ADSENSE

Selasa, 14 Julai 2020

Ketam Goreng Telur Masin

Jom ratah ketam.
Lupakan nasi buat sementara waktu.
Fuad tak minat makan ketam, katanya malas nak cari isi ketam di celah kulit dan cengkerang.
Tinggalkan kami bertiga, bersama Encik Suami dan Fairuz. Firdaus pula makan sedikit, terus tinggalkan dapur, bermain di ruang tamu.

Ketam Goreng Telur Masin
Ketam yang Amie olah ini dibeli dari pasar Kunak. Cerita dah basi ni... ahaks! Dua minggu yang lalu. Seronok dapat angkut ketam hidup, tapi bila sampai ke dapur tak jadi masak! Kenapa? Sebab ketam masih bergerak-gerak. Jadi, simpan dahulu dalam peti sejuk, dan keesokan harinya setelah ketam sudah mati, barulah berani kita kerjakannya!

Ketam Goreng Telur Masin
Fairuz minta Amie masak ketam dengan serbuk telur masin. Katanya, kalau masak tu, lebihkanlah cili padi! Semua bahan sudah ada. Yang tidak ada hanya mentega! Amie gantikan mentega dengan minyak sapi.


Jom kita masak!

Ketam Goreng Telur Masin
Bahan-bahan:
2 kg ketam - bersihkan - buang cengkerang dan pisahkan penyepit besar dengan badan ketam - perap (lumurkan) dengan 1 sudu kecil garam dan 1/2 cawan tepung jagung
5 pelepah daun kari - lurutkan
20 biji cili padi merah dan hijau - hiris
5 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - cincang
5 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar serbuk telur masin
1 cawan susu cair
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil gulaminyak

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ketam hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi hingga cair.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili padi hijau dan merah serta daun kari.
4. Kacau hingga terbit bau.
5. Kemudian masukkan serbuk telur masin dan kacau sebati.
6. Seterusnya masukkan ketam, dan tuangkan susu cair.
7. Gaul rata, dan taburkan Maggi Cukup Rasa.
8. Kacau beberapa kali supaya sekata. Padamkan api dapur.

Ketam Goreng Telur Masin
 Hasil masakan 2 kg Ketam Goreng Telur Masin.

Ketam Goreng Telur Masin
Jom ratah!

8 ulasan:

inahar ali berkata...

Terbaek ni amie. Nom nom nomm 😋😋

inahar ali berkata...

Terbaek ni amie. Nom nom nomm 😋😋

Credit Financial Group berkata...

"Bismillah, ar-Rahman, ar-Raheem".

Firma: CREDIT FINANCIAL GROUP
E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
BBM: {DDA46523}
WHATSAPP> +447480724786

Firma: CREDIT FINANCIAL GROUP Dari meja dan pejabat ini CREDIT FINANCIAL GROUP tahun ini menjanjikan menjadi tahun lebih banyak wang dalam akaun bank anda, ini kerana kami menguruskan CREDIT FINANCIAL GROUP memberikan pinjaman kepada semua orang yang mempunyai keperluan kewangan yang besar tahun ini untuk memulakan satu atau dua perniagaan bahkan untuk mengubahsuai kediaman mereka juga untuk menghidupkan semula perniagaan mereka dan jangan takut dengan pemasangan bulanan anda kerana kami mempunyai pakej khas untuk mempersiapkan anda atau bahkan memberi kuliah tentang bagaimana melaburkan wang anda dengan sumber yang sangat tinggi. perniagaan jadi jangan hanya duduk di sana dan kemudian biarkan orang lain maju secara kewangan katakan tidak kepada kemiskinan tahun ini katakan tidak untuk hutang tahun ini tahun ini adalah tahun yang luar biasa yang boleh membawa kemasyhuran Tuhan tidak mengharapkan kita menjadi miskin daripada kita menjadi bijak dalam menjana wang dan kemudian melaburkan wang dalam perniagaan yang sangat menguntungkan jadi melalui ini kami berada di sini untuk memberi pinjaman kepada anda kerana CREDIT FINANCIAL GROUP dipenuhi dengan dana yang anda cari anda boleh menghubungi kami melalui maklumat hubungan di bawah

E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
BBM: {DDA46523}
WHATSAPP> +447480724786

Suzana Ibrahim berkata...

Alahai Amie...sungguh menyelerakan,lama tak makan ketam.Jarang masak ketam sebab anak-anak tak berapa makan. Hanya anak no.2 jer yang makan ketam.

norhidana berkata...

sedapnya kak, dana tak pernah lagi buat ketam masak telur masin gini.... makan lak ramai-ramai

aaaa berkata...

Nice

Azhafizah MN berkata...

Sedap! Kalau menu ketam ni memang sedap ratah baru feel. nak masak dengan nasi jenuh juga makan sikit-sikit.

okk berkata...

nice info.....