Makan Sate Saiz Besar di Satay Hut Tanjung Karang Selangor

8:18 PTG

Masih lagi cerita tentang destinasi pusing-pusing tiga penjuru Puncak Alam, Kuala Selangor, Tanjung Karang. Jom kita cari sate saiz besar di Satay Hut Tanjung Karang. Hanya Amie, Encik Suami, Fairuz dan Firdaus sahaja yang datang ke sini. Fuad terpaksa kurung hasratnya kerana terpaksa ikuti kuliah secara online dari 8 pagi sehingga 4 petang di rumah Bonda. Pengantin baru pula honeymoon di Hotel Pan Pasific Kuala Lumpur setelah selamat diijab kabulkan pada hari kelmarinnya, 30 Oktober 2021.

Kami memesan sate ayam 10 cucuk saiz besar dan  10 cucuk saiz kecil.

Memang sangat berbeza  sate ayam saiz besar dengan saiz kecil. Harganya? Minta ampun banyak-banyak sebab kita terlupa jeling harganya. Resit bayaran sudah tentu Encik Suami pun tak simpan. Jadi, tak adalah bahan rujukan... ahaks! Kalau tak silap sate saiz besar dalam 2 ringgit lebih, dan saiz kecil seringgit lebih secucuk.


Jadinya, setelah penat meronda sawah padi nan hijau terbentang memang sesuai sangatlah menjamu selera di Satay Hut. Belum sempat duduk, pelayan sudah menghampiri bertanya nak minum apa. Ketika kami tiba di sini memang rezekilah sebab pesanan pun cepat sampai dan tak perlu tunggu lama.

Sate saiz besar VS sate saiz kecil.



Ada sedikit kelainan sate di sini:
  • Terdapat dua lemak (kulit) di antara 3 daging yang dicucuk. 
  • Kuah sate cukup rasa (tidak rasa manis seperti kuah yang biasa Amie makan), dan pekat. 
Kesimpulannya, memang Satay Hut cukup memikat! 


Makan 2-3 cucuk pun perut rasa kenyang!


Firdaus pula lebih berminat makan kentang goreng. Budak ini hanya makan satu cucuk sate saiz besar saja.Oleh kerana ada lebihan 4 cucuk sate saiz besar dan beberapa cucuk sate saiz kecil, kami pun minta bungkus bawa pulang.


Sebelum tinggalkan kampung untuk bermalam di Sepang (supaya tidak kelam-kabut terbang keesokan paginya), sekali lagi kami singgah di Satay Hut. Sayangnya Fuad sudah kembali semula ke Johor sehari selepas majlis resepsi Abang Farid di Shah Alam. Tapi kali ini Abang Farid dan isterinya ada bersama kami.


Kami tanya pelayan di situ, biasanya berapa banyak pelanggan boleh 'isi perut' dengan sate saiz besar. Katanya kalau 5 orang, mereka akan minta 15 cucuk sate saiz besar. Boleh tambah pesanan kalau tidak cukup. Kami pun minta 15 cucuk sahaja lengkap dengan nasi himpit.

Hidangan lain yang dipesan termasuklah mi sup udang dan tom yam seafood.

Abang Farid dan Fairuz pesan Nasi Goreng Pattaya. 

Tidak lama kemudian sampailah sate ayam saiz besar 15 cucuk bersama nasi himpit.

Seperti biasa, Firdaus mesti nak makan kentang goreng!

Kali ini, 15 cucuk sate ayam saiz besar habis tak tinggal sisa!
Encik Suami kata, larat ke nak buka mata memandu ke Sepang!
Oh, ya! Satay Hut turut menyediakan tempat solat (surau). Jadi, bolehlah tunaikan solat di sini sebelum sambung perjalanan.


In syaa Allah, ada rezeki cuti-cuti Malaysia bolehlah singgah di sini lagi.
Satay Hut Jalan Besar, Taman Mahsuri Indah, 45500 Tanjong Karang, Selangor.


Encik Suami sambung memandu melalui lebuhraya sejauh 118 KM lagi.
Tak tahu apa kejadian sepanjang pemanduan sebab semuanya terlena!
Amie pula terjaga apabila 14 KM lagi akan sampai ke destinasi.

Sempat bermimpi tangkap ikan sepat dalam bendang!

20 comments

  1. Sangat berbeza dua saiz tu. Harga boleh tahan juga ye. Dapat jugak makan makan dengan pengantin baru sebelum gerak balik. Mahu tak terlena dalam perjalanan. Masing masing penat berjalan campur penat makan lagi. hehe...
    Kot kot terlalu sini, bolehlah singgah merasa satay hut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penat + kenyang = tidur. Driver saja terpaksa sengkang mata heheheee.
      Singgah ye Fizah, jangan order banyak. Makan 2-3 cucuk sorang dah rasa kenyang.

      Padam
  2. Selalu dengar Pizza Hut, Satay Hut pun ada rupanya. Dua kali ganda berbeza saiz dan harga, kalau sedap tentulah berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya saiz tu lebih dua kali ganda besar dari saiz sate biasa. Suka kuah sate dia yang pekat likat memang sedap sangat.

      Padam
  3. Nampak sedap dengan jumbo size nya sate tu....
    Pengantin baru dah nampak wajah...Harap nanti dapat tatap wajah menantu sulung cikgu..😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Satay Hut tidak mengecewakan.
      Hehehehee... nak kenal wajah menantu ye Mama Cella.

      Padam
  4. SATE KAT SINI MM BESAR MAKAN SECUCUK DH KENYANG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI. Tambah nasi himpit memang mengenyangkan.

      Padam
  5. Tempat saya ni,mai la singgah😘

    BalasPadam
  6. nampak saiz sate besar besar tu, geram jadinya

    BalasPadam
  7. Ammi pegi haritu kedai ni tutup.. Nanti gi situ lg nak try juga

    BalasPadam
  8. Sedapnyaaa....mesti sedap betul ni kan kak Amie...SA kena pergi la nanti Tanjung Karang ni....

    BalasPadam
  9. besar sungguh sataynya kak oi, makan secucuk dua dah kenyang tuh...

    BalasPadam
  10. last makan sate minggu lepas kat putrajaya, tp macam tak berapa nak sedap plak...

    BalasPadam
  11. Hehe kenyang betul makan menu dipesan.
    Jauh perjalanan. Hehe suami Puan Amie berjaya seorang sebab memandu.

    BalasPadam
  12. sedap satay sini. syu pernah mkn jgk masa study dlu. ada attachment dkt area tg karang..

    BalasPadam
  13. Aduhaiiiii mengoda sungguh ni tenguk satay besor-besor camtu. Bila lah nak ke tanjung karang ni ya..huhuhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe