Jom Terbang Sana Terbang Sini!

10:09 PTG

Setelah lebih dua tahun tak dapat balik kampung, akhirnya terbang juga lintas Laut China Selatan. Sebelah malamnya memang tak tidur lena. Asyik termimpi-mimpi tertinggal kapal terbang! Pagi Rabu, 27 Oktober 2021 terbanglah kami berempat bersama Encik Suami, Fairuz dan Firdaus menaiki pesawat MAS Wings dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu.


Pesawat MAS Wings yang kami naiki,  jenis Fokker 50. 


Benda pertama yang hulurkan oleh pramugara di pintu masuk MAS Wings ialah tisu basah.


Walaupun naik pesawat kecil namun disediakan juga kudapan untuk para penumpang.


Ketika ini mata memang separuh tertutup! Maklumlah tak cukup tidur dan kurang rehat.
Amie hanya minum saja. 




Tak tahulah apa rasa kuih ala-ala curry puff ini. Encik Suami kata sedap. Bahagian Amie Encik Suami tolong habiskan. Amie terlelap sampailah pengumuman untuk mendarat di Kota Kinabalu. Penerbangan dari LDU ke Kota Kinabalu tidaklah memakan masa yang lama. Hanya 55 minit sahaja.


Sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur pada pukul 1. 10 minit petang, kami minum-minum dahulu di Marry Brown.


Inilah benda pertama kami terima di pintu masuk sewaktu menaiki Boeing ke Kuala Lumpur.


Di dalamnya ada dua helai face mask dan sebotol kecil hand sanitizer.


Sebenarnya ingin terus sambung tidur tetapi rasa sayanglah pula kalau tidak ambil makan tengahari. Jadi paksa mata untuk terus jaga sehinggalah hidangan sampai ke meja.


Firdaus yang duduk di sebelah Amie minta nasi beriani dengan kurma ayam.


Amie pula minta nasi putih dengan asam pedas ikan.


Sempat jeling sebelah, Encik Suami minta kopi panas.
Adeeehhhh! Kalau Amie minum seteguk kopi sudah tentulah tak dapat tidur sampai ke malam. Selepas makan, Encik Suami dan Firdaus menonton filem. Amie sambung tidur. Fairuz yang duduk di bangku seberang pun nampaknya tidur juga.

Hendak bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 7 November, kami sekeluarga perlu menjalani swab test pada 5 November pula. Huurrrmmm... terasa-rasa 'wasabi' mencucuk hidung! Memang prosedur naik kapal terbang kali ini agak mencabar terutama sewaktu proses daftar masuk. Sabar sajalah hadapi itu semua. Yang penting semua dokumen seperti sijil vaksin dan laporan swab test yang diperlukan telah sedia ada, dan MySejahtera sentiada dikemaskini. Untuk pelepasan ke Sabah dan Sarawak perlu isi maklumat secara online pula. Syukurlah petugas di kaunter sentiasa membantu kami. Memang memakan masa jugalah berurusan ketika itu.

Lega rasanya setelah selesai melepasi proses daftar masuk!


Perjalanan kali ini memang agak meletihkan. Balik ke Selangor dalam keadan letih. Balik ke Sabah berganda letihnya! Apa pun syukurlah segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar seperti yang dirancang.


Singgah lagi di Marry Brown KKIA Airport sebelum terbang ke Lahad Datu pada pukul 3 petang.


Alhamdulillah! Akhirnya sampai ke destinasi.

25 comments

  1. warghhhhh rindu nya nak terbang juga ehehehe....

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..akhirnya setelah 2 thn x balik kpg dpt jugak melawat famili di melaya

    BalasPadam
  3. Transit itu yang buat makan masa. Hehe rugi tidak makan dalam.kapal terbang. Rasa makanan yang ada.

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH SELAMAT SAMPAI DESTINASI

    BalasPadam
  5. Kesian Kak Amie.. sy boleh bayangkan penatnya sebab punca tak boleh tidur tu. Sama dgn sy, risau sampai tidur dalam jaga, dok mimpi tertinggal flight.

    BalasPadam
  6. penat tapi seronok kak...dapat balik kg, jumpa orang tersayang, jumpa kawan-kawan... dapat menantu lagi... tapi tengok Firdaus yang nampak bertenaga je dalam setiap gambar.

    BalasPadam
  7. Baca pun dah terbayang letihnya. Apa pun, Alhamdulillah selesai banyak urusan di semenanjung.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.

    BalasPadam
  9. Perjalanan yang panjang dan meletihkan,namun pastinya kepulangan yang dinanti..
    Alhamdulillah dimudahkan urusan dan majlis semua berjalan lancar..Kita tunggu majlis kat LD pula🤭

    BalasPadam
  10. Rindu pula dgn in-flight menu. Entah bila nak dapat terbang lagi.
    Selamat berehat Kak Amie :)

    BalasPadam
  11. Akhirnya dapat terbang juga. Seronok naik MAS. Hidangan pun sedap sedap. Zaman pendemik ni segala urusan jadi lambat sikit. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Dapat jugak kak Amie terbang balik Malaya. Penat tu jangan ceritalah kan. Dengan perjalanan jauh dan uruskan majlis lagi. Masa untuk recharge energy dulu.

    BalasPadam
  12. Penatnya,dapat bayangkan tu kak amie..tp bila dah selamat sampai lega rasa kan.

    BalasPadam
  13. Mencabar sungguh perjalanan kak Amie kali ini..
    Alhamdulillah dah selamat sampai..

    BalasPadam
  14. Rindunya nak naik kapal terbang......jeles la tengok kak amie terbang2 ni...

    BalasPadam
  15. rindu nak terbang jugak tapi malas nak melayan segala prosedur tu. dari Sabah ke KL tak perlu swab test ye?

    BalasPadam
  16. Bila penat sangat dpt deep sleep 15 minit pun dh rasa lama sangat

    BalasPadam
  17. akhirnya dpt terbang dah. tp tulah, mmg penat sbb byk transit tu.
    dan nk msuk sabah kena swab.

    syu pon nnti nak kena pegi swab lg la sebelum balik kk. adoi..

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah akhirnya dapat balik kampung. Walaupun penat ke sana ke sini tapi mesti gembira dapat balik kampung kan.

    BalasPadam
  19. Suka naik mas ni sebab makanan dia sedap-sedap

    BalasPadam
  20. Your good writing makes many people feel happy.
    With a lot of writing, you are moved a lot. I also have a lot of interactions with you, I want to feel alive and be happy, saying that I will be a good friend with you, and I will be very happy too. I hope there are always good things and happy days. I always cheered for you.
    Thank you
    스포츠토토

    BalasPadam

  21. It’s actually a nice and useful piece of information.
    I am glad that you simply shared this helpful information with us.
    Please stay us up to date like this. Thanks for sharing.
    일본야동

    BalasPadam
  22. What’s up, yes this paragraph is really good and I have learned lot of things from it concerning blogging.
    안전놀이터

    BalasPadam
  23. siapa x teruja kan balik kampung tu.. dah le merentas laut cina selatan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe