Ikan Kering @ Masin Kukus Bercendawan
5:05 PTG
Kalau terjumpa ikan merah masin @ kering, Amie suka sangat masak kukus! Isinya yang padat, terasa lembut, dan sangatlah jimat kalau dijadikan lauk makan nasi.... tapi tak boleh jimat kalau bertemu dengan nasi panas dan sambal belacan serta sayur berkuah!
Ikan merah masin ini banyak bergantungan di pasar. Ada saiz besar, sederhana dan kecil. Selain ikan merah, ada juga ikan talang... tapi yang penting dan yang membezakan ikan ini dengan ikan masin yang lain ialah anda akan menemui garam yang memenuhi perut ikan ini!
Ikan merah masin dalam gambar harganya seekor RM10, tawar-menawar dapatlah RM9. Taklah besar mana. Nampak tak kepalanya yang berbungkus tu.... agaknya nak halang garam dari keluar ikut mulut kana tu kot.... Beginilah rupa ikan tu di pasar, digantung kepala di bawah!
Ini rupa ikan tu bila dah dikeluarkan dari bungkusan, dan setelah dibuang penutup mulutnya.... ada garam halus berderai keluar...
Kalau nak mengolahnya, kenalah keluarkan garam dari perutnya ya....
Kami sepakat untuk mengukus ikan ini....
Amie tumiskan bawang, cili dan cendawan shiitake, dan kemudian Amie tuangkan pada badan ikan. Lepas tu masuk periuk kukus. Kali ini Amie tak mahu makan masin dan masam, jadi tak bubuh perahan limau sebab kami ingin nikmati campuran bahan cendawan tadi... yang sudah semestinya sedap.... ! Sedap ikut selera kami ....
1 ekor ikan masin - bersihkan
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak
Bahan hiris:
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris hingga layu.
2. Tambahkan sos tiram sebagai perasa.
3. Letakkan ikan masin di atas bekas pengukus, dan bubuh separuh bahan tumisan tadi di atasnya.
4. Kukus selama 7 - 10 minit.
5. Keluarkan dari pengukus, dan letakkan lebihan bahan tumisan tadi di atas ikan masin.
6. Enak dimakan bersama nasi panas.
1 comments
First time tengok dan tau ikan ni tau. Adakah ikan ni sama mcm ikan masin biasa tu ya kak..
BalasPadam