Makan Malam Pukul 10 Malam
8:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tepat pukul 10 malam kami sudah berada di dewan makan untuk menikmati hidangan. Rasanya kalau tidak makan malam pun tidak mengapa sebab sudah keletihan dan mengantuk. Apa pun rezeki sudah di depan mata, Alhamdulillah. Eloklah jamah sedikit. Mana tahu tengah malam waktu tidur terjaga pula sebab perut pedih masuh angin!
Makanan disediakan secara berhidang. Sebaik sahaja masuk ke dewan makan, setiap meja sudah disajikan dengan hidangan pembuka.
Hidangan utama : Set nasi, kentang bersama ayam. |
Para peserta rombongan sedang menikmati hidangan masing-masing.
- Roti
- Air mineral
- Buah oren
- Salad
- Dessert / Turkish Chocolate Cake
Turkish Chocolate Cake |
Turkish Soup : Tavuk Suyu Corbasi |
Celup sekeping roti ke dalam mangkuk sup.
Memang sedap!
Rasanya dapat makan sekeping roti celup sup, hirup semangkuk sup panas dan ratah salad pun sudah cukup!
Terlupa pula ada hidangan utama belum sampai ke meja.
Setelah lapan hari merasa hidangan di negara-negara Balkan, malam ini kami menikmati sajian Turkiye yang menggabungkan resipi warisan Uthmaniyyah dan Asia Tengah.
22 comments
Kemarin itu makanan di Istanbul saya lumayan suka. Tapi masuk ke kota2 lain di Turkiye, jujur dah tak sesuai rasanya 😅
BalasPadamKena bawa bekal makanan sendiri kalau begini kan Fanny.
PadamKalau saya pun sama, pukul 10 malam saya akan pilih tidur. Tapi makanan tu nampak enak semuanya.
BalasPadamItulah pasal. Kalau tak turun makan tak tahu pula ada hidangan enak-enak.
PadamSelamat menjamu selera
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamTavuk Suyu Corbasi tu nampak menarik, bila digoogle ia adalah sup ayam dan ada campuran bihun dalam tu.
BalasPadamYa, sup masih panas. Berselera makan celup roti.
PadamBiar menyesal makan dari menyesal tidur, Kak Amie!
BalasPadamBetul SK. Bukan selalu dapat datang sini.
PadamLewatnya makan malam di situ. Kalau saya agaknya dah takde selera sbb mata dah mengantuk 🤭
BalasPadamJadual makan di hotel sama seperti biasa, tapi sebab kami lambat sampai dari Bulgaria. Jadi mereka sediakan selepas kami selesai urusan daftar masuk hotel.
PadamBaru betul betul makan malam...🤭
BalasPadamHaaaa...makan pukul 10 malam kan.
PadamBetul Kak Amie kalau travel ni, penat macamana pun kena makan sikit jugak takut perut kosong apa lagi bila duduk hotel je kan.
BalasPadamHaaaa.... Boleh dijadikan peringatan kalau travel lain kali kan Mulan. Mesti isi perut walau sedikit.
PadamHHappy holiday Amie, semuga yang baik baik mengiringi kamu.
BalasPadamTerima kasih Ita. Moga Ita pun baik-baik saja.
PadamKalau SA pun akan makan dulu walau macam mana penat dan mengantuknya sebab kalau x makan, pasti SA x boleh tido tenang
BalasPadamYa, sekurang-kurang ada alas perut.
Padamchocolate cake tu nampak sedapppp cukup ke byk tu kak?🤭
BalasPadamKek coklat tu memang dah dikhususkan di atas meja, seorang sepotong sahaja. Heheheee... Kak Amie tak makan kek tu sebab rasa dah penuh sangat perut dengan makanan lain.
Padam