Siput Kima Masak Pedas dengan Sos Tiram

4:28 PTG

Hari ini makan nasi dengan siput kima.
Tidak ada cengkerang siput kima di pasar melainkan isinya sahaja yang dijual. Tak dapat bayangkan bagaimana nak keluarkan isi siput gergasi ini kalau beli bulat-bulat dengan cengkerangnya sekali!

Siput Kima Masak Pedas dengan Sos Tiram
Dari cerita-cerita kawan-kawan keturunan Suluk dan Bajau, mereka biasa makan kima mentah yang segar dari laut, dihiris nipis dan diperahkan jus limau kasturi dan perasa. Makanan sebegini terkenal di daerah Pantai Timur Sabah. Jangan keliru di antara Bajau Pantai Timur Sabah dengan Bajau Pantai Barat Sabah. Budaya mereka sangat berbeza dari pelbagai segi termasuk pertuturan. Bajau Pantai Timur lebih kepada aktiviti kelautan, manakala Bajau Pantai Barat lebih kepada aktiviti penanaman padi di sawah serta mahir menunggang kuda!
Jadi, kalau nak rasa siput kima, jemputlah datang ke Pantai Timur Sabah!

Siput Kima Masak Pedas dengan Sos Tiram
Inilah Siput Kima Masak Pedas dengan Sos Tiram. Puas hati sangat sebab boleh ratah begitu saja! Ada bahagian yang lemak, dan ada bahagian yang agak liat.  Yang berlemak itulah yang dicari! Yang berwarna gelap hitam itulah bahagian yang agak liat. 

Gambar atas dan bawah diambil dari entri lepas. Gambar atas : Isi kima. Gambar bawah : Isi kima yang sudah dipotong-potong dan sedia untuk dimasak. Siput kima ini mempunyai bau atau aromanya yang tersendiri. Mungkin ada yang kurang menyenangi aromanya. Ada dua jenis kima yang dijual, iaitu isi kima segar dan satu ialah isi kima yang telah dikeringkan. Kima kering dijual digerai ikan kering.


 Gambar atas dan bawah ini ialah hasil masakan lemak cili padi.


Gambar atas dan gambar di bawah ini Amie ambil sewaktu makan di restoran di Semporna. Balik ke dapur sendiri, Amie cuba masak cara sendiri pula. Amie pun tak tahu apa nama khas bagai masakan kima yang kami makan di restoran ini. Bila tanya pelayan restoran, mereka kata : Kima. Itu saja.

Jom masak siput kima di dapur Amie.
Bahan-bahan:
1/2 kg isi siput kima - bersihkan dan potong ikut citarasa
1 keping asam gelugor
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut - buang urat belakang
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula melaka
1 cawan air4 sudu besar minyak
garam  / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 biji jili padi
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama serai hingga terbut aroma. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan asam gelugor dan gula melaka, sos tiram diikuti dengan kima.
3. Gaul rata dan tuangkan air. Gunakan api sederhana.
4. Setelah kima masak, dan kuah mula pekat,  masukkan daun limau purut.
6. Akhir sekali perasakan denga garam  / perasa pilihan.
7. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Siput Kima Masak Pedas dengan Sos Tiram
Sekian.
Cerita siput kima dari Negeri di Bawah Bayu.

7 comments

  1. Mcm mana rasa siput kima tu amie, kenyal2 liat ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rosa, lembut berlemak, yang agak liat bahagian tepinya yang waena hitam tu.

      Padam
  2. Tak pernah rasa lagi siput kima ni. Tak boleh nak bayangkan rasanya

    BalasPadam
  3. Mesti sedapkan Amie. Agak2 ada sama x dgn siput tempat kita yg biasa tu

    BalasPadam
  4. wah gemuk2 betui isi kima ni amie..mesti sedap kan!

    BalasPadam
  5. Gemuk isi dia..puasati dpt idi cmni k.amie..

    BalasPadam
  6. Serius, tak pernah tengok siput kima ni. Tahu siput sedut yang biasa di makan tu je kak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe