Hidangan Malam Hari Terakhir Aidil Fitri 2020
8:40 PTG
Cerita yang telah lama berlalu... malam terakhir Aidil Fitri 2020.
Berkumpul sekeluarga di kampung Encik Suami.
Masing-masing kena bawa makanan.
Oleh kerana hari itu Amie menghadiri mesyuarat, jadi Amie fikir tak boleh masak yang berat. Kami putuskan untuk bawa pencuci mulut sahaja.
Tak terfikir nak sediakan pencuci mulut jenis apa. Dalam perjalanan pulang dari mesyuarat, terpandang jagung dan pisang bergantungan di gerai tepi jalan.
Beli sesikat pisang nipah. Entahlah..... sampai rumah nanti nak buat apa. Buat cekodok pisang pun agaknya.... ahaks!
Rembat juga jagung manis yang sudah siap buang kulit.
Sampai di rumah rasa sangat letih!
Selepas mandi dan solat Zohor, terus rebahkan diri hilangkan penat. Pukul 3 petang masuk dapur. Tiba-tiba nak buat mutabak kulit popia pulak! Cepat-cepat kupas 1.5 kg kentang dan masak dengan 800 gram daging ayam kisar.
Minta tolong Fairuz untuk jaga murtabak atas dapur supaya tidak hangus. Cepat juga kerja masak murtabak inti popia ini. Boleh bubuh 6 keping dalam kuali ajaib. Boleh jenguk resepi murtabak kulit popia di sini: Mutabak Kulit Popia.
Di bawah ini gambar murtabak kulit popia yang Amie buat menggunakan inti daging.
Encik Suami pun ikut bantu di dapur. Hiris jagung manis dan hiris pisang. Akhirnya berkumpullah biji gandum, sagu biji, jagung dan pisang dalam periuk menjadi pengat!
Dah selalu sangat kongsi bubur gandum, kali ini hanya kongsi gambar sajalah ye.
Menjelang senja, siaplah 50 keping murtabak kulit popia. dan seperiuk pengat / bubur gandum aneka bahan.
Kita potong dulu murtabak kulit popia.
Fuad turut membantu menyediakan cocktail buah-buahan.
Selepas Maghrib, kami bertolak ke kampung membawa dua bekas murtabak kulit popia, satu bekas pengat biji gandum and the gang, dan dua bekas berisi cocktail buah-buahan.
Seperti biasa, banyaklah makanan yang dihidangkan pada malam itu. Gambar di atas, hasil air tangan kakak ipar : Nasi kuning dengan 7 biji telur dan 7 ketul daging ayam. Barangkali simbolik untuk menyatakan jumlah adik-beradik seramai 7 orang.
Masih ada lagi kuih raya.
Antara hidangan pada malam itu.
6 daripada 7 beradik. Kakak ipar, kakak yang sulung telah kembali ke pangkuan-Nya pada tahun lepas.
Bersama biras-biras kesayangan.
4 keturunan yang berbeza : Melayu /Jawa, Banjar, Cocos dan Bugis.
Moga ukhuwah berpanjangan.
3 comments
bestnya kak... meriah betul siap dengna baju raya lagi...
BalasPadamnasibla akak ramai pembantu semua kerja memasak beres banyak pulak tu jenis nya...
Alhamdulillah. Seronok bila dapat berkumpul adik beradik sambut raya kan. Cantik bekas makanan tu. kat mana beli.
BalasPadamAlhamdulillah dapat berkumpul dan seisi keluarga bantu membantu sediakan juadah. Meriah walaupun hujung hujung raya.
BalasPadam