Makan Tengahari di Restoran Lembah Bernam Sekinchan

12:43 PTG

Firdaus ingin melihat monyet di Bukit Malawati Kuala Selangor. Sayangnya tempat tersebut ditutup buat sementera waktu kerana ada kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.  Kami pun teruskan perjalanan melintasi Jambatan Sungai Kuala Selangor menghala ke Tanjung Karang. Encik Suami terus memandu sampailah ke Sekinchan.  Leka memerhatikan sawah padi nan luas terbentang, kami pun ambil keputusan masuk ke kawasan sawah padi dan seterusnya singgah di Restoran Lembah Bernam untuk makan tengahari. 

Dengarnya di Restoran Lembah Bernam ini menawarkan pelbagai makanan eksotik termasuk landak, belut, arnab dan lain-lain. Ketika kami sampai, hanya ada hidangan eksotik yang ditawarkan ketika itu hanya kari arnab dan daging rusa. Kami pilih daging arnab sahaja sebab sudah biasa makan daging rusa.


Kami makan nasi putih berlauk:
  • Asam Pedas Ikan Baung
  • Ikan Patin Masak Tempoyak'
  • Kari Arnab
  • Burung Puyuh Goreng Berempah
  • Sambal Belacan
  • Kerabu Taugeh
  • Ulam-ulaman kacang botol, pucuk gajus & green coral
  • Jus Tembikai

Kari Arnab.

Asam Pedas Ikan Baung.

Tempoyak Ikan Patin.

Ikan Puyuh Goreng Berempah.





Kami pesan dua ekor burung puyuh goreng berempah yang dihidang panas. Firdaus meratah burung puyuh dan kari arnab. 


Sebelum meninggalkan restoran, sempat rembat sebotol kecil air nira kelapa. 
Kalau tak silap harganya RM6.50 sen.

Ternampak kerepek ubi dan kerepek keladi. Beli sebungkus setiap satu.

Kerepek ubi : RM7.00 sebungkus.


Sambil menikmati pemandangan swah padi nan menghijau, sambil meneguk air nira kelapa dan mengunyah kerepek keladi.


Walaupun berada di kawasan sawh padi nan menghijau tapi tak berani untuk bergambar.
Panasnya ya ampuuunn!
Kami pun terus tinggalkan Sekinchan. 
Ada masa boleh berkunjung lagi ke Restoran Lembah Bernam di sini : Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan,, Pasir Panjang, Selangor


20 comments

  1. Makanan exotic susah nak dapat. Dah tentu mahal. Ikan baung selalu gak makan kalau balik kampung. Tapi masak lemak cili api je lah. Masak asam pedas belum pernah lagi. Burung puyuh lama tak makan. Sedap tu goreng berempah. Berselera Firdaus makan. Ye lah kak Amie. musim panas terik tu lain macam panasnya. teringin nak bergambar jadi hilang mood.
    next time kena repeat datang Bukit Melawati pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie hanya fokus ikan baung, ikan patin, sambal belacan dan ulam pucuk gajus hahahaaaa. Memang panas sungguh. Ambil gambar pun dari kereta.

      Padam
  2. Nampak sedap puyuh tu...Ikan baung sekor-sekor dimasak..Arnab kalau tengok masa lepas lapah kulit memamng tak sampai hati nak makan..tapi kalau dah masak ..hehehe ngap ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus banyak meratah burung puyuh. Selepas makan, dia kata : Tak mahu makan arnab lagi sebab arnab cantik untuk dipelihara saja.

      Padam
  3. sibbaik xde siaka tiga rasa kann mak.. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siakap 3 rasa masak jew di rumah Wak hahahaaa.

      Padam
  4. sedap semua lauk yang ada tu kak, memacam lauk pelbagai jenis ada ya... dari baung, patin, arnab semua ada...
    geramnya tengok sawah padi tu, tapi kan panasnya macam apa kalau di sawah padi tu... dahla kawasannya lapang berangin tapi panas litlit

    BalasPadam
  5. boleh singgah ni nanti, nak rasa arnab dan landak. tak pernah rasa makan eksotik ni

    BalasPadam
  6. pernah mkn juga kt sini time tu outstation sekinchan....1st time merasa rendang landak...mmg menu exotik kt sini

    BalasPadam
  7. Ada juga rasa masakan rusa. Lama tidak singgah sini. Mesti sudah lain. Saya ada beli pekasam waktu itu.

    BalasPadam
  8. Hahaha.. terus sha tanda di google map Sha.. Teringin nak rasa makanan esotik tu.. hehehe

    BalasPadam
  9. SA memang kena pergi Sekinchan la macam ni...nampak pemandangan dan makanan kat area sini best2

    BalasPadam
  10. cntik pemandangan sawah padi, tp mmg nmpk panas terik betul.

    BalasPadam
  11. 스포츠토토 I love what yyou guys are up too. This kinnd of clever work and coverage! Keep up tthe good works guys I’ve included you guys to blogroll.Also visit my web blog

    BalasPadam
  12. What’s Happening i am new to this, I stumbled upon this I’ve discovered It positively useful and it has helped me out loads. I’m hoping to give a contribution & assist different users like its aided me. Good job.Here is my web page;



    카지노사이트
    카지노사이트홈
    카지노

    BalasPadam
  13. Sedap ke kari arnab tu tak pernah rasa. Ikan baung masak asam...sedapnya

    BalasPadam
  14. Cantiknya sawah padi terbentang walaupun panas membahang

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe