Ikan Bilis Goreng Pedas dengan Petai
3:40 PTG
Ikan Bilis Goreng Pedas dengan Petai ini merupakan menu jimat masa, nak cepat-cepat siap sebab perut dah lapar.... ahaks! Selepas tekan butang on di rice cooker, maka bermulalah kerja-kerja menyelongkar peti sejuk dan kabinet dapur, cari bahan yang boleh dimasak segera!
Sementara menunggu nasi tanak, mari kita sediakan bahan untuk lauk simple dimple ini.
1 cawan ikan bilis - bilas - toskan - goreng garing - angkat dan toskan
minyak
1 cawan isi petai
1 sudu kecil cuka
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
6 biji cili hijau
15 biji cili padi
1 labu bawang besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara memasak:
1. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan bilis dalam kuali.
2. Masukkan hirisan bawang besar, bawang merah dan bawang putih serta halia. Goreng hingga layu.
3. Kemudian masukkan hirisan cili hijau dan cili padi, petai, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
4. Gaul rata. Setelah petai berubah warna, masukkan pula ikan bilis goreng.
5. Tuangkan cuka, dan gaul beberapa kali. Padamkan api dapur.
Sebaik sahaja siap masak Ikan Bilis Goreng Pedas dengan Petai, nasi dalam rice cooker sudah tanak. Ambil beberapa biji telur, dan terus dadar. Lauk ringkas sudah terhidang. Nasi panas, Ikan Bilis Goreng Pedas dengan Petai, telur dadar, dan ulam selada romaine. Alhamdulillah.
4 comments
Bertambah2 nasik ni
BalasPadamSelamat menjamu selera.
singgah sini kak amie.. kalao yang ni memang makan bertambah la nasiii.. sedapnya petaii
BalasPadamSemalam baru buat, mmg makan lauk ini saja dengan nasi panas, tak pandang dah rendang ayam dan gulai kambing kat sebelah.
BalasPadamHidangan simple macam ni makan dengan nasi panas buat tambah selera makan. Lagi lagi ada petai tu ha..busuk bukan sebarang busuk. ramai penggemarnya
BalasPadam