Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di malam yang dingin dan sepi.
Kita cerita-cerita juadah berbuka petang tadi. Amie tak dapat kongsikan sebab semua gambar tidak jelas. Hari ini mendung sepanjang hari, dan hujan di tengahari.
Amie masak kiub lo han kuo untuk buang panas. Minuman ini sedap diminum panas dan juga sejuk. Encik Suami beli yang sudah siap dalam satu pek. Biasanya Amie akan renih buah kundur dengan longan kering tetapi kali ini hanya rebus selama lima minit sahaja 300 gram lo han kuo. Lo han kuo ini merupakan kiub dari ramuan gula batu, buah kundur, lo han kuo dan mata kucing.
Amie suka tambahkan white fungus dan kurma merah di dalam minuman ini. Jadi sewaktu menikmatinya, bolehlah kunyah-kunyah white fungus dan kurma merah bersama kepingan kecil buah kundur dan mata kucing di dalam kiub lo han kuo.
Amie suka tambahkan white fungus dan kurma merah di dalam minuman ini. Jadi sewaktu menikmatinya, bolehlah kunyah-kunyah white fungus dan kurma merah bersama kepingan kecil buah kundur dan mata kucing di dalam kiub lo han kuo.
Minuman untuk buang panas. |
Sebungkus seberat 300 gram : RM6.00. |
Kiub Lo Han Kuo |
Diminum panas sedap, diminum sejuk pun sedap! |
Penuh khasiat minuman ni Kak Amie ye...dgn Tambahan kurma merah & white fungus tu lagi 👍
BalasPadamSedap kunyah white fungus.
Padamini kalau tambah ais sedap ni kak heheheh...
BalasPadamSedap Dana.
PadamMinum panas pun sedap. Wangi.
belum pernah jumpa lagi pek begitu disini,kalau terjumpa nanti boleh juga cuba minuman ni lebih kurang macam laici kang kan kak?
BalasPadamKalau ditambah bahan lain seperti kembang semangkuk, biji selasih, kekacang, laici dan sebagainya bolehlah jadi laici kang.
PadamRasanya manis2 atau tak rasa apa2 kak?
BalasPadamAda campuran gula batu. Rasa manis yang sempurna.
PadamLamanya tak minum air ni Kak Amie! Dulu kalau pergi Chinese wedding atau dinner Chinese menu baru dapat minum air ni. Terima kasih share resipi ni 🌸
BalasPadamMinuman begini memang terkenal dalam masyarakat Cina.
Padamsedap ni. kalau cuaca panas dapat air ni rasa segar je.
BalasPadamBetul Sal. Sedap rasanya, manis yang sempurna dari gula batu dan kombinasi bahan lain.
PadamOoh..ada jual dalam pek rupanya. Tak perasan ada dijual.
BalasPadamSelalu saya rebus bahan yang dijual berasingan seperti longan kering dan kundur, tapi kali ini Encik Suami beli yang dah siap bentuk kiub.
PadamTak pernah tahu pun minuman ni..Tapi sangat menarik..Macam ala-ala lai chi kang ..sedap minum panas ni
BalasPadamMama Cella suka manis kan. Cubalah, sesedap rasa manisnya.
PadamPack macam tu biasa jual kat mana kak Amie? Kedai ubat cina ke atau pasaraya ada jual.
BalasPadamDi pasaraya ada, di kedai ubat Cina pun ada.
Padam