Makan Tengahari di Restoran Sidah Syeksyen 7 Shah Alam & Persiapan Majlis
8:55 PTGMakan masakan kampung memang tidak pernah menjemukan. Ada sahaja menu yang memikat selera. Sayangnya tak bolehlah nak pilih semua yang kita suka. Perut kita ada hadnya untuk diisi... ahaks! Nanti ambil banyak, tak habis dimakan, membazir pula.
Sehari sebelum majlis resepsi Abang Farid, sempat jugalah kami jalan-jalan di Shah Alam dan singgah makan di Restoran Sidah di Seksyen 7.
Kalau bawa Fairuz makan, memang kita pun ikut berselera melihat dia makan!
Melihat begitu banyak lauk-pauk, akhirnya inilah pilihan kami.
Lama sungguh tak sedut sipuk masak lemak! Tiba-tiba terjumpa pula di sini.
Nampak gulai kawah sedang menggelegak dalam kawah besar, tidaklah lepaskan peluang begitu sahaja. Ambil juga semangkuk kecil. Sedap sangat kuahnya bila tumpah ke atas nasi!
Kita pilih ikan keli goreng, kerabu kacang botol, seketul pegedil kentang dan sambal belacan (dalam bekas kecil). Kerabu kacang botol tu terasa daun kencurnya tau! Kalau tak silap dicampur dengan hirisan daun pegaga.
Kita singgah makan di sini selepas susun atur sedikit persiapan untuk majlis Abang Farid yang akan diadakan keesokan harinya.
Terima kasih anak-anak buah, adik dan kakak-kakak kita yang ringan tulang bantu siapkan kudap-kudapan. Kita sangat hargai kerjasama keluarga membuat persiapan majlis termasuklah menyusun doorgift dan bunga telur.
Waktu itu memang sentiasa rasa gundah kerana bimbang memikirkan SOP yang sentiasa berubah. Maklumlah sebelum itu majlis akad nikah hanya boleh dibuat di pejabat agama, dan hanya pengantin lelaki, pengantin perempuan serta wali sahaja yang dibenarkan masuk. Kita pun pasrah saja. Seminggu sebelum majlis, kami dimaklumkan akad nikah boleh dilakukan di masjid dan hanya 6 orang sahaja boleh berada di dewan nikah termasuk pasangan pengantin.
Sebahagian doorgift untuk tetamu yang sangat terhad jumlah jemputannya. Maklum sahajalah kena patuhi SOP dan jemputan hanyalah terdiri daripada keluarga terdekat pengantin perempuan dan keluarga terdekat pengantin lelaki sahaja.
Doa kesyukuran dibuat di rumah, tetapi kami tidak mengundang dan menerima tetamu. Kami hantar bungkusan makanan berisi nasi ambeng, buah dan minuman kepada jiran tetangga dan saudara mara yang ada di sekitar Bukit Hijau dan Bukit Kucing.
Walaupun buat majlis kecil-kecilan dan tertutup tapi Bonda kita berkali-kali mengingatkan supaya jangan lupa sediakan bunga telur!
17 comments
Alhamdulillah...yang penting urusan akad nikahnya berjalan lancar. Walimah nya tu, sekadarnyalah sebab kita pun masih berada dalam suasana pandemik..
BalasPadamLebat bunga pahar tu, Kak Amie. Kalau pergi pengantin, suka sangat jika dihulur setangkai, hihi.
BalasPadamAlhamdulillah, ramai yang membantu mempermudahkan urusan, tentunya atas kebaikan Kak Amie juga yang tak pernah berkira tenaga membantu orang lain, insyaAllah.
Anak sedara CP kenduri hari tu kami buat pack macam tu juga. Edarkan ke rumah jiran.
BalasPadamSeksyen 7 tempat yang dikenang. Rumah sewa zaman study UiTM Shah Alam. Situ dah makin meriah banyak kedai makan. Seronok bawa orang yang berselera makan ni. Kita terikut ikut berselera. Sedapnya siput sedut. Macam macam menu sedap kak Amie pilih.
BalasPadamMemang risau fikir majlis masa covid ni. tidur malam pun tak lena. Syukurlah semua dah selamat.
Bestnya dapat bungkusan nasi ambeng tu. Lain dari yang lain Kak Amie. Cantik bunga telur. Ye, bunga telur jangan dilupakan.
Pertama kali terima menantu, pertama kali buat jamuan ikut SOP. Segala-galanya perlu dibuat secara berhati-hati dan berhemah.
BalasPadamApapun alhamdulillah majlis berjalan lancar.
terus rasa lapar perut nengok semua menu akak tu... lama dana tak makan tengahari kat kedai, sedap nengok kerabu tu kak...
BalasPadamsedapnya nengok nasi ambeng tu kak oi.... dana paling suka nasi ambeng ada mee goreng gitu... terus lapar perut ni... kul 12.30 wajib makan lunch ni
wah nasi ambeng bestnya. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna dengan bantuan saudara mara.
BalasPadamBunga telur tu umpama benda wajib dalam majlis perkahwinan. Kalau takde bunga telur rasa hambar je majlis. Bunga rampai pun dah ramai orang tak buat
BalasPadamwah gulai kawah, siput sedut dengan kerabu kacang botol aduhaiii masakan kampung ni. yummy eh lapor le perut tenguk menu amie sekeluarga makan.
BalasPadamMemang menyelerakan betul lauk-lauk kampung di meja Kak Amie tu ;)
BalasPadamKalau pergi kenduri kahwin dapat bunga telur, rasa special sangat.
terliur tengok nasi ambeng tu kak Amie. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan kerjasama keluarga. Bunga telur tu wajib kan, kalau tak rasa tak meriah
BalasPadamBunga telur wajib ye....
BalasPadamSedapnya Nasi Ambeng..
BalasPadamMemang nampak berselera Fairuz makan..Fuad pun nampak makin sihat senang hati tu..Abang Farid ngan Daus pula macam diet.Eh,mak dengan bapa pengantin pun berseri2 menerima menantu.Alahamdulillah,semoga semuanya diberkati Allah
Suka tengok Fairus tu makan, nampak sedap menu2 masakan di restoran Sidah tu ya, nanti nak juga try makan kat situ. Dekat dah dengan rumah.
BalasPadambunga telur tu tradisi kite, takde bunga telur tu macam tak lengkap perkahwinan.
BalasPadamSelamat menerima ahli keluarga baharu, Kak Amie. Tahniah buat pasangan mempelai!
BalasPadambanyaknya lauk pauk yg ada dkt situ. syu mesti akan ambil ikan keli jgk kalau ada..
BalasPadam