Makan Tengahari di Restoran Lembah Bernam Sekinchan
12:43 PTGFirdaus ingin melihat monyet di Bukit Malawati Kuala Selangor. Sayangnya tempat tersebut ditutup buat sementera waktu kerana ada kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Kami pun teruskan perjalanan melintasi Jambatan Sungai Kuala Selangor menghala ke Tanjung Karang. Encik Suami terus memandu sampailah ke Sekinchan. Leka memerhatikan sawah padi nan luas terbentang, kami pun ambil keputusan masuk ke kawasan sawah padi dan seterusnya singgah di Restoran Lembah Bernam untuk makan tengahari.
Dengarnya di Restoran Lembah Bernam ini menawarkan pelbagai makanan eksotik termasuk landak, belut, arnab dan lain-lain. Ketika kami sampai, hanya ada hidangan eksotik yang ditawarkan ketika itu hanya kari arnab dan daging rusa. Kami pilih daging arnab sahaja sebab sudah biasa makan daging rusa.
- Asam Pedas Ikan Baung
- Ikan Patin Masak Tempoyak'
- Kari Arnab
- Burung Puyuh Goreng Berempah
- Sambal Belacan
- Kerabu Taugeh
- Ulam-ulaman kacang botol, pucuk gajus & green coral
- Jus Tembikai
Kari Arnab. |
Asam Pedas Ikan Baung. |
Tempoyak Ikan Patin. |
Ikan Puyuh Goreng Berempah. |
20 comments
sekinchan tempat best utk jln2 cari mkn
BalasPadamSedap masakan kampung di sana.
PadamMakanan exotic susah nak dapat. Dah tentu mahal. Ikan baung selalu gak makan kalau balik kampung. Tapi masak lemak cili api je lah. Masak asam pedas belum pernah lagi. Burung puyuh lama tak makan. Sedap tu goreng berempah. Berselera Firdaus makan. Ye lah kak Amie. musim panas terik tu lain macam panasnya. teringin nak bergambar jadi hilang mood.
BalasPadamnext time kena repeat datang Bukit Melawati pulak.
Kak Amie hanya fokus ikan baung, ikan patin, sambal belacan dan ulam pucuk gajus hahahaaaa. Memang panas sungguh. Ambil gambar pun dari kereta.
PadamNampak sedap puyuh tu...Ikan baung sekor-sekor dimasak..Arnab kalau tengok masa lepas lapah kulit memamng tak sampai hati nak makan..tapi kalau dah masak ..hehehe ngap ja
BalasPadamFirdaus banyak meratah burung puyuh. Selepas makan, dia kata : Tak mahu makan arnab lagi sebab arnab cantik untuk dipelihara saja.
Padamsibbaik xde siaka tiga rasa kann mak.. 😅
BalasPadamSiakap 3 rasa masak jew di rumah Wak hahahaaa.
PadamWak pilih ikan baung masak asam tu.
BalasPadamsedap semua lauk yang ada tu kak, memacam lauk pelbagai jenis ada ya... dari baung, patin, arnab semua ada...
BalasPadamgeramnya tengok sawah padi tu, tapi kan panasnya macam apa kalau di sawah padi tu... dahla kawasannya lapang berangin tapi panas litlit
boleh singgah ni nanti, nak rasa arnab dan landak. tak pernah rasa makan eksotik ni
BalasPadampernah mkn juga kt sini time tu outstation sekinchan....1st time merasa rendang landak...mmg menu exotik kt sini
BalasPadamAda juga rasa masakan rusa. Lama tidak singgah sini. Mesti sudah lain. Saya ada beli pekasam waktu itu.
BalasPadamHahaha.. terus sha tanda di google map Sha.. Teringin nak rasa makanan esotik tu.. hehehe
BalasPadamSA memang kena pergi Sekinchan la macam ni...nampak pemandangan dan makanan kat area sini best2
BalasPadamcntik pemandangan sawah padi, tp mmg nmpk panas terik betul.
BalasPadam스포츠토토 I love what yyou guys are up too. This kinnd of clever work and coverage! Keep up tthe good works guys I’ve included you guys to blogroll.Also visit my web blog
BalasPadamWhat’s Happening i am new to this, I stumbled upon this I’ve discovered It positively useful and it has helped me out loads. I’m hoping to give a contribution & assist different users like its aided me. Good job.Here is my web page;
BalasPadam카지노사이트
카지노사이트홈
카지노
Sedap ke kari arnab tu tak pernah rasa. Ikan baung masak asam...sedapnya
BalasPadamCantiknya sawah padi terbentang walaupun panas membahang
BalasPadam