Puncak Alam Allamanda Suite & JJCM

12:05 PTG

Selamat berhujung minggu.
Kawan-kawan sedang buat apa tu?
Kita nak berehat-rehat sahaja hari ini setelah penat melaksanakan kerja-kerja hakiki. Setakat ini sudah cuba sedaya upaya untuk bantu Firdaus selesaikan tugasan PDPR. Mana yang tertinggal itu, kita sudah tidak mahu paksa Firdaus buat. Budak kecil itu sudah teruja mahu belajar secara bersemuka. Esok, 22 November 2021 Firdaus akan kembali ke sekolah agama pada sebelah pagi. Sekolah rendah pula, Firdaus ikut penggiliran dan akan ke sekolah pada 29 November 2021. Encik Suami sibuk mencari dan membeli pakaian seragam untuk Firdaus sebab badannya sudah membulat dan bukannya meninggi hihihihiiii.

Oleh kerana mood mengambil gambar masakan telah lari jauh, jadi untuk tidak 'mematikan' terus entri masakan, Amie tulislah catatan perjalanan dan kenangan sewaktu di Malaya tempohari. Kami sempat menginap selama dua malam di Puncak Alam Allamanda Suite yang terletak di Jalan Warnasari 13/1, Fasa 3 A-4-20, Block Allamanda, Residensi Warnasari 2, 42300 Bandar Puncak Alam. Apartmen ini mempunyai tiga bilik tidur dan 2 bilik air. 

Kredit : Puncak Alam Allamanda Suite





Ini kolam renang yang diidam-idamkan Firdaus!
Sayangnya kami tidak mempunyai banyak masa untuk santai-santai di sini.


Abang Farid membuat tempahan apartmen ini seminggu sebelum kami balik ke Malaya.
Harga untuk satu malam hanya RM139.00 sahaja.



Waktu malam kami di sini, dan sepanjang hari berada di luar kawasan, sama ada ke Bukit Hijau atau ke Kuala Selangor. Ke Bukit Hijau sudah tentulah balik ke rumah Bonda.





Ketika Amie, Encik Suami dan Fairuz ke Klinik Mikhail untuk menjalani swab test sebelum terbang ke Sabah, Abang Farid bawa Firdaus bermain di sini. Kami sangka kanak-kanak tidak perlu menjalani ujian tersebut. Rupanya kena buat juga. Terpaksalah telefon Abang Farid minta bawakan Firdaus ke pintu pagar untuk dijemput ke klinik!


Firdaus pernah kena swab test tahun lepas di sekolah kerana kontak rapat dengan guru kelasnya yang positif Covid-19. Amie yakin Firdaus tidak takut untuk ujian saringan kali ini. Sebelum tiba gilirannya, Firdaus melihat seorang bayi dalam usia  empat atau 5 bulan kena swab test. Sudah tentulah bayi tersebut tidak selesa dan menangis. Firdaus pun ikut menangis ketika ujian dijalankan.... aduhai!


Malam pertama di Puncak Alam Allamanda Suites, sempat makan-malam bersama anak-anak. Keesokan paginya kami hantar Fuad ke TBS. Fuad terpaksa pulang awal ke Johor sebab akan menghadapi peperiksaan pada 9 November 2021.


Malam kedua kami jalan-jalan cari makan di McD.
Kata Encik Suami ayam goreng McD sangat pedas. Encik Suami makan sedikit sahaja, tak habis sekeping pun.


Setiap pagi kami cari sarapan di Cafe 5 Masjid Puncak Alam. Untuk sampai ke sini kena masuk ikut pintu masjid. Cafe / restoran terletakdi belakang masjid.,
Banyak pilihan hidangan sarapan pagi di sini. Sudah tentulah Amie pilih soto ayam. Dan ambil kesempatan juga pesan roti canai inti pisang. Selepas sarapan beli kuih-muih untuk bawa balik kampung Bukit Hijau.


Beberapa kali juga kami singgah Lotus, sama ada di Puncak Alam atau di Kuala Selangor.
Penat meronda cari barang yang dikehendaki, lepak santai pula di Starbucks.



Terjumpa Kak Aton di Kuala Selangor. 
Kak Aton ajak belanja makan di Chicken Rice Shop Bandar Melawati Kuala Selangor.
Terima kasih Kak Aton.


Kak Aton bagi beberapa biji buah nam nama atau buah katak puru.
Zaman dulu sedap jew makan ratah begitu saja. 
Masam, manis, kelat semua rasa bersatu dalam sebiji!


Dua hari terakhir di Malaya, kami makan tengahari di Restoran D'Niz Patin Oriee Puncak Alam yang terletak di 16, Jalan Dataran Suria 15/7/1, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor. Tidak lepas peluang cuba rasa ikan baung masak tempoyak.


Dan tidak ketinggalan makan ikan patin tempoyak panas dari belanga.


Nun terlindung di balik ikan keli goreng ialah sambal tempoyak daun kayu. 
Tak sabar nak makan... Bismillah.


11 comments

  1. Sambal tempoyak daun kayu, lama sungguh tak makan, main sembunyik2 pulak dia ya.

    Haa.. mula sy pun pelik kenapa Daus tak ikut buat swab test, ke tak ikut balik, hihi.

    BalasPadam
  2. Sambal tempoyak daun kayu masih berbaki dalam fridge...malas plak nak defrost...masak apa yang ada je...

    BalasPadam
  3. Nampak kemas dan bersih homestay ni Kak Amie. Harganya pun berpatutan.
    Nampak gambar last tu terus tak teringin nak makan McD haha...

    BalasPadam
  4. berbaloi harga homestay yg kak amie tinggal.

    bestnye tgk gmbr2 mkn kak amie.

    BalasPadam
  5. selamat kembali ke sekolah buat Firdaus...

    cantik homestay nya tu kak, lengkap siap ada taman permainan lagi...

    BalasPadam
  6. Peluang balik patut cuba pelbagai makanan.
    Murah penginapan sehari untuk 3 bilik!

    BalasPadam
  7. Murahnya penginapan yang abang Farid booking. Cantik dan lengkap semuanya

    BalasPadam
  8. harga murah juga tu untuk satu malam ada 3 bilik tidur. Kawasan sekitar pun menarik ada swimming pool. Kena cuti lama baru puas dapat explore sini kan kak Amie. Aduhaii..tengok baby nangis Firdaus nangis jugak ye. kesian dia kena swab test jugak. Apa nak buat, kena ikut peraturan sekarang.

    Puas kak Amie jalan jalan cari makan sana sini selagi masih ada di Malaya. Ada juga rezeki orang belanja dan bagi buah tangan.

    BalasPadam
  9. nampak bersih rumah tu. cantik dan bersih. pool pun nampak bersih. best la view dari rumah boleh tgk pool

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe