Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah
6:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini selepas balik menoreh rasa hendak berehat sahaja. Jadinya sebelum melelapkan mata, kita masak Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah dalam slow cooker. Petangnya, apabila buka mata, sudah tentu boleh hirup Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah panas-panas.
Alhamdulillah, ketika buka bilik dan hendak turun ke bawah sudah terhidu aroma sup yang sedang direnih oleh slow cooker.... ahaks! Kita pun masuk dapur, buka penutup slow cooker dan taburkan 1 sudu kecil garam. Kemudian kita masak nasi, goreng telur dadar, masak sardin, goreng tempe dan tauhu.
Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah |
Walaupun sudah selalu kongsikan resipi sup ayam dengan kurma merah, tetapi hari ini dengan kongsi juga. Tidak banyak beza dengan resipi yang selalu kita gunakan. Biasanya kita gunakan kaki ayam, tetapi kali ini kita gunakan 1/4 bahagian ayam pencen pula. Dan selalunya kita tidak belah kurma merah tetapi kali ini kita hendak rasa manisnya kurma merah, jadi kita belah dua kurma merah yang memang beli yang sudah dibuang biji.
Resipi Sup Ayam Pencen dengan Kurma Merah
Bahan-bahan:
- 1/4 bahagian ayam pencen
- 25 biji kurma merah - belah dua
- 1 sudu besar buah goji beri
- 1/2 batang lobak merah - potong ikut suka
- sekuntum kecil white fungus - rendam hingga kembang
- 1 labu bawang besar - belah 4
- 7 ulas bawang putih - buang kulit - biar seulas-seulas
- 2 cm halia - hiris
- 1 sudu kecil garam
- 1.5 liter air panas
Cara memasak:
- Tuangkan air panas ke dalam slow cooker.
- Masukkan ayam, kurma merah, buah goji beri, white fungus, halia dan bawang besar.
- Tutup slow cooker.
- Tekan butang high. Kalau masak sebelah pagi dan makan sebelah petang bolehlah tekan butang slow atau auto. Kalau masak tengah hari dan hendak makan sebelah petang, tekanlah butang high.
- Biarkan selama 4 jam.
- Buka penutup periuk dan taburkan garam.
- Sedia untuk dinikmati panas-panas
Jom hirup sup panas yang direnih dalam slow cooker! |
8 comments
Pertama kali saya tahu sup ayam dan kurma merah ni, nanti ada masa nak cubalah
BalasPadamSihat2 menu masakan amie
BalasPadamSedap sup ni Kak Amie. Kadang saya beli pek rempah yang siap jual di kedai. Tambah fungus, red dates dll jugak. Masuk Noxxa tunggu sampai masak. Sedap panas2 kan.
BalasPadamSedapnya menghirup.
BalasPadamMesti bahan-bahan meresap dalam ayam sebab direneh lama guna SC.
BalasPadamSedaaap nih. Dan yg terpenting sehaaat. Apalagi ingredientsnya banyak memakai super foods 👍👍
BalasPadamBoleh jadikan idea untuk orang berpantang ni agaknya...hihihi
BalasPadamNampak sedap la sup ayam pencen tu..x pernah buat lagi..kalau buat kena rebus dulu ayam tu dalam Pressure Cooker...
BalasPadam