Bell Suites @ Sunsuria City & Bell Artisan Cafe

9:57 PTG

Oleh kerana jadual penerbangan dari KLIA ke KKIA jatuh pada waktu pagi, jadi kami mencari tempat penginapan di Sepang untuk memudahkan kami segera sampai dan terus daftar masuk. Bell Suite @ Sunsuria City. Bell Suites ini terletak di  Persiaran Sunsuria, Bandar Sunsuria, 43900 Sepang, Selangor.

Jom kita buka pintu tempat penginapan berharga RM328.00 untuk satu malam ini. Ada tiga bilik tidur dan dua buah bilik air. Kemudahan lain juga disediakan termasuk mesin basuh dan penapis air.


Assalamualaikum!


Encik Suami yang keletihan memandu terus merehatkan diri di ruang tamu.


Kita masuk ke bilik dan sempat mengintai pemandangan di luar.
Nampak hijau mendamaikan. 


Jom masuk bilik utama. Mari kita pasang pendingin udara!
Nyamannya kalau dapat lelapkan mata buat seketika.


Selepas solat, Encik Suami terus tertidur.
Firdaus pula asyik merengek hendak mandi di kolam renang.


Bilik kedua.


Bilik ketiga, tempat beradu bujang Fairuz.


Bilik air.




Setiap ruangan nampak selesa, bersih dan kemas.



Budak kecil satu ini sudah tidak sabar untuk terjun dalam swimming pool!

Kredit : Google




Akhirnya Fairuz menemani Firdaus mandi di kolam renang.
Kami semua berehat di dalam bilik.


Oleh kerana Encik Suami kata letih, kami batalkan rancangan untuk makan malam di luar. Selepas solat  maghrib, kami turun ke bawah menuju ke Bell Artisan Cafe mencari alas perut.

Bell Artisan Cafe. 
Ramai pelanggan menjamu selera di sini dan ada yang terpaksa berbaris di luar menunggu giliran.


Apabila tiba giliran kami untuk memesan makanan, banyaklah makanan yang sudah habis. Yang tinggal hanyalah pasta dan makanan yang ringan. Oleh kerana tidak ada pilihan lain, kami pun pesan sajalah apa yang ada.








Inilah senarai makanan dan minuman kami di Bell Artisan Cafe.


Oh! Rupanya kisah ini sudah 13 hari berlalu! 


Anak-anak Alaf 21 memang suka sangatlah makan pasta.

Fairuz pula terkulat-kulat saja sewaktu makan. Nampak betul tak kenyang!
Mana nak kenyangnya sebab perut biasa lapik nasi. Malam itu hanya makan kepingan ayam turkey dengan roti dan kentang goreng saja. Sebenarnya bujang satu ini dua kali pesan makanan. Sebelumnya Fairuz makan grill fish fillet.


Paling seronok malam itu sudah tentulah budak satu ini!
Esok paginya drama airmata di KLIA sebab sedih berpisah dengan kakak barunya!


36 comments

  1. KAN MAIN HEPI FIRDAUS COTI2 MALAYSIA YA

    BalasPadam
  2. Fairuz tak ambil pasta ke kak? makan sandwish je mana la kenyang dia biasa makan nasi...
    Firdausla paling puas hati, berselera tengok dia makan pasta tu, geram betul tau...
    nampak semua sedap makanan nya tu kak...

    cantik betul tempat penginapan ni kak, lengkap semua bersih dan selesa yang penting ada kolam renang... heheheh

    BalasPadam
  3. Dia tak berapa minat pasta. Hahaaaa... Terpaksalah makan apa yang ada. Nak keluar dah malam, esoknya kena bangun awal pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhhh Fairuz bukan peminat pasta macam Daus patutla tak order... untungla Daus heheheh

      Padam
    2. Kalau hantar anak balik ke Sarawak,dah dua kali tido sini dan makan di situ.

      Padam
  4. Dekorasi macam hotel ye Kak Amie... Nice & selesa nampaknya tu.
    Cute je, Kakak baru ye Firdaus :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sangat selesa. Kalau ada masa boleh makan /masak di dapur.

      Padam
  5. Suka firdaus ada kakak baru. Cantik dan best je tempat penginapan amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best menginap di sini Notie. Selesa tempatnya

      Padam
  6. Cantik penginapannya...harga pun dah kira worth it dah tu...okey makanan nampak sedap walau x mengenyangkan..makan pasta mana sama macam makan nasi kan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting dapat berehat dengan selesa kan SA.

      Padam
  7. Nampak kemas n cantik suite ini Amie. Ada kolam renang. Pasti lama Firdaus berendam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mandi di kolam renang itulah yang Daus nanti-nantikan.

      Padam
  8. Cantik ID suite ni. kenalah dengan harganya tu. Semoga murah rezeki abang Farid menaja penginapan. Menarik cafenya tu. Suka tengok tableware dia. Makanan western mana nak kenyang. Kena makan nasi jugak baru kenyang. Terpaksalah makan apa yang ada je kan. Menu favourite Daus ye. Seronok dapat makan sedap. Tapi ada drama air mata pulak esoknya. sian daus terpaksa berpisah dengan kakak baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fizah. Perut Asia dengan perut orang barat tak sama.
      Dapat kakak baru, belum puas bercerita itulah buat dia rasa sedih.

      Padam
    2. Betul sangat.
      Belum sempat kenal lama. Moga ada rezeki abang farid bawa balik sana nanti.

      Padam
  9. Cafe hipster memang biasa masakan western kak.. portion secoet je buat lawa-lawa kat pinggan huhu.. kalau tengah lapar memang makan tak puas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Encik Suami tak kata penat memang kami keluar cari makan di tempat lain. Ni dah pilihan terakhir hehehehe.

      Padam
  10. bestnya si Daus ...ada kakak baru ...
    tp kami nok tgok jgk kakak baru si Daus

    BalasPadam
  11. Seronok dapat pulang ke Malaya..Sedih nak berpisah dengan anak-anak + menantu..Seronok betul Daus dah ada kakak yer..
    Nanti Daus akan jadi Pak Usu la ...🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah lumrah kehidupan kan Mama Cella. Bertemu dan berpisah sudah menjadi adat.

      Padam
  12. Lain kali jika ke Sepang, bolehlah menginap di sini. Nampak sangat selesa dn best, tengok riak wajah Firdaus dah tau dahhh.

    BalasPadam
  13. Cantik la pulak dinding biru gelap tu!

    BalasPadam
  14. Dekorasi bilik kemas dan bersih.
    Makanan pun cantik persembahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, rasa selesa. Tapi sekejap saja, hanya satu malam. Awal pagi sudah bersiap untuk ke KLIA.

      Padam
  15. sukanya tgk deco rumah tu. pandai dia main warna

    BalasPadam
  16. cntik rumah tu. bersih dan kemas, berbaloi dgn hrga..

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. How is bell artisan cafe? I love coffee and desserts.Could you please recommend something for me to eat?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe