..kek tu nmpk sedap sgt.

Asmara berkata...

Selamat ulangtahun kak! Semoga terus diberi kesihatan yg baik dan rezeki yg baik buat akak. Amin..

Anna Qawina berkata...

hidup kak, macam ni la akn, macam2 ada yg perlu kita lalui..apa2pun happy birthday buat kaka & semoga dilimpahi rahmatNya sentiasa..

wahida berkata...

selamat hari lahir kak...maaf terlambat...

semoga akak dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa berbahagia hendaknya...amin...

Ida,Japan berkata...

hepi birthday k'amie...baru sempat jengah sini kak...

whitecappuccino berkata...

Selamat Ulangtahun Amie!! semalam tak sempat melawat blog Amie..terlewat sehari..takper yer? Anak WC yg tg4 juga join Jambori ni..bertolak pagi tadi..

Ayu berkata...

Assalam amie,
waduh Happy belated birthday buat Cikgu Amie ya..semuga panajng usia & dimurahkan rezeki..diberkati dan berbahagia di samping keluraga didunia & akhirat insyaallah ..Semuga Fuad, dapat menjalani dan merasai hidup berdikari selama seminggu ni ya..jauh juga kan ..
mesti rindu kat dia tu nantikan amie..

rahel berkata...

Selamat tengah hari Kak Amie sayang..

SELAMAT HARIJADI,semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama anak2 dan suami.

Mieza berkata...

Kak Amie sayang..selamat hari lahir..kak amie besday 16 november..mieza punya 15 november..dekat2 besday kita kak...semoga panjang umur...may all the good things happen in your life :)

EmbunRosaliza berkata...

mesti saat amie menulis ni perasaan bercampur baurkan, risaukan anak yg berjauhan, mcm mana dia, dan mcm2 dok fikirkan, tugasan yg tak pernah habis. best bila org ingat besday kita

Puteri Kasih berkata...

Happy Birthday kak amie sayang...puteri minta maaf sangat-sangat. puteri tak tau hari jadi akak.

Puteri doakan akak panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang

Sayang kak amie :)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Salam Amie..
Happy belated birthday buat Amie yer.. sy doakan segala yg terbaik buat Amie untuk tahun2 mendatang.. maaf terlambat sehari.. hehe..

begitulah kita sehari2 sibuk dengan pelbagai tanggujawab & tugasan kan.. harap kita sama2 tabah melaluinya.. didoakan juga anak amie yg menyertai jambori dpt melakukan xtvtnya di sana dgn selamat & yg penting.. ianya tentu satu pengalaman yg berharga buat Fuad..

Nens Collection berkata...

hepi besday kak amie..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..aminn

mesti rs hepi gilerr kan,pengetua ingat..kalo sy dh bangga + terharu dh..kiki

Zaitun berkata...

Memang terharu bila ada orang ingat tarikh istimewa kita kan.Semoga Amie bahagia selalu.

quinnie berkata...

kita pulak rasa terharu dgr kejutan dari pengetua akak tu...hehhehe...

moga anak akak selamat kat terengganu...:)

happy belated birthday buat akak ,moga dimurahkan rezki dan dipanjangkan usia..:)

Ucu Faridah berkata...

k.amie sayangggg...sori sesangat ucu tak sempat bukak blog pg td lagi ditambah dgn skrg menimbun kerja yg kena bereskan...yg jd x best note book rosak lagi....

Cian akak.. tak sempat ucu nk buatkan kek s/17 tu...sbb mlm tadi terpaksa sempat2kn jg buat kek birthday akid (padang bola) pastu kena siapkan tempahan pokadot lagi 270pcs..

ape2 pun.....SELAMAT PANJANG UMUR, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DIDUNIA N AKHIRAT..AMIN YA RABBALALAMIN...
SAYANGGG K.AMIE...

Wattie berkata...

Assalamualaiku Amie,
Happy Birthday Amie, semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, teringin nak rasa kek cheese tu. Dan semuga jua Fuad menjadi anak yang terbaik, insyaAllah

Amie berkata...

CT,
Waalaikumussalam....terima kasih atas ucapan itu.

...he hehehhh hormon kita ni pandai berubah-ubah, jadinya turut mempengaruhi mood harian kita...terima kasih sekalilagi ye CT kerana mengingatkan Amie tentang perlunya bersyukur atas segala pemberian-Nya. Mudah-mudahan kita sema tergolong sebagai hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

Ummi,
memang rasa sangat terharu, tapu tak berapa nak fokus perasaan tu jadi tak menentu sebab pada masa yang sama mengenangkan anak bujang saty tu...

Amie berkata...

Lady Ayu,
memang sama tarikh dengan Adam... he hehhhee apa pe'el yang sama tu ye...

MamaEma,
terima kasih atas ucapan itu....mudah-mudahan hajat terlaksana.... amin ya Allah!

Kamalia,
terima kasih atas ucapan itu....ya...mudah-mudahan...amin!

Asamara,
terima kasih.... terima kasih...mudah-mudahan rezeki sihat akan sentiasa diperolehi...amin ya Allah!

Amie berkata...

Anna Qawina,
ya...mudah-mudahan sentiasa dapat lalu hari-hari mendatang dengan penuh rasa syukur.... terima kasih atas ucapan itu ya Anna.

Wahida,
terima kasih....terima kasih..mudah-mudahan doa itu Allah perkenankan.... amin!

Ida,
terima kasih dik... jauhnya datang menjengah... he hehehh

WC,
terima kasih WC atas ucapan itu... ooohhh.. ikut jambori itu ye, semoga peluang sebegini akan menjadikan anak-anak kita lebih matang dan berdikari ye WC...

Amie berkata...

Ayu,
terima kasih Ayu....terima kasih atas ucapan itu.

memang seminggu Fuad di sana, yang menambah jumlah hari ialah tempoh perjalanannya tu... maklumlah jauuh, naik bas, menyeberang Laut China Selatan (he hehehhh...bukan berenang laa...) tapi syukurlah, dengan peluang yang diberikan ini insya-Allah Fuad akan dapat pengalaman baru dalam hidupnya...

Rahel,
terima kasih dik....insya-Allah doanya itu didengari-Nya....amin...amin!

Amie berkata...

Miezaaaa.... oooo....lain kali kena sambut sama-sama ni...kena pilih tengahmalam 15 November untuk potong kek..... 1 bahagian untuk Mieza,1 bahagian lagi untuk kakak..... seronoknya!

Rosa,
betul tu...betul tekaan Rosa tu... maklumlah buat pertama kalinya lepaskan anak berjauhan dari 16 -28 November... memang rasa terharu bila orang ingat birthday kita...

Puteri Kasih,
terima kasih dik... terima kasih atas ucapan itu, insya-Allah ...Dia Maha Mendengar... insya-Allah doa itu sampai pada-Nya....amin!

Amie berkata...

Salam Madiha...
terima kasih atas ucapan itu, terima kasih atas doa itu...ya..mudah-mudahan hidup kami sentiasa rukun damai...

memang hakikatnya kita perlu beri kesempatan & peluang untuk anak-anak mengalami sendiri peluang beraktiviti seperti itu, lagi pun bukannya selalu jambori sebegini dianjurkan di negara kita....4 atau 5 tahun sekali...

Nens,
terima kasih.... terharu... memang rasa terharu...

Zaitun,
terima kasih....insya-Allah, memang ingin berbahagia...amin...amin ya Allah..

Amie berkata...

Quinnie,
memang terkejut dik...tergamam masa tu... he hehhh

ya... kakak harap Fuad enjoy mengikuti aktiviti jambori pengakap tu...

terima kasih dik Quinnie, mudah-mudahan doa itu didengari-Nya...amin ya Rabbal alamin...

Salam Ucu,
he he hehh... gurau aje,jauhnya tu nak tempah kek..nak bawa berenang menyeberang Laut China Selatan lagi...

terimakasih atas ucapan dan doa itu...mudah-mudahan kita sama-samalah hidup berbahagia,dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki oleh-Nya...amin!

Wattie,
terima kasih atas ucapan itu Wattie...insyaAllah Taala...amin!
ya...mudah-mudahan yang terbaik itu sentiasa menyebelahi anak-anak kita ye Wattie...

Acik Erna berkata...

Selamat hari lahir amie..