Dinner at Roof Garden Lounge
8:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tak sabar hendak balik kampung! Tak dapat tiket pada 24 Mei 2024, jadi terpaksalah akur balik pada 25 Mei 2024 pukul empat petang hari Sabtu. Sudah beli tiket tiba-tiba Firdaus dapat arahan untuk sesi pemilihan wakil sekolah ke Pertandingan Kuiz Kesihatan Peringkat Kebangsaan Secara Online pada 25 Mei 2024, jam 10:00 hingga 11:00 pagi. Sebelum itu Firdaus telah mengikuti Kuiz Kesihatan yang diadakan pada 24 April 2024 dan lulus saringan untuk ke peringkat seterusnya.
Guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Malaysia (BBSM) meminta semua peserta membuat pembacaan tentang penjagaan kesihatan, pemakanan sihat, penyakit kaki tangan dan mulut,penyakit bawaan wabak, denggi, kesihatan mental, ketagihan dadah dan penyakit bawaan virus.
Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah pada tarikh tersebut, tetapi Firdaus tidak dapat turut serta. Memang tidak sempatlah untuk sampai ke lapangan terbang kalau ikut serta di sekolah. Setelah berbincang dengan guru penasihat BBSM, peserta boleh menjawab secara online dari rumah atau di mana sahaja asalkan talian internet tidak bermasalah. Cadangan datang ke sekolah sebenarnya guru hendak memastikan kesemua 32 orang murid dapat menjawab kuiz dengan lancar di sekolah.
Untuk memastikan Firdaus dapat menjawab dengan selesa, kami pun bergerak pada petang Jumaat ke Tawau, dan bermalam di LA Hotel. Keesokan pagi, selepas sarapan dan membeli oleh-oleh sedikit untuk di bawa balik Malaya, bolehlah Firdaus menyertai pertandingan tersebut.
Malam itu, kami bawa Firdaus makan malam di Roof Garden Lounge di LA Hotel.
Pilihan menu mengikut selera masing-masing. |
Firdaus kata, dia rindu betul hendak terbang ke Malaya. Padahal bulan Februari lepas baru saja jalan-jalan selama 10 hari di sana. Mommy pun belum sempat tulis sebarang entri... ahaks!
Kami biarkan Firdaus memilih sendiri makananya.
Menu makan malam kami:
- BBQ Chicken Burger
- Grilled Lamb Chop & Mushroom Sauce
- Butter Lemon Salmon
- Sunquick Orange Jug
Puas hati dapat minum bergelas-gelas!
Encik Suami : Butter Lemon Salmon |
Butter Lemon Salmon ini kulitnya rangup. Firdaus minta kulitnya dari pinggan Encik Suami. Kepingan ikan salmon pun besar. Ada brokoli, bunga kobis, lobak dan kentang lenyek. Sosnya pun sedap!
Amie : Grilled Lamb Chop & Mushroom Sauce |
Grilled Lamb Chop & Mushroom Sauce pun sedap. Kambingnya lembu dan cukup rasa. Seperti biasa, memang kita perlu bantuan untuk menghabiskannya. Firdaus tolong makan kentang goreng, sementara Encik Suami habiskan lamb chop.
Rasa seperti hendak ulang makan lagi si sini! |
Firdaus : BBQ Chicken Burger |
Di bawah roti penuh berisi kepingan daging ayam. Puaslah Firdaus makan seorang!
Baca doa dahulu sebelum makan.
Bismillah.
Amin.
Amboi! Sedapnya sayang Mommy makan burger!
Lamb chop kita pun tak kurang sedapnya!
Sambil makan, sesekali melihat suasana sekeliling dari rooftop.
Nampaknya pada malam itu ramai pelanggan datang untuk menjamu selera.
Makanan sedap, sudah tentulah banyak peminatnya!
Meja dan kerusi pun banyak.
Tempat makan bukan sahaja di bahagian rooftop, tetapi juga ada di bahagian bawah dan juga di tingkat dua.
Sebelum turun ke tingkat paling bawah, ambil gambar dahulu di sini.
Keesokan paginya, Firdaus menjawab soalan Kuiz Kesihatan BSSM di dalam bilik hotel. Ada 70 soalan objektif dan isi tempat kosong untuk dijawab dalam tempoh satu jam. Selepas itu kami daftar keluar hotel dan bergegas ke Lapangan Terbang Tawau.
10 comments
Anak Cie pun jawab kuiz kesihatan tu susah betul soalannya.
BalasPadamSelagi mommy nya entry ke negara Balkan tak habis selagi tu lah takleh move ke wisata lain😁
BalasPadamCantik view dari rooftop tu.
Cantik view dari rooftop. Moga Firdaus cemerlang dalam kuiz. Sedap2 food tu Kak Amie.
BalasPadamMenunya bikin menelan ludah... sedaapnya...tempatnya cantiiik
BalasPadamBestnya makanan tambah enak dinikmati di roof top tu, Kak Amie!
BalasPadamemoga daus dapat menjawab semua soalan kuiz kesihatan tu dan berjaya ke peringkat seterusnya
BalasPadamall the best utk firdaus!
BalasPadamjauh ke kak hotel ni ke airport?
THN depan target traveling saya nak ke Sabah Serawak . Kalo dah baca tulisan teman2 di sana, rasanya memang teringin sangat nak eksplor daerah sana. Kuliner pun terlihat sedap semua
BalasPadamSyukurlah daus tetap bisa mengikuti pertandingannya secara online ya kak.
Semuga berjaya firdaus. Tenguk daus makan berger aduhaiiii terus lapor
BalasPadamNampak sedap dan murah betul harganya....
BalasPadam