Sarapan Apa di Istanbul?

8:56 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur Alhamdulillah, atas izin-Nya dapat sekali lagi mencicipi hidangan di bumi Turkiye. Biarpun terdapat perbezaan dari segi menu dan rasa, namun rasa syukur itulah yang perlu diutamakan. Syukur kerana rezeki di hadapan mata, dan syukur kerana berpeluang menikmati sajian yang mempunyai kelainan dari yang biasa dinikmati di tanah air. Maka, janganlah mengharapkan semuanya memenuhi cita rasa kecuali kalau kita bawa bekalan makanan sendiri. Semoga Allah akan tambahkan rezeki di atas rasa syukur itu untuk mengembara pula ke bahagian bumi-Nya yang lain.


Antara pilihan menu sarapan pagi di Grand S Hotel, Istanbul.


Ada yang mengatakan Turkiye syurga roti.
Memang benar! Kalau anda sudah mengembara ke pelbagai pelosok Turkiye, anda akan temui pelbagai jenis roti yang tak terkira banyaknya dihidangkan di hotel terutama waktu sarapan dan makan malam! Tak cukup mata memandang, dan tak tahu mana satu hendak diterkam! 



Kali ini jumpa buah oren yang dipotong-potong. Kalau tidak kenalah ambil sebiji-sebiji. Eh, di belakangnya ada pula buah oren dan epal sebiji-sebiji!


Ada pelbagai jenis pilihan jem dan madu untuk disapu pada roti.

Turkish style rice pudding.



Pelbagai pilihan menu menyihatkan.




Selain ulaman seperti pelbagai jenis daun salad, cili hijau, tomato dan timun, tidak ketinggalan sajian jeruk buah zaitun.


Alhamdulillah, dapat menambah pengetahuan pelbagai jenis daun salad selain romaine lettuce, butterhead lettuce, little gem lettuce. Ada arugula, spinach (bayam jepun), parsley dan pelbagai lagi. 


Kejunya pun macam-macam jenis dan warna. 



Telur ayam rebus.

Turkish Sausage / Soudjouk

Nokul

Kentang

Kopi



Wah, seronoknya ada minuman jus buah!


Jom sarapan.
Ambillah serba sedikit untuk merasa. Kalau berkenan dengan selera, bolehlah tambah lagi. Apa pun yang penting, perut sudah beralas dan kenyang. 

Jus oren dan ceri.

Ambil sepotong kecil nokul, chicken slice, keju dan telur rebus.

Tambah sedikit sosej, kentang, buah zaitun dan daun parsley serta daun arugula.


Salah seorang rakan rombongan mencadangkan Amie mengambil daun arugula kerana katanya bukan senang hendak cari daun arugula di tempat kita. Ada juga daun arugula dijual di pasar raya tapi tidaklah selalu jumpa. Kita pun ambillah sehelai dua dan lebihkan daun parsley. Daun parsley ini ada aroma ala-ala daun pegaga.


Tidak ketinggalan ambil sebiji cili hijau dan terung panggang.

Daun Arugula

Daun Parsley

Ambil juga sedikit Turkish Lentil Soup. Hirup begitu sahaja tanpa roti. Kalau makan dengan roti memang kenyanglah jadinya dan tak dapat merasa makanan yang lain sebab sudah penuh ruangan dalam perut... ahaks!

Rice Pudding


Terakhir, minum secawan teh tambah daun pudina.


Sepanjang berada di Istanbul, terlupa pula hendak melihat bacaan suhu sebab rasa selesa sahaja ketika berjalan-jalan. Rasanya sekali sahaja melihat bacaannya iaitu 7'C. 



9 comments

  1. Ni yg rasa nke pergi Istanbul, ni...

    BalasPadam
  2. Sarapan pagi kat Turki ni masa saya pergi dulu tu mesti nampak ada buah zaitun. Bila makan masam-masam macam tu lepas tu banyak cheese. Nak makan berjenis cheese tu tak sure orang Turki makan macam mana....masuk dalam roti ke?....

    BalasPadam
  3. Bestnya kak.. Teringin sangat nak pi Istanbul..
    InsyaAllah ada rezeki dapat la.merasa nnt..

    BalasPadam
  4. wahhh..banyak makanan diaa...
    selalu juga tengok vlog org pergi bercuti dkt sana...

    BalasPadam
  5. Bukan senang nak sarapan pagi di Turki kan..syukur di beri peluang..SA ntah bila..hehehe...kak...cantik plating dia..makanan pun nampak sedap

    BalasPadam
  6. Bestnya banyak roti dan buahhhh warna-warni. Memang tak tahu nak pilih mana satu nak ngap dulu.

    BalasPadam
  7. Colorful plating pinggannya tu.. jadi menyelerakan sungguh.

    BalasPadam
  8. uiiii banyak jg pilihan ni kak...
    kalau sy laa nak rasa semua yg ada😁

    BalasPadam
  9. Saya tak cocok dengan kuliner Turkiye, tapiii suka sangat dengan salad dan buah mereka. Juga yoghurt. Selalu best. Makanya pas kesana, saat tidak napsu makan dengan kulinernya, saya cukup memilih salad dan buah 😄

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe