Bell Suites @ Sunsuria City & Bell Artisan Cafe
9:57 PTGOleh kerana jadual penerbangan dari KLIA ke KKIA jatuh pada waktu pagi, jadi kami mencari tempat penginapan di Sepang untuk memudahkan kami segera sampai dan terus daftar masuk. Bell Suite @ Sunsuria City. Bell Suites ini terletak di Persiaran Sunsuria, Bandar Sunsuria, 43900 Sepang, Selangor.
Jom kita buka pintu tempat penginapan berharga RM328.00 untuk satu malam ini. Ada tiga bilik tidur dan dua buah bilik air. Kemudahan lain juga disediakan termasuk mesin basuh dan penapis air.
Assalamualaikum!
Encik Suami yang keletihan memandu terus merehatkan diri di ruang tamu.
Kita masuk ke bilik dan sempat mengintai pemandangan di luar.
Nampak hijau mendamaikan.
Jom masuk bilik utama. Mari kita pasang pendingin udara!
Nyamannya kalau dapat lelapkan mata buat seketika.
Selepas solat, Encik Suami terus tertidur.
Firdaus pula asyik merengek hendak mandi di kolam renang.
Bilik kedua.
Bilik ketiga, tempat beradu bujang Fairuz.
Bilik air.
Setiap ruangan nampak selesa, bersih dan kemas.
Budak kecil satu ini sudah tidak sabar untuk terjun dalam swimming pool!
Kredit : Google |
Akhirnya Fairuz menemani Firdaus mandi di kolam renang.
Kami semua berehat di dalam bilik.
Oleh kerana Encik Suami kata letih, kami batalkan rancangan untuk makan malam di luar. Selepas solat maghrib, kami turun ke bawah menuju ke Bell Artisan Cafe mencari alas perut.
Bell Artisan Cafe.
Ramai pelanggan menjamu selera di sini dan ada yang terpaksa berbaris di luar menunggu giliran.
Apabila tiba giliran kami untuk memesan makanan, banyaklah makanan yang sudah habis. Yang tinggal hanyalah pasta dan makanan yang ringan. Oleh kerana tidak ada pilihan lain, kami pun pesan sajalah apa yang ada.
Inilah senarai makanan dan minuman kami di Bell Artisan Cafe.
Oh! Rupanya kisah ini sudah 13 hari berlalu!
Anak-anak Alaf 21 memang suka sangatlah makan pasta.
Fairuz pula terkulat-kulat saja sewaktu makan. Nampak betul tak kenyang!
Mana nak kenyangnya sebab perut biasa lapik nasi. Malam itu hanya makan kepingan ayam turkey dengan roti dan kentang goreng saja. Sebenarnya bujang satu ini dua kali pesan makanan. Sebelumnya Fairuz makan grill fish fillet.
Paling seronok malam itu sudah tentulah budak satu ini!
Esok paginya drama airmata di KLIA sebab sedih berpisah dengan kakak barunya!
36 comments
KAN MAIN HEPI FIRDAUS COTI2 MALAYSIA YA
BalasPadamMemang happy sungguh dia Kak PI.
PadamFairuz tak ambil pasta ke kak? makan sandwish je mana la kenyang dia biasa makan nasi...
BalasPadamFirdausla paling puas hati, berselera tengok dia makan pasta tu, geram betul tau...
nampak semua sedap makanan nya tu kak...
cantik betul tempat penginapan ni kak, lengkap semua bersih dan selesa yang penting ada kolam renang... heheheh
Memang puas hati menginap di situ Dana.
PadamDia tak berapa minat pasta. Hahaaaa... Terpaksalah makan apa yang ada. Nak keluar dah malam, esoknya kena bangun awal pula.
BalasPadamOhhhh Fairuz bukan peminat pasta macam Daus patutla tak order... untungla Daus heheheh
PadamKalau hantar anak balik ke Sarawak,dah dua kali tido sini dan makan di situ.
PadamDekorasi macam hotel ye Kak Amie... Nice & selesa nampaknya tu.
BalasPadamCute je, Kakak baru ye Firdaus :D
Ya, memang sangat selesa. Kalau ada masa boleh makan /masak di dapur.
PadamWah bestnya
BalasPadamYa, memang best di sini.
PadamSuka firdaus ada kakak baru. Cantik dan best je tempat penginapan amie
BalasPadamMemang best menginap di sini Notie. Selesa tempatnya
PadamCantik penginapannya...harga pun dah kira worth it dah tu...okey makanan nampak sedap walau x mengenyangkan..makan pasta mana sama macam makan nasi kan kak
BalasPadamYang penting dapat berehat dengan selesa kan SA.
PadamNampak kemas n cantik suite ini Amie. Ada kolam renang. Pasti lama Firdaus berendam :)
BalasPadamMandi di kolam renang itulah yang Daus nanti-nantikan.
PadamCantik ID suite ni. kenalah dengan harganya tu. Semoga murah rezeki abang Farid menaja penginapan. Menarik cafenya tu. Suka tengok tableware dia. Makanan western mana nak kenyang. Kena makan nasi jugak baru kenyang. Terpaksalah makan apa yang ada je kan. Menu favourite Daus ye. Seronok dapat makan sedap. Tapi ada drama air mata pulak esoknya. sian daus terpaksa berpisah dengan kakak baru.
BalasPadamBetul tu Fizah. Perut Asia dengan perut orang barat tak sama.
PadamDapat kakak baru, belum puas bercerita itulah buat dia rasa sedih.
Betul sangat.
PadamBelum sempat kenal lama. Moga ada rezeki abang farid bawa balik sana nanti.
Cafe hipster memang biasa masakan western kak.. portion secoet je buat lawa-lawa kat pinggan huhu.. kalau tengah lapar memang makan tak puas.
BalasPadamKalau Encik Suami tak kata penat memang kami keluar cari makan di tempat lain. Ni dah pilihan terakhir hehehehe.
Padambestnya si Daus ...ada kakak baru ...
BalasPadamtp kami nok tgok jgk kakak baru si Daus
Memang seronoklah dia.
PadamSeronok dapat pulang ke Malaya..Sedih nak berpisah dengan anak-anak + menantu..Seronok betul Daus dah ada kakak yer..
BalasPadamNanti Daus akan jadi Pak Usu la ...🥰
Begitulah lumrah kehidupan kan Mama Cella. Bertemu dan berpisah sudah menjadi adat.
PadamLain kali jika ke Sepang, bolehlah menginap di sini. Nampak sangat selesa dn best, tengok riak wajah Firdaus dah tau dahhh.
BalasPadamTenang dan nyaman.
PadamDikelilingi kehijauan.
Cantik la pulak dinding biru gelap tu!
BalasPadamUncle suka biru gelap ye hehehee.
PadamDekorasi bilik kemas dan bersih.
BalasPadamMakanan pun cantik persembahan.
Ya, rasa selesa. Tapi sekejap saja, hanya satu malam. Awal pagi sudah bersiap untuk ke KLIA.
Padamsukanya tgk deco rumah tu. pandai dia main warna
BalasPadamcntik rumah tu. bersih dan kemas, berbaloi dgn hrga..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHow is bell artisan cafe? I love coffee and desserts.Could you please recommend something for me to eat?
BalasPadam