Sayur Campur King Oyster Mushroom & The Gang

10:16 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Akhir-akhir ini agak sibuk dengan kerja-kerja menoreh, jadi tidak dapat selalu masuk ke dapur sendiri apalagi untuk jalan-jalan ziarah ke rumah rakan-rakan maya. Maklumlah tugas hakiki itu perlu diutamakan kerana itulah yang akan 'diaudit' di dunia sana selepas kita kembali kepada-Nya. 

Malam ini ambil kesempatan menulis entri supaya tidaklah banyak hari yang dilalui tanpa sebarang tulisan. Itu pun setelah selesai menyediakan pelbagai laporan untuk dibentangkan esok. Esok selepas menoreh terus mesyuarat sampai ke petang. 

Petang tadi masak lebih sedikit. Baki lauk yang ada bolehlah dipanaskan di sebelah pagi untuk dibawa bekal menoreh.

Sayur Campur King Oyster Mushroom & The Gang

Hidangan Makan Tengah Hari / Malam

Asam Rebus Ikan Kerisi

Sayap Ayam Goreng

Sambal Udang dengan Tauhu

Sayur Campur King Oyster Mushroom & The Gang


Resipi Sayur Campur King Oyster Mushroom & The Gang
Bahan-bahan:
  • 200 gram King Oyster Mushroom - potong ikut saiz yang digemari
  • 5 batang putik jagung - belah 2
  • 1 cawan hirisan capsicum merah
  • 1 cawan hirisan capsicum hijau
  • 7 biji bebola ikan - belah dua
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma.
  3. Masukkan King Oyster Mushroom, putih jagung, capsicum merah dan hijau serta bebola ikan.
  4. Tutup kuali. Biarkan selama 3 minit.
  5. Buka penutup kuali. Tuangkan sos tiram, garam, perasa pilihan dan lada putih tumbuk.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Sayur Campur King Oyster Mushroom & The Gang ini sedap diratah begitu sahaja.


Berangan hendak bawa lebihan lauk buat bekal esok pergi menoreh, tapi semuanya habis licin. Alhamdulillah. In syaa Allah ada rezeki lain.

11 comments

  1. Mushroom and the gang... macam nama kumpulan muzik pulak!

    BalasPadam
  2. Sedap tu cendawan.
    Mujur dah simpan untuk bekal menoreh kalau tak habis diratah je huhu..

    BalasPadam
  3. Sy kalau dapat sayur campur ni, nasi kena sikit aje, meratah yg sedap.

    BalasPadam
  4. sayur campur makan meratah gitu saja pon sodappnyaaaaaa aduhaii~

    BalasPadam
  5. Meriahnya!
    Sedap diratah² juga sayur campur tu...

    BalasPadam
  6. saya tak pandai makan King Oyster Mushroom.

    BalasPadam
  7. alhamdulillah menu lengkap menyelerakan

    BalasPadam
  8. asam rebus dan king oyster & sayur campurnya tu sangat menggoda selera

    BalasPadam
  9. Menu simple tp semuanya sedap menyelerakan

    BalasPadam
  10. Duuuuh nikmat sangaaat lauk jamur dkk itu kaaaak 😍😍😍🤤. Jadi ada ide nak masak ini juga. Cuma putik jagung yg tak ada, hrs beli dulu. Saya jarang memang beli putik jagung, Krn kdg bingung nak dimasak apa 😅

    BalasPadam
  11. Sayur campur king oyster tu menggugat pemandangan SA...nampak sedap..rasa nak cari dan nak buat macam tu la...rasa macma lama SA x share masakan SA kan kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe