Makan Sotong Goreng Malam dan Siang
9:28 PTGEntah berapa lama lagi dapur akan terus terbiar tak berasap, dan periuk tergantung tak berusik. Harapkan nasi bungkus sahajalah untuk makan tengahari. Kadang-kadang rasa segan pula berulang kali makan di kedai yang sama setiap hari.... ahaks! Dapur maya pun dah mula menyepi!
Nak buat macamana? Kalau tak makan, perut lapar! Jomlah kita jalan-jalan cari makan. Kita layankan selera budak kecil satu ini. Pada suatu malam, kami singgah makan di Mama Win Cafe, Seri Perdana. Firdaus hanya mahu makan sotong goreng saja.
Dia nak minum jus tembikai.
Kita nak basahkan tekak dengan mango sagu.
Sudah minta jus tembikai, tapi mango sagu kita yang dirembatnya!
Datanglah sotong goreng salut tepung yang Firdaus minta. Satu bekas ini berharga RM6. Sedaplah pula tengok Firdaus meratah sotong goreng. Habis licin tak tinggal bekas.
Kita pula pesan laksa nyonya seafood.
Rasanya sedap. Aksesorinya pun banyak. Kita hirup kuahnya sampai ke titisan terakhir!
Encik Suami pula makan kuetiau basah.
Cerita malam itu sudah berakhir.
Tapi bersambung pula pada keesokan harinya.
Kami datang lagi.
Kali ini kita nak makan char kuetiau pula.
Inilah rupa ABC buah yang kita pesan. Firdaus tak berminat nak usik.
Dia sabar menunggu pesanannya.
Nampaknya budak kecil ini sedang menikmati minuman honeydewnya dengan penuh perasaan!
Sampailah makanan yang dipesan. Ada ayam goreng.
Dan bihun goreng siam untuk Encik Suami.
Inilah dia sotong goreng salut tepung yang Firdaus nanti-nantikan.
Kalau sebelah malamnya Firdaus makan sotong goreng harga RM6, kali ini kami pesan RM12 sebab kami pun nak makan sama.
Sampai terpejam-pejam matanya membayangkan keenakan sotong goreng.
Bismillah.
Sudah masuk seketul sotong dalam mulutnya, pantas sungguh tangannya mencapai lagi sotong goreng!
Memang sedap sangat!
Kita dengan Encik Suami pun tumpang beberapa ketul.
Rangup!
Kalau semalamnya, habis licin sotong goreng Firdaus makan tapi kali ini kami yang tolong habiskan pula!
20 comments
Sekian banyak makanan yang difoto, paling suka sotong goreng. He he .....
BalasPadamSotong goreng memang sedap kan ibu.
Padamwow kusyukdaus ngadap sotong goreng sedap sgt tu
BalasPadamSedap sangatlah tu kot Kak PI.
PadamMurahnya sotong goreng kat sana kak, dahla nampak ranggup acik belum cuba lagi cari sotong goreng Daus oi... geram nengok muka dan cara dia makan tu kak, berselera betul, nampak sedap sangat...
BalasPadamSemua menu tu aduhai nampak sedap betul kak oi
Kebetulan dapat banyak begini Dana. Pernah juga makan di kedai lain tapi seco'et jew hahahaaa.
Padamitulah kak, kalau kat sini seekor dah berapa... satu hidangan seorang makan dah rm belas-belas dah... ini rm6 pun dah banyak gitu
PadamSelain siakap, sotong pun tengah viral sekarang ni
BalasPadamLepas siakap dan sotong, tak tau apa lagi yang akan viral.
PadamBerselera tengok dia makan :)
BalasPadamBetul tu Syaz.
PadamCantik rupa paras sotong
BalasPadamYa, sudahlah cantik, sedap rangup pula tu.
PadamKalau buat sendiri tak pernah jadi sotong goreng tepung ni. Tepungnya lerai dari sotong
BalasPadamAduhaiiiii Firdaus...tenguk firdaus mengadap sotong goreng celup tepung je dah buat achik kecur....lauk yang lain pun nampak sedap-sedap belaka
BalasPadamsuka betul daus dengan sotong goreng sampai orang lain pun tergoda nak makan sama. Sekali order RM12 terus. Laksa nyonya seafood tu sedapnya. Penuh mangkuk rencahnya.
BalasPadamApa nak buat kak Amie, bila sibuk memang macam tu. Bagi rehat dapur kejap :)
Awal- awal SA dah terliur dah tgok Daus makana kat FB...geram je....
BalasPadamsuke betul firdaus makan sotong goreng tepung..
BalasPadamsedap meratah sotong goreng. sampai muncng2 mlut adik comel tu
BalasPadamsedap nmpk firdaus mkn sotong goreng tepung..
BalasPadam