Minum Petang dengan Relaxing Tea
8:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jalan-jalan lagi selepas menghadiri aktiviti hari Sabtu di ladang. Kali ini kami ke Sandakan, tujuan menziarahi ibu mentua adik ipar yang sedang sakit. Sebelum sampai ke bandar Sandakan, kami singgah cari makan di sebuah restoran. Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul tiga petang, jadi kami hanya memesan makanan separuh berat sahaja. Firdaus dan Encik Suami pun tidak mahu makan nasi.
Kalau pukul tiga petang, itu menandakan sudah hampir masuk waktu asar!
| Relaxing Tea |
| Firdaus ikut minum Relaxing Tea. |
| Shark Fin Soup |
| Five Spices Spring Roll |
| Otak-Otak |
| Otak-Otak |
Otak-Otak kecil nipis ini berharga RM22.00 lima bungkus. Beli sajalah, nanti teringat-ingat pula. Bukannya mudah untuk jumpa otak-otak di Negeri di Bawah bayu ini!
| Sotong Kangkung |
| Mee Soup |
Encik Suami tetap mencari makanan rebus-rebus atau bersup. Dapatlah semangkuk mi sup. Mi tersembunyi di bawah aksesorinya. Ketika dihidangkan barulah dituang kuah sup. Kuah sup diletak di dalam teko putih di sebelah mangkuk Mi Sup.
| Salted Egg Crispy Mushroom |
Firdaus pun sudah pandai memilih makanan selain nasi. Dia memesan Salted Egg Crispy Mushroom. Kita cuba makan sekeping. Tambah lagi dan lagi! Dan sudah tentulah sedap sehingga menjilat jari.
| Salted Egg Crispy Mushroom |
Selain Salted Egg Crispy Mushroom, Firfaus menambah pesanan berupa burger dan kentang goreng.
Walaupun tidak sempat makan tengah haari dan menjamah nasi, tetapi pilihan makanan dan minuman petang sudah cukup mengenyangkan.
14 comments
Semua hidangan nampak menyelerakan , sesekali skip nasi pun best.
BalasPadamBoleh tahan harga otak² tu. Tapi betullah tu, nanti teringat² pulak kalau tak jamah.
BalasPadamRelaxing tea menarik la
Spring roll dia nampak rangup betul tu.Umangaii mahal bona otak-otak eh RM22 5keping. Nanti tak beli menyesal pula kan, macam Kak Amie cakap nanti teringat-ingat. Favourite sotong kangkung tu. Unik betul hidangn mi sup tu. Bekas batu macam lesung ke tu kak Amie?
BalasPadamAlhamdulillah...Tak makan nasi pun sangat mengenyangkan ni. Banyak menu ada karbo, protein.
Teringin plak nak rasa otak² premium tu ye 🤑
BalasPadamKalau datang sini kan....semuanya menyelerakan...baik yg dimasak oleh cikgu maupun yang dipesan di restoran...
BalasPadamMesti harum bau teh tu kan kak... pastu tergoda nengok otak-otak dan sotong kangkung tu kak oi
BalasPadamNi dah petang ni memang sedap mengeteh. Dapat teh enak banget. Nanti balik semenanjung cari otak2 lagi..
BalasPadamMacam lesung pulak tempat mi sup tu. Huihhhh harganya tertelan ailio tengok.
BalasPadamSaya malah tergoda dengan menu suami kakak. Nampak segaaaar kuah sup, dan topping pun banyak 😍😍😍😍. Walau rebus, pasti sedap nih
BalasPadamberbagai cara persembahan makanan kat sana kan..pertama kali nampak ..subahanallah
BalasPadamFive Spices Spring Roll ni first time tengok
BalasPadambau teh tu mesti wangi. saya tertarik pulak tengok mee sup tu, nampak sedap jee!
BalasPadamotak2 tu mahal, tapi sebab jarang jumpa beli jelah.nanti kempunan hehe
Boleh tahan juga harga otak-otak tu Kak Amie, RM22 untuk 5 keping... tapi betul kata Kak Amie, alang-alang dah jumpa kat Sabah beli je lah daripada teringat-ingat kan! Menarik betul persembahan Mee Sup Encik Suami akak tu, kuah dituang dari teko asing dan mangkuknya nampak antik macam lesung batu. Unik sangat
BalasPadamTempat premium agaknya sebab otak² tu cam rasa mahal.
BalasPadam